₂₆

282 11 0
                                    

"bercuti kat kampung?!" jerit diana. Ini ke dimaksudkan mrs jane percutian? Di kampung? Okay mereka diperdayakan.

"boleh tak kiteorang nak balik srivilla? kiteorang rela duduk dekat dorm jela daripada ikut bercuti entah apa apa ni" hambur Aeya pula. Geram.

"hah kamu semua nak balik, balikla. jalan kaki biar dua hari baru sampai ke srivilla" jawab sir troye. Adam,dylan,nik dan con ketawa mendengar kata-kata sir troye.

Jas,diana,aeya dan anna mengetap bibir menahan geram. Rasa nak nangis pun ada.

"mari kita naik sampan, ada dua sampan tapi maafla takde jaket keselamatan. sebuah sampan 4 orang dan diiringi saya ataupun sir kamu" arah pakcik tony. Dia sudah bergerak masuk ke sebuah sampan diikuti adam,dylan,nik dan con.

"comeon girls" ajak sir troye masuk ke dalam sebuah sampan lain. Mereka berempat kelihatan ragu-ragu dengan kekuatan sampan itu. Sir troye memanggil-manggil mereka.

"kuat ke ni? ntah ntah sekali pijak roboh" kutuk aeya.

"err sungai ni dalam ke?" tanya diana.

"tak, sampai paras lutut tetapi kalau hujan air naik" sahut pakcik tony dalam sampan.

"ey cepatlah korang!" gesa nik.

"dari tadi berdrama penat la tunggu" bising con pula.

"diorang ni kan dari tadi bersabar je aku" bisik anna ke arah jas,diana dan aeya.

"anna lepasni tahu tahulah kau" jas memberi isyarat ke arah anna. Anna mengangguk faham. Jas berjalan menuju ke arah sampan. Dia yang menggunakan heels bergerak dengan lambat. Begitu juga diana.

"haaa tulah korang guna heels" suara adam memanaskan hati jas. Menyibuk.

Aeya dan anna pula masuk ke dalam sampan dengan jaket yang dibawa di tangan. Tu la tadi nak berjaket sangat sekarang kepanasan.

Setelah semua masuk ke dalam sampan, sir troye dan pakcik tony mengayuh sampan masing-masing. Sesekali pakcik tony bercerita tentang sejarah kampung srivilla.

"haaa macam tu la sejarah kampung srivilla" kata pakcik tony seusai menceritakan sejarah kampung itu. Dia memandang ke arah jas,diana,aeya dan anna yang bermasam muka sambil menepuk tangan memukul nyamuk. Dilihatnya pula adam,dylan,nik dan con sedang menikmati keindahan alam. Sekelilingnya pokok dan hutan.

Tiba-tiba hujan turun membasahi bumi. Jas,diana,aeya dan anna terkejut lalu menjerit.

"heyheyhey over la menjerit hujan je pon" kata adam mencebik. Setakat hujan rintis-rintis.

"betul tu takde bahaya" kata sir troye.

Jas memandang anna memberi isyarat. Anna memahami lalu berpaling ke arah aeya "erm aeya sorry."

"hah sorry kenapa?" tanya aeya blur. Anna terus menarik tangan aeya lalu terjun ke dalam sungai. Sir troye dan pakcik tony yang mengayuh sampan terkejut melihat aeya dan anna yang berada di dalam sungai.

"aik macam mana diorang boleh jatuh ni?" tanya sir troye panik.

"tak tahula sir diorang terjatuh" kata diana. Ya, ini sebahagian daripada rancangan mereka.

"tolong diorang" arah pakcik tony. Nik dan con yang hampir dengan mereka berdua menghulurkan tangan.

"tolong! aku taknak mati" jerit anna. Ceh siapa yang percaya ni memang bodoh.

"sejukkkkk" jerit aeya pula. Nik yang menghulur tangan ke arahnya dicapai. Inilah peluang.

Aeya menarik nik sekali ke dalam sungai. Terhumban nik dibuatnya. Sama seperti anna, con sudah berjaya di tariknya.

"astaga kenapa dari dua jadi berempat pulak ni?" sir troye bertambah panik melihat pelajar-pelajarnya 'berenang'.

a new life,live,love! [Completed]Where stories live. Discover now