₂₉

293 8 0
                                    

"apa apa je lah" kata jas lalu menolak pintu kayu bilik sebelah kanan. Mereka berempat masuk ke dalam sambil memandang tidak percaya. Jas terus meluru keluar mengetuk pintu bilik sebelah.

"eh apa bising bising ni? i nak tidur pun susah!" sahut sir troye sambil membuka pintu.

"i nak tanya kenapa bilik kiteorang dah macam stor?! katil mana katil?!" tanya jas geram.

"ala kiteorang pun takde katil tidur jelah! ke nak tidur kat ruang tamu ni?" kata sir troye. Eish saba jelo.

Jas mendengus lalu masuk ke bilik mereka semula. Kelihatan diana,aeya dan anna seperti menunduk pasrah dengan kehidupan baru mereka ini.

Mana taknya, di srivilla kalau dalam dorm cermin seorang satu. Ditambah pula dengan perabot ikea seperti almari dan sofa. Tidak ketinggalan katil queen untuk setiap seorang. Tv bersaiz besar dan set home theatre.

Tetapi, di sini cermin hanya ada sebuah cermin bersaiz kecil kena berkongsi. Tiada perabot berjenama ikea yang ada cumalah sebuah almari yang sudah pudar warnanya dan kurang kestabilannya. Nak tidur atas katil? Jangan harap. Yang ada hanyalah toto nipis tersusun untuk 4 orang diiringi sebuah bantal nipis untuk setiap seorang. Boleh musnah hidupnya. Harapkan tv atau home theathre memang takdelah kecuali sebuah kipas berjenama panasonic terletak di hujung bilik.

"macam mana kita nak survive kalau macam ni?" tanya anna lemah. Sumpah dia menyesal ikut program ni.

"aku pun tak tahu lah" jawab jas. Dia sebagai ketua pun dah buntu.

"nak balik srivillaaaaaaaaaaa" raung diana.

"hadap jelah" kata aeya. Dia merebahkan badan di atas toto nipis itu sambil memejamkan mata. Ingin melupakan kekejaman dunia.

Jas,diana dan anna yang melihat aeya yang nyenyak tidur turut mengikut perbuatan aeya. Mereka pun berehat buat seketika.

***

Adam dan con duduk memandang nik dan dylan yang sudah terbongkang tidur. Tidak ketinggalan sir troye. Masing-masing sudah menukar baju selepas terkena lumpur dan air sungai tadi.

"aku tak sangka la pulak mrs jane buat kat diorang macamtu" kata con memulakan perbualan.

"haah aku ikut je plan ni tapi macam best jugak kacau perempuan gedik kan" sempat adam ketawa.

"eleh kau suka la tu kacau jas" sakat con memandang adam.

"eh aku pulak kau tu suka anna kan" balas adam. Kali ni keningnya terangkat sekali.

"aaaaaa kalau kau suka jas aku pun suka anna" kata con selamba.

"eh! kau rasa kan diorang buat apa sekarang" tanya adam. Dia melekapkan telinga nya di dinding yang memisahkan bilik mereka dan bilik sebelah.

"tidur kot" jawab con.

"yang korang ni buat apa? mengintai ke?" soal dylan yang baru bangun daripada tidur. Dia terjaga selepas mendengar suara adam dan con yang boleh tahan tinggi.

"kau ni tidur ke tak? tiba tiba bangun" tanya adam pula.

"korang tu yang memekak bila bercakap mana tak terjaga nya aku"

DUM!!

Mereka bertiga terkejut mendengar bunyi kuat yang datang dari bilik sebelah. Mereka bertiga melekapkan telinga ke dinding. Ingin mengetahui punca bunyi.

a new life,live,love! [Completed]Where stories live. Discover now