5:00pm
Arina POV
Okey sekarang aku dah sampai Langkawi and exactly sorang sorang. Kenapa tah boyfriend aku lebihkan kerjaya dia dari aku.
Siapa yang penting sebenarnya? aku ke kerja dia tu? bila ditanya kenapa sibuk sangat, dia cakap 'saya cari duit untuk masa depan kita'
Haih belum kahwin, belum tunang. baru bercinta 3 tahun. tak tahu la nanti kalau dah kahwin. entah dia ingat ada isteri ke tak dekat rumah.
haih tak baik Arina. husnuzonnn!
Lupakan masalah dekat KL and now fokus holiday kita untuk 3hari 2malam. harini hari pertama so masih berbaki lagi 2 hari.
Hari pun dah petang, aku check in dekat hotel belakang pantai cenang. sarapan free, wifi free, nak cari makan malam pun bandar ada depan hotel.
Pantai pun dekat belakang hotel je hahah. memang hotel paling nice la aku booking hahah.
Aku kat sini sewa motor skuter je la. saja ambil angin. lagipun aku bawa dua beg je. satu beg untuk letak baju,
satu lagi beg kosong untuk nak letak coklat coklat yang akan diborong oleh aku tak lama lagi hahah.
Sekarang aku dalam bilik, baring baring, relax. malam nanti nak cari makan malam pulak.
Ha, pasal perempuan yang bagi aku tisu tu aku macam kenal. tiba tiba dalam flight terfikir dia hahah.
Nama dia tak silap Taza kot. dulu masa dekat universiti, ada gosip pasal Taza ni. katanya suka aku.
Kiranya oh waw lesbian. aku tak tahu tang mana dia suka aku hahah.
Aku ingat lagi setiap kali lepas habis kelas, aku nak balik bilik lepastu ada coklat favourite aku dekat depan pintu bilik.
Hari hari tau. aku fikir boyfriend aku yang bagi tapi rupanya perempuan tu.
Roommate aku yang bagitahu sebab dia dah dengar gosip yang perempuan tu suka aku dan aku pun blur hahah.
but i still makan coklat dia hari hari sebab i know, dia takkan ada niat jahat. i trust her.
Tapi yang aku peliknya Taza tak pernah confess. aku pun taktahu kenapa dan jarang nak nampak dia dekat universiti.
Padahal dia bagi aku coklat hari hari sampai kitorang dah habis belajar and now aku otw nak jadi model heheh.
So, apa makna pertemuan aku dengan Taza tadi? jodoh? dia nak confess? then kitorang akan jadi sepasang kekasih? hell no!
Dia perempuan, aku perempuan mana boleh. pehh imaginasi aku gila mengarut.
YOU ARE READING
Dua Hari✔
Short StoryTaza, perempuan yang menyukai seorang perempuan dari universitinya sehingga dia berjaya mencapai kejayaannya tanpa meluahkan sedikit pun perasaanya kepada Arina, perempuan yang disukainya. tetapi, pertemuan mereka di sebuah lapangan terbang telah me...