-44

757 28 6
                                    


selepas 3 minit perjalanan, aku dibawa masuk ke dalam sebuah bilik yang aku sendiri tak tahu bilik tu berada di tingkat berapa dan nombor bilik tu apa. macam mana aku tahu aku ada dalam bilik? aku tahu sebab sekarang ni aku tengah duduk atas katil. aku ulang duduk bukan baring atas katil tu. sebelum aku dibawa masuk ke dalam bilik ni pun, orang yang dukung aku tu ada tekan password kat pintu bilik hotel yang aku tengah duduk sekarang. bila orang yang dukung aku tu tekan password dekat pintu bilik tu aku dengar bunyi nombor yang dia tekan tu. hotel ni memang setiap bilik dia ada password. hotel tak macam hotel lain yang guna kad untuk buka pintu bilik.

mata dan mulut aku masih diikat dengan kain berwarna hitam itu. aku takut nak buka. japgi aku buka, aku kena pukul pulak dengan orang yang culik aku tu. so, aku biarkan je la kain yang ikat aku tu kekal di situ.

tiba-tiba, aku terasa tilam yang diduduki aku itu tenggelam. itu menujukkan ada orang yang duduk atas katil dengan aku."huhuhu, aku takut". menangis aku di dalam hati.

'buka la kain yang tutup mata dengan mulut kau tu'. orang yang duduk dengan aku atas katil itu berkata. tangan aku menggigil nak buka ikatan tu. aku buka ikatan di mulut aku terlebih dahulu sebelum membuka ikatan di mata aku.

lepas aku buka kain yang menutup mata aku, terbuntang mata aku selepas melihat orang yang berada dengan aku.

'awak'. kata aku sepatah kerana terkejut melihat siapa yang berada di hadapan aku

'yes, memang aku'. 'kenapa terkejut'? soalnya.

aku menggangguk kepala.

'tak payah terkejut sangat dee'. katanya

'k..ke..kenapa awak buat macam ni'? soal aku padanya.

'because...' katanya tidak menghabiskan ayatnya.

'jawab la soalan saya shaz, kenapa awak buat macamni'? 'awak takutkan saya'. kata aku lagi.

'aku buat macamni sebab nak suprisekan kau'. jawab shaz

'hah'? ternganga mulut aku mendengar jawapan yang keluar daripada mulut shaz

the perfect loveWhere stories live. Discover now