♥ pt 15 ♥

1K 54 4
                                    

Neem menaiki tangga ke rooftop. Dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan orang tersebut. Sampai sahaja di rooftop, Neem melihat seorang wanita memakai kot doktor yang berdiri membelakanginya. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke arah perempuan tersebut.

Neem : doktor ?

Wanita itu memusingkan badannya lalu memandang Neem. Neem yang pada mulanya tersenyum, terus mati senyumannya.

Azni : datang jugak kau eh? Ingat dah taknak datang.

Neem : kau ke yang nak jumpa aku?

Azni : ha'ah kenapa?

Neem : aku ada banyak kerja nak buat.

Neem baru sahaja ingin pergi.

Azni : aku dengar kau nak kahwin dengan boyfriend aku. Betul ke?

Langkah Neem terhenti. Dia berpaling semula memandang Azni.

Neem : Dany yang bagitahu kau ?

Azni : kenapa kau terhegeh-hegeh dekat boyfriend aku hah?

Neem : aku? Terhegeh-hegeh? Kau gila ke apa? Aku takkan kahwin dengan Dany walaupun dia sorang je laki yang wujud dekat bumi ni lah.

Azni : ye ke? Bukan ke kau...cintakan dia? Macam dua tahun lepas?

Neem nampak terkejut mendengar kenyataan Azni.

Azni : ye. Aku tahu kau dengan Dany pernah couple masa korang belajar dulu.

Neem : Mana kau tahu?

Azni : Mana aku tahu tuh tak penting. Yang penting sekarang, aku nak kau batalkan perkahwinan kau dengan Dany!

Neem : sape kau nak suruh aku batalkan perkahwinan tu? Lagi satu, kau tak layak nak mengaku yang kau cintakan Dany kalau kau sendiri yang curang dengan dia!!

Azni terkejut manakala Neem ketawa kecil.

Neem : kau ingat aku tak tahu yang kau keluar dengan jantan lain tanpa pengetahuan Dany?! Aku ada buktilah! Bila² Masa je rahsia kau akan terbongkar!

Neem memberanikan dirinya namun Azni hanya ketawa sinis.

Azni : ye. Memang aku curang dengan dia. Aku gunakan dia. Sebab apa? Sebab aku nak duit dia.

Neem : hah? Eh bapak kau tuh dah kaya takkan kau tak Cukup duit lagih?

Azni : memang bapak aku kaya. Tapi dia tak bagi sikit pun duit dekat aku. Jadi, satu-satunya sumber duit aku ialah Dany.

Dengan banggannya Azni menjawab. Neem tu dah geram nak cekik perempuan pisau cukur tuh.

Neem : kau nih kan... Haish memang tak lama tau.

Azni mengeluarkan botol mineral dari poket kotnya lalu menuangkan air ke atas kepalanya sendiri. Neem terkejut melihat Azni tetiber je buat macam tuh.

Neem : kau buat apa nih?

Azni hanya senyum sinis. Kini habis badannya basah. Tiba² Azni mengeluarkan skalpel dari poketnya yang satu lagi membuatkan Neem makin terkejut.

Neem : kau nak buat apa dengan skalpel tuh?

Azni tidak menjawab dan meletakkan skalpel itu di lengannya lalu sekelip mata saja luka kecil tercipta di lengan Azni.

Neem : kau buat apa nih woi?! Tak sayang nyawa ke?!

Neem cuba merampas skalpel itu dari tangan Azni dan akhirnya Neem mendapatnya. Yang peliknya, Azni seperti tidak cuba untuk melawan Neem.

Tiba² mereka terdengar bunyi hempasan pintu yang kuat. Mereka berpaling ke arah bunyi tersebut. Kelihatan Dany yang tercungap-cungap berada di pintu rooftop itu.

Kau Hanya Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now