♥ pt 3 ♥

2K 60 0
                                    

Syahadah : serious ah kau jumpa Daniel?!

Tasneem : yeee... Takkan aku nak reka cerita pulak. Takde benefit pun.

Syahadah : jap jap. Maksud kau, kau jumpa ex kau yang sekarang ni satu tempat kerja dengan kau?!

Tasneem : kau ni buat-buat pekak ke memang betul-betul pekak?

Syahadah : takde la weh. Tu ex kau kut. Cannot brain la.

Tasneem : adooiii... Dalam banyak-banyak manusia dekat bumi ni, kenapa aku kena jumpa dia? Kalau jumpa Kim Seokjin ke boleh jugak.

Syahadah : amboi... Tingginya impian kau ni. Weh Neem. Aku letak dulu eh? Drama aku dah nak start nih. Jumpa esok. Bye.

Tasneem : Hello? Sya? Hello? Woi!

Tasneem melihat skrin telefonnya.

Tasneem : kau letak macam tu je? Takpe kau. Siap kau esok.

Kemudian, dia melemparkan telefonnya ke sebelah. Dia memandang dinding. Tiba-tiba fikirannya teringat akan sesuatu.

Flashback 2 tahun yang lalu...

Daniel sedang membuat ulangkaji ketika Tasneem datang ke arah nya lalu duduk di hadapannya.

Tasneem : hai awak~

Tasneem berkata separuh berbisik. Daniel mengangkat kepalanya lalu tersenyum kepada Tasneem.

Daniel : hai. Awak tahu Tak Hari ni Hari apa?

Tasneem : Hari ni? Hari ni Hari isnin lah. Kenapa?

Daniel : alaaa awak nih. Betul-betul la.

Tasneem : betul-betul la ni. Hari ni Hari isnin. Awak Tak percaya ke?

Daniel : awak ni kan. Tak ingat la tuh.

Daniel berpura-pura merajuk. Tasneem sudah menahan ketawa.

Tasneem : alaa awak nih. Saya bergurau je lah. Janganlah merajuk.

Kemudian, Tasneem mengeluarkan buku nota dari bawah meja.

Tasneem : happy birthday awak.

Daniel : awak ni kan. Suka main- main. By the way thank you.

Tasneem : ni untuk awak.

Daniel mengambil buku nota tersebut.

Tasneem : maaflah. Ni je yang Saya sempat beli.

Daniel : takpe. Saya Suka. Cantik buku nih. Macam awak. Thanks.

Wajah Tasneem menjadi merah. Daniel Hanya tersenyum memandang Tasneem.

Flashback berakhir...

Tasneem : kenapa dia simpan lagi buku tu eh?

Keesokan harinya...

Tasneem berjalan memasuki hospital. Dia berjalan ke arah lif lalu menekan butang untuk ke tingkat atas. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Tasneem ingin masuk ke dalam namun langkahnya terhenti apabila ternampak orang yang berada di dalam lif. Dia hanya berdiri di situ.

Daniel : kau nak Masuk ke Tak nih?

Tasneem tersentak lalu dia masuk ke dalam lif. Pintu lif tertutup. Suasana di antara mereka senyap sunyi.

Ting!

Lif berhenri di tingkat 5 lalu pintu pun terbuka. Mereka keluar dari lif. Apabila mereka lalu di hadapan kaunter, seorang nurse memanggil mereka.

Nurse : doktor Daniel! Doktor Tasneem!

Mereka berpaling lalu menghampiri nurse tersebut.

Tasneem : ada apa, Wati?

Tasneem bertanya kepada nurse yang bernama Wati.

Nurse Wati : doktor Dato Sri Amin nak jumpa doktor Tasneem dengan doktor Daniel dekat office dia.

Daniel : sekarang?

Nurse Wati : ha'ah. Sekarang.

Tasneem : okey. Terima kasih ye.

Kemudian, mereka bergerak ke office Dato Sri Amin.

Di office Dato Sri Amin...

Tasneem : kenapa Abah nak jumpa kitorang?

Dato Sri Amin : sebenarnya macam ni, hari nih akan ada seorang patient masuk. Patient tu seorang Datin. So, Saya tugaskan awak berdua untuk menjaga dia.

Tasneem & Daniel : kitorang?!

Dato Sri Amin : ye. Kenapa? Ada masalah ke?

Daniel : tapi uncle, Saya kan dah ada patient.

Dato Sri Amin : patient kamu kan dah sembuh Dan akan discharge Hari ni. Uncle rasa takde masalah pun.

Tasneem : tapi Abah, Angah kan baru je start kerja. Banyak lagi benda yang Angah Tak tahu.

Dato Sri Amin : sebab tu lah Angah ditugaskan dengan Daniel. Abah percaya Daniel dapat tolong Angah. Kan Daniel?

Tasneem memandang Daniel yang hanya menganggukkan kepala.

Dato Sri Amin : kalau takde pape, korang boleh lah keluar. Patient tu pun akan sampai sekejap lagih. Saya harap korang dapat bekerjasama lah.

Selepas bersalaman, Tasneem Dan Daniel keluar dari office Dato Sri Amin. Mereka berpandangan sebelum bergerak untuk menyambut pesakit mereka.

Kau Hanya Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now