402 16 0
                                    

"rasa ape pulak?" tanya jas kembali.

"macam ada benda lalu do" kata diana gugup. Meremang bulu romanya. Ditambah dengan suasana sejuk dan sunyi.

"think positive diana!" Jas memberi semangat. Walaupun dia takut, diberaninya juga.

HIHIHIHIHI!!

Kelihatan dua lembaga putih keluar di hadapan mereka. Satu berambut kusut dan berdarah di bibir manakala satu lagi berbungkus. Pontianak dan pocong!

Diana dan Jas memandang dua lembaga tersebut lalu bertempiaran lari. Diana berlari ke arah blok kelas SriVilla. Jas pula berlari ke arah swimming pool. Mereka berlari kelam-kabut.

Lembaga yang berlakon sebagai pontianak dan pocong itu terus menanggalkan pakaian hantu mereka.

"salah cara woi" kata Adam. Rambut panjang kusutnya ditikam ke rumput.

"dah dah pegi kejar jom" ajak Dylan. Ikatan tali ala bungkus itu dileraikan. Dia berlari menuju ke arah blok kelas SriVilla meninggalkan Adam yang terpinga-pinga.

"heish" dengusnya sambil berjalan menuju ke swimming pool.

***

Diana masih berlari menaiki tangga menuju ke kelas. Dia kini berada di tingkat atas sekali. Mata dihala ke kiri dan kanan. Gelap. Kosong.

"Jassssss? Aeyaaaa? Annaaaaa?" serunya berkali kali. Dia melangkah memandang koridor kelas.

"menyesal aku ikut plan ni kalau aku tahu aku makan maggi je" sempat diana membebel.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi bunyi tapak kaki.

Tap! Tap! Tap!

Diana menelan air liur. Dia sudah berlari dari koridor menuju ke tangga. Dia tidak kisah, dia mahu balik dorm sekarang juga.

Sedang dia berlari, tangannya direntap dari tepi. Badannya terdorong masuk ke dalam salah satu kelas SriVilla.

Matanya terbuntang apabila melihat lembaga pocong tadi di depannya.

"ARGGGGHHHHH!!" jerit Diana sekuat hati. Lembaga tersebut menekup mulut Diana dengan tangannya.

"hoi diamlah!" tegur si lembaga. Diana segera menggigit tangan lembaga itu. Eh tangan manusia?

Lembaga tersebut merintih kesakitan. Dia memandang tangannya. Berdarah.

"auch" dia mengaduh. Dia membuka pakaian pocongnya tadi. Terserlah wajah sebenar disebalik pocong tadi. Dia duduk di atas lantai.

"Dd..yyll..aan?" tanya Diana. Dia terus menghampiri dylan lalu duduk sekali.

"ssssorryy aku tak tau" mohon diana. Dia memegang tangan dylan lalu meniup. Dylan hanya membiarkan. Sebelah tangannya mengeluarkan lampu suluh. Lampu suluh itu diletakkan di tengah-temgah antara mereka.

"kau nikan sampai gigit semua ni" kata dylan tidak berpuas hati. Diana masih memegang tangan dylan. Dia mengeluarkan tisu dari poketnya dan mengelap darah yang mengalir. Darah yang mengalir tadi sudah berhenti. Kesan gigitan dipandang.

"hehehehe sorry dylan kau la tu takutkan orang" kata Diana.

"kau dah buat aku berdarah tau" kata Dylan lalu menarik tangannya.

"nak tak nak kau mesti ikut aku" sambungnya. Diana hanya menurut.

a new life,live,love! [Completed]Where stories live. Discover now