1 tahun kemudian...
Dany melirik jam di tangannya. Terlalu banyak kerja membuatkan dia asyik terlupa(?) masa.
Dany : Aduhh dah lewat...
Cepat-cepat Dany mengemas segala kertas di atas mejanya lalu memasukkannya ke dalam beg kerjanya. Kot doktornya disimpan di dalam loker.
Kemudian dia mengambil begnya dan ingin pergi. Namun langkahnya terhenti apabila matanya ternampak satu buku nota yang disimpannya selama hampir Lima tahun.
Kemudian matanya melihat pula meja yang berhadapan dengan mejanya. Lama matanya melihat meja tersebut. Dia mengeluh sebelum keluar dari pejabat.
_____________
Dany memakirkan keretanya. Dia bersandar di kerusi kereta buat seketika bagi melepaskan lelah selepas seharian bekerja.
Kemudian dia membuka drawer(?) di tempat duduk bersebelahan pemandu untuk mengambil dompetnya. Apabila dompetnya diambil, sekeping gambar bersaiz polaroid jatuh ke lantai.
Dia menundukkan badan untuk mengambil gambar tersebut. Dia melihat gambar tersebut.
Dia tersenyum apabila melihat Neem senyum gembira di dalam gambar tersebut. Hatinya berasa tenang setiap kali melihat muka Neem.
Gambar tersebut disimpan semula ke dalam dompet lalu Dany keluar dari kereta.
- skip -
Dany berjalan ke arah seorang wanita yang sedang menikmati angin pantai. Tudung wanita itu beralun mengikut hembusan angin.
Ketika Dany sudah berada betul-betul di belakangnya, dia ternampak wanita itu tiba-tiba menyentuh perutnya. Dany memeluknya dari belakang dan meletakkan tangannya di atas tangan wanita tersebut.
Dany : Jangan sayang...
Wanita tersebut terkejut lalu berpaling memandang Dany. Dany tersenyum kecil dan mengelap air mata wanita itu.
Dany : Abang taknak sayang ingat semua tu lagih...
Neem senyum memandang Dany.
Neem : Terima kasih abang. Kalau bukan sebab abang, Neem takde dekat sini sekarang...
Dany : Dah. Abang taknak Neem cakap benda-benda mengarut lagi. Abang sayang Neem. Abang takkan biarkan apa-apa berlaku kepada Neem.
Dany mengusap lembut pipi Neem.
[FLASHBACK]
Dany menghentikan perbuatannya menekan dada Neem. Hadapannya sudah musnah apabila mesin pernafasan tidak menunjukkan sebarang tanda positif.
Namun tiba-tiba...
Titt.. titt.. titt.. titt..
Dany mengangkat mukanya memandang mesin tersebut.
Nurse : degupan jantungnya dah kembali!
Dany tidak mampu menahan senyumannya. Air matanya yang mengalir dilap.
Sya juga turut senyum gembira.
Sya : Mari Kita sambung pembedahan Kita.
Dany memandang Sya lalu mengangguk.
- skip -
Pembedahan berjalan dengan lancar namun Neem tidak sedarkan diri selama hampir seminggu. Azni pula telah selamat masuk ke dalam penjara. Tch! Pandan muka dia!
Lupakan dia. Meh Kita sambung~
Dany memasuki wad yang menempatkan Neem yang masih tidak sedarkan diri. Sejambak bunga diletakkan di atas meja bersebelahan katil Neem bersama bunga-bunga yang lain yang dibawa oleh Dany sebelum ini (aku tahu ayat berbelit).
YOU ARE READING
Kau Hanya Milikku [COMPLETED]
Romance"Abang tak janji abang akan sayang Neem sampai akhir hayat Neem... Tapi abang janji... Abang akan sayang Neem sampai akhir hayat abang..."