selepas selesai aku menyarungkan kasut, aku berjalan menuju ke kereta yang dari tadi tunggu aku dekat luar rumah.
tiba di sana, aku disambut mesra oleh pemandu tersebut.
'assalamualaikum puan dee, nama saya zahyera. saya diberi tugas oleh bos saya untuk menghantar puan dee ke hotel royale hari ini'. terangnya panjang lebar. 'waalaikumussalam', tak perlu panggil gelaran "puan" dekat saya, panggil "dee" sudah. lagipun kita macam sama umur je'.balas aku untuk penerangan zahyera yang panjang lebar tadi. 'baik dee, jadi boleh kita gerak sekarang'? soal zahyera kepada aku. 'ya boleh'. balas aku singkat lalu masuk ke dalam kereta begitu juga dengan zahyera.
selepas 30 minit perjalanan, zahyera berhentikan kereta yang dipandunya di lobi hotel royale. itu menunjukkan yang aku sudah tiba di hotel tersebut. sebelum aku keluar dari kereta, aku sempat bertukar nombor telefon dengan zahyera. seronok berkawan dengan zahyera. dia seorang yang peramah. sepanjang perjalanan ke hotel tadi, mulutnya tidak berhenti-henti bercakap. ada sahaja perkara yang nak dibualkan olehnya.
selepas itu, aku terus jalan ke bahagian receptionist hotel untuk bertanyakan di mana terletaknya lokasi yang diberitahu oleh shaz di corong telefon tadi. kemudian, salah satu pekerja hotel royale mengiringi aku ke lokasi tersebut.
tiba di lokasi tersebut aku disuruh oleh pekerja tersebut untuk masuk ke dalam sebuah bilik. sempat aku membaca papan tanda yang tertulis " vvip room " di pintu bilik tersebut.
tanpa berfikir panjang, aku terus masuk ke dalam bilik tersebut. aku terlihat ibu bapa aku dan ibu bapa shaz berada di dalam bilik tersebut. fik, riz, fat, sya, syad dan dina turut juga berada di dalam bilik tersebut. yang peliknya, shaz tidak berada dalam bilik vvip tersebut. timbul lagi satu persoalan di kepala otak aku.
terus aku menuju ke mummy aku lalu menyapanya. 'assalamualaikum mummy, mummy apa khabar'? soalku. 'waalaikumsalam dee, mummy sihat je macam selalu'. balas mummy aku. 'sorry sebab dah lama dee tak lawat mummy dekat rumah'. aku meminta maaf kepada mummy kerana sudah lama aku tidak pulang ke rumahnya. 'takpe dee, mummy faham'. kata mummy aku. 'dee minta diri dulu ehh, dee nak pergi kat mummy shaz jap'. aku meminta diri dari mummy. 'baik dee'. balas mummy aku. terus aku menuju ke arah mummy shaz yang sedang leka memandang telefonnya.
'assalamualaikum mummy, sapa aku kepada mummy shaz'. 'waalaikumsalam dee'. balas mummy shaz. 'mummy dah makan'? soalku kepadanya. 'dah, baru je makan'. jawab mummy shaz. 'okaylah mummy, dee nak pergi jumpa kawan-kawan dee kejap'. aku meminta izin untuk ke tempat kawan-kawan aku berkumpul'. 'emmmm okay' , balas mummy shaz.
aku berjalan dengan pantas ke tempat kawan-kawan aku berkumpul. tiba di sana, aku meyapa diorang. 'hai guys', sapa aku. 'hai dee' , balas mereka semua. ' guys, aku ada dua soalan nak tanya soalan ni '. kata aku kepada mereka. perkara yang sejak tadi berlegar-legar di kepala aku mungkin akan terjawab jika mereka berempat ini menjawab soalan tersebut. 'apa'? soal mereka semua. 'aku nak tanya mana shaz?aku tak nampak pun dia dari tadi'. soalan tersebut diajukan kepada mereka. 'entah kitaorang pun tak tahu dia pergi mana. lepas dia call kau, terus dia keluar dari bilik ni. sampai sekarang dia tak balik-balik lagi'. terang fik panjang lebar. 'ohh' , balas aku sepatah. 'apa soalan kau lagi satu tu'?. soal sya. 'kenapa kita tak sambut birthday aku dekat rumah je? tadi kan dah decor rumah aku cantik-cantik. lepastu aku turun bawah, semua hiasan dah takde. kenapa buat macam tu'?. soal aku panjang lebar. 'soalan tu kitaorang rasa kau tanya sendiri la dekat shaz sebab dia yang plan semua ni'. balas fat pada soalan aku yang panjang lebar tadi. 'okay, nanti aku tanya dia'. balas aku beriak kosong. padahal hati aku sekarang tengah meroyan risau akan shaz. sedang aku leka melayan perasaan, syad dan dina datang ke arah aku lalu berkata 'akak, jom kita pergi potong kek, dah tiba masanya'. kata dina kepada aku. 'ha jom'. balas aku terpaksa. aku ulang 'terpaksa'.
semua orang yang berada di dalam bilik tersebut menyanyikan lagu 'happy birthday' untuk aku. selepas nyanyian itu tamat, aku meniup lilin yang sedang menyala di atas kek birthday aku. dengan tiba-tiba, lampu yang sedang bernyala di dalam bilik tersebut terpadam. semua lampu di dalam bilik tersebut. tak ada satu pun yang bernyala. tidak dapat aku lihat siapa yang berada di dalam bilik tersebut. aku memanggil nama parents aku dengan shaz. tiada siapa pun yang menyahut begitu juga dengan kawan-kawan aku. terlintas lagi soalan dalam otak aku "diorang hilang deria pendengaran ke"?
tiba-tiba, aku terasa ada tangan yang datang dan mengikat mata dan mulut aku dengan kain lalu badan aku didukung gaya bridal-style. terkejut gila aku. air mata dah keluar banyak dah sebab takut sangat. tapi aku tak boleh buat apa-apa. apa yang aku dapat buat is duduk senyap-senyap je tanpa bertindak di luar kawalan.
YOU ARE READING
the perfect love
Romancetengku xalexa irdina. mempunyai rupa yang cantik secantik namanya. walaupun berdarah diraja dia tetap berendah diri. dia menggalas tanggungjawab sebagai penolong ketua pengawas PRIVATE INTERNATIONAL HIGH SCHOOL. tengku xaiden shazril. seorang jejaka...