₁₆

358 11 0
                                    

Telinga disumbat dengan Airpod pemberian daddynya. Sapu tangan jenama Adidas diletak di atas bahu. Dia mengenakan Reebok legging dengan Nike tshirt berwarna putih. Kasut jenama Adidas menjadi pilihan.

Aeya kini berada di kawasan SriVilla yang dikhaskan untuk berjoging dan beriadah. Dia mahu mengeluarkan peluh hari ini. Nak fit kan badan gitu. Matanya memandang sekeliling.

"janganla aku terlanggar orang time jogging ni" kata Aeya sendiri. Bukan apa, dia ada masalah suka terlanggar orang setiap kali berjoging. Nasib baik tak meninggal orang tu dibuatnya.

"okay aeya you can do it" Aeya memulakan larian. Dia mengambil keputusan untuk mengelilingi tasik yang terdapat di tengah kawasan itu sebanyak lima kali. Dia mendengar lagu sambil berjoging.

Setelah hampir menamatkan pusingannya, secara tidak sengaja dia terpijak kulit pisang yang dibaling pelajar berdekatan. Dia tersungkur ke hadapan.

"damn it! auch" tapak tangannya pedih terkena batu kecil. Habis merah tangannya.

"sapa yang buang ni?" jerit Aeya yang masih terduduk itu. Pelajar lain yang memandangnya tidak dihiraukan. Dia berusaha sedaya upaya untuk berdiri. Belum sempat aeya berdiri, seorang pelajar berbasikal menuju ke arah Aeya. Pelajar tersebut tidak sempat menekan brek kerana penglihatannya yang kurang jelas.

"AEYA!" dia merasa tubuhnya ditolak ke tepi oleh seseorang ke dalam tasik. Aeya yang tidak sempat menoleh, sudah berada di dalam tasik. Habis basah bajunya.

"aeya kau okay?" tanya orang yang menolaknya tadi yang turut berada di dalam tasik. Kiranya dua-dua tercampak dalam tasik lah ye.

"kau apesal tolak aku dalam ni? kalau nak selamatkan orang, janganlah tolak dalam tasik boleh melemaskan orang tau tak?! kau ikhlas ke ni?" aeya menghambur marahnya. Tangan nik di bahunya di tepis kasar. Dahla tadi tersungkur, pastu terhumban dalam tasik disebabkan Nik ni eeee.

"excuse me miss, aku dah tolong ni kira baik tau. Setakat masuk tasik je chill la kan? Nasib baik aku tolak, kalau tak dah dilanggar basikal kau tau" terang Nik membetulkan salah faham. Muka Aeya dipandang. Lucu jugak dengan airpod dia dah basah and baju.....

Terbuntang mata nik memandang aeya. Baru dia perasan wei!

"dahla cau la" Aeya menuju keluar dari tasik itu. Para pelajar yang memandang nya diberi jelingan maut. Setelah berdiri dengan stabil, dia melangkah meninggalkan kawasan itu.

"woi!" jerit Nik. Dia segera berlari dari dalam tasik menghampiri Aeya. Aeya yang mendengar berusaha lari. Macam la laju dengan kaki nya selepas tersungkur tadi.

Nik dapat berlari memintas Aeya. Dia segera menanggalkan jaket sukannya yang basah tadi di letak di atas bahu Aeya. Aeya berhenti dan tercengang memandang Nik.

"hah?" soal Aeya blur. Nik tersengih sebelum menjawab.

"lain kali jangan guna baju putih tau? Transparent gitu"

Aeya yang mendengar terkejut memandang dirinya. Dahla baju putih basah pulaktu. Habis nampak semua di dalam. Patutla pelajar tengok lain macam.

"eeee NIKKKKKK!" aeya menjerit malu. Nik meninggalkannya sambil ketawa. Aeya menutup mukanya menahan malu sebelum meneruskan langkah menuju ke dorm.

a new life,live,love! [Completed]Where stories live. Discover now