♥ pt 17 ♥

1K 52 2
                                    

Dany sedang menulis laporan di kaunter. Tiba² seseorang menepuk bahunya lalu dia memusingkan badannya untuk melihat orang tersebut.

Fazril : weh bro, kau nampak Sya?

Dany menyimpan pen ke dalam poket kot doktornya (ayat keling lagih) Dan menyilangkan tangan.

Dany : Sya? Takde nampak pulak. Kenapa?

Fazril : aduhhh risaunya aku.. seharian aku tak nampak dia.

Dany : tak payah nak risau sangat lah. Dia busy kot.. lagipun dekat rumah kau jumpa jugak dengan dia kan?

Fazril : hiks. Aku rindu dia...

Dany : hish korang nih sweet² bagai, kena diabetes aku kang.

Fazril : jeles cakap..

Dany : takde Masa aku.

Fazril : btw, bila kau nak cakap dengan Azni?

Dany : nanti² lah. Malas aku nak fikir pasal dia sekarang.

Manakala di sebelah mereka iaitu di kaunter, ada dua orang nurse yg tengah berborak. Tapi aku rasa lebih kepada bergosip .

Dina : weh, kau dah dengar pasal kes M3 dekat hospital nih?

Dayah : M3? Menatang apa tuh?

Dina : hish kau nih... M3 tuh virus yang lagih teruk dari selesema tapi kurang bahaya dari Ebola...

Dayah : ouhh yang tuhhh... Kenapa?

Dina : kau tau tak dah ada kes dekat hospital nih?

Dayah : serious ah ada kes dekat hospital nih?

Dina : yeee aku tak tipuuuu.

Dany dan Fazril mencuri dengar perbualan dua nurse itu.

Dina : dengar cerita, Doktor Sya dengan Doktor Neem yang bedah pesakit yang ada virus tuh.

Dua lelaki yang sibuk memasang telinga dari tadi terkejut.

Dayah : maksudnya, diorang ada kemungkinan berjangkit lah kan?

Nurse yang bernama Dina itu menggangguk.

Dany dan Fazril berpandangan sesama sendiri sebelum memulakan maraton ke bilik bedah. Orang lain yang memandang mereka pelik dihiraukan.

Dasar dua ekor tuh tinggalkan wad kecemasan macam tu je 😌 nasib baik Dr Syafiq Ada..

Dr Syafiq : aku tahu aku bagus takyah cakap pun aku tahu .

Author : eh tibe .

---------

Neem mengerutkan kening apabila jarum dicucuk(?) ke dalam lengannya. Dia dan Sya terpaksa ambik darah untuk tahu sama ada mereka dijangkiti atau tidak.

Wati : okey dah siap~

Tiru Mira Filzah kejap.

Ingat tak kak wati? Alahh.. nurse tuhhh.. ingat? Okey bagus. Tak ingat? Anda dah tua. K gurau².

Neem : thanks Kak Wati...

Kak Wati senyum di sebalik mask yang dipakainya. Korang tahu dia pakai apa? Dia pakai yang macam frontliners tuh. Bahaya tak bahaya M3 nih. Mujur bukan covid. Eh dah jauh melencong.

Neem duduk di sebelah Sya. Mereka menekan kapas di tempat yang disuntik tadi. Tiba² mereka terdengar bunyi tapak kaki seperti ada orang berlari ke arah bilik bedah.

Tiba² pintu dewan bedah dibuka luas oleh dua orang doktor. Mereka meluru ke arah bilik bedah di mana Neem dan Sya berada. Mereka ingin masuk namun pengawal di depan bilik tersebut menghalang mereka.

Kau Hanya Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now