♥ pt 1 ♥

5K 99 2
                                    

Kriinggg!!! Jam loceng berbunyi menandakan sudah pukul 5.30 pagi. Tasneem mencapai jam loceng tersebut lalu menutupnya. Hari ini merupakan Hari pertamanya berkhidmat di Hospital Sri Amin Dan dia berasa sungguh teruja. Perlahan- lahan langkah diatur, dia mengambil tuala lalu masuk ke dalam tandas.

Tasneem membetulkan tudungnya di cermin dan mencalitkan sedikit lipstick di bibir. Ketika dia sibuk menilik di cermin, dia terhidu bau yang enak dari tingkat bawah. Dia tersenyum lalu keluar dari bilik dan berlari ke tingkat bawah.

Di dapur, Datin Sri Zuraida menuangkan air kopi ke dalam cawan lalu memberikannya kepada Dato Sri Amin. Tasneem datang lalu duduk berhadapan dengan Dato Sri Amin.

"Mmmm... Sedapnya bau~" Tasneem mengambil pinggan lalu mencedok nasi goreng ke dalamnya.

"Kalau Bab makanan, laju je turun." Datin Sri Zuraida memandang Tasneem yang menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"Mestilah. Masakan Ibu kan sedap." Tasneem tersenyum sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut.

"Angah makan cepat sikit. Nanti pergi kerja dengan Abah." Dato Sri Amin berkata lalu menghirup kopinya.

"Okey." Tasneem menghabiskan nasi goreng nya lalu bersiap untuk ke tempat kerja.

Selepas bersalaman dengan Datin Sri Zuraida, mereka memulakan perjalanan ke hospital. Sepanjang perjalanan, mereka banyak berbual. Setibanya di hospital, Dato Sri Amin bergerak ke pejabatnya manakala Tasneem bergerak ke arah pejabatnya.

Tasneem tiba di pejabatnya lalu meletakkan begnya di atas meja Dan memakai lot doktornya. Tiba- tiba seseorang menyentuh bahunya membuatkan dia terkejut. Apabila dia berpaling, dia ternampak Syahadah yang tersenyum memandangnya. Tasneem memukul bahu .

"Kau ni kan! Terkejut aku!" Tasneem memandang Syahadah yang menggosok bahunya.

Kau Hanya Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now