₂₈

290 7 0
                                    

"hah baguslah korang berempat duduk dalam tu biar saya, pakcik tony, aeya,anna,con dan nik teruskan. awak berempat duduk situ je" kutuk sir troye penat melayan kerenah pelajarnya. Dia mengajak aeya,anna,con dan nik meneruskan perjalanan. Adam,dylan,diana dan jas yang melihat terus bangun dari dalam lumpur. Mereka mengikuti dari belakang.

"eh tak sakit lagi kaki tu?" tanya adam kepada jas. Jas memberi jelingan. Dia sudah serupa dengan hantu lumpur. Heels yang diguna mereka tadi sudah dijinjit. Kaki dah penat berjalan.

"takla lepas masuk lumpur dah okay"

Diana di sebelah jas turut menjelin dylan. Menyibuk je.

"amboi jeling-jeling aku ni berlumpur sebab nak selamatkan kau tadi tau" kata dylan.

"aku tak panggil kau pun" diana menjawab selamba.

"tu lah kau baik kau selamatkan aku dulu" sampuk adam. Kaki turut melangkah meredah jalan yang becak.

***

Pakcik tony diikuti adiknya dan 6 orang pelajar Srivilla berdiri di hadapan sebuah rumah yang gelap diperbuat daripada kayu. Keadaan rumah itu amat mengusangkan. Dinding rumah yang berlubang seperti di makan anai-anai. Tingkap yang tergantung seperti hendak tercabut. Rumah tersebut dikelilingi hutan. Bunyi cengkerik dan unggas menambahkan suasana kampung.

"selama program anak anak berjalan, kamu semua akan menetap di sini" kata pakcik tony sambil tersenyum. Sir troye turut tersenyum memandang reaksi Jas,diana,aeya dan anna.

"WHAT?!!!!!!!" bergema suara jas menjerit. Terkejut tidak terkata mendengar kata-kata pakcik tony. Dia terduduk di atas tanah.

"apeni sir?!" jerit diana pula. Macam-macam telah terjadi dalam suatu hari. Mereka bertiga menunduk memujuk jas.

"awak semua sabar la chill at least ada tempat tinggal for 3weeks daripada kita ddk dalam khemah je" kata sir troye. Mata memandang kerenah Jas,diana,aeya dan anna.

"ini yang sir cakap tempat tinggal? MACAM RUMAH TINGGAL ADALA" bentak anna.

"i wish i'm in srivilla, memang saya suruh our family saman srivilla" ugut aeya.

"samanla, suruh your family saman srivilla sekarang! ha cepatla" cabar sir troye. Dia sengaja kerana dia tahu para pelajarnya tidak dapat berkomunikasi dengan keluarga.

"sir cabar saya kan okay!" sahut aeya. Dia pantang dicabar. Iphone segera dikeluarkan dari dalam poket. Dia mendail nombor daddy nya.

"dapat tak?" soal diana. Jas masih menunduk di tanah.

"tak dapat la, tak ada network" balas aeya yang memandang iphone nya dengan geram.

"i wanna try" kata anna pula. Dia cuba mendail kakaknya. Tidak dapat.

"dapat ke tu?" tanya sir troye sengaja. Adam,dylan,nik dan con hanya memandang kedegilan jas,diana,aeya dan anna.

"lupa pakcik nak bagitau, dekat kampung ni takda rangkaian. tempat terakhir yang ada rangkaian pun dekat sungai tadi" terang pakcik tony. Pelajar perempuan yang mendengar mengeluh perlahan.

"ha dengar tu chill la korang kita kat sini 3 minggu je bukan 3 tahun" sampuk nik.

"dah jom masuk" pakcik tony mendahului masuk dengan memanjat tangga diikuti sir troye dan pelajar-pelajar lelaki. Pintu dibuka. Suasana sunyi dan suram menyelubungi dalam rumah itu. Lantai dipijak berbunyi berkeriuk.

"aaa bolehla ni untuk kita" kata sir troye. Adam,dylan,nik dan con hanya mengangguk. Dia memandang jas,diana,aeya dan anna yang masih berada di bawah halaman rumah.

"kamu semua taknak masuk ke?" soal sir troye. Keempat-empat mereka mendengus. Masing-masing memanjat tangga kayu.

"ee selamat ke ni?" bebel jas. Dia berada di hadapan sekali.

"sir! kalau jatuh macam mane?" jerit diana pula. Dahi sudah berkerut.

"overla korang ni takkan tangga seciput nak jatuh jugak" sampuk adam. Jas,diana,aeya dan anna membuat muka sambil menuju ke dalam rumah.

"rumah ni ada dua bilik tapi tak besar sangat muat muat 3 atau 4 orang dalam satu bilik. Maaflah kalau tak selesa dengan saiz bilik yang tidak memuaskan dan saya nak bagitau dekat sini tiada bekalan elektrik jadi buat masa ini rumah ni tiada lampu dalam beberapa hari baru ada, satu lagi saya ada sediakan sebuah kipas untuk setiap sebuah bilik." terang pakcik tony sambil tersenyum lebar.

"pakcik sediakan rumah untuk kiteorang pun kiteorang dah bersyukur" kata con menunduk hormat. Kawannya lain turut menunduk hormat.

"nak tanya lagi ke?" soal pakcik tony memandang jas,diana,aeya dan anna.

"rumah ni kenapa usang sangat?"

"kenapa takde aircond and lampu? thats mean kiteorang kepanasan and kegelapan sepanjang kat sini?!"

"macam mana kalau kiteorang tak selesa kat sini dengan debu hapak semua ni?"

"and toilet kat mana? jangan cakap bathtub takde pulak?"

"rumah ni memang berkeadaan begini memandangkan kampung pendalaman ni tak mampu nak bangunkan rumah batu dan anak-anak semua kena bersabar dalam BEBERAPA HARI sebelum sumber elektrik dapat. Mula-mula tak selesa lama-lama pakcik jamin anak-anak taknak balik srivilla, tandas pula kat sini takde tetapi ada sebuah perigi belakang rumah ni" jawab pakcik tony dengan tenang.

"kiteorang kena mandi perigi?!" tanya diana. Wah kalau macamtu dia sanggup tak mandi beberapa hari.

"eh kalau taknak mandi pun takyah" sindir dylan. Dia mendapat jelingan tajam daripada diana.

"dahdah pakcik pergi dulu kamu semua rehat dulu, malam nanti pakcik datang lagi tata" kata pakcik tony sebelum beredar.

"pelajar perempuan bilik sebelah kanan dan pelajar lelaki dengan sir share bilik sebelah kiri. kamu semua rehat la mandi ke apa baju dah disediakan di dalam bilik. memandangkan jam pukul 4, sebelum maghrib kamu semua kumpul dekat ruang tamu ni" kata sir troye sebelum melangkah masuk ke dalam bilik sebelah kiri diikuti adam,dylan,nik dan con. Sempat dijelirkan lidah.

a new life,live,love! [Completed]Where stories live. Discover now