6 Disember 2018
8:00am
hi goodmorning. sekarang aku dah siap. cuma tinggal keluar hotel.
aku bangun pukul 7 pagi bhai hahah. nevermind, sekarang aku nak keluar bilik.
aku bukak pintu bilik dan jeng jeng jeng.. Taza pun buka pintu juga!!
saling berpandangan tapi tersenyum malu.
Taza cantik... dia pakai seluar slack hitam dengan sweetshirt size besar lepastu bajunya itu dimasukkan ke dalam seluar.
terserlah ketinggian dia bila pakai seluar slack tu hahaha tapi tinggi kitorang maybe sama kut. 168cm.
"hi, goodmorning babydoll" kata Taza memandangku.
"hi goodmorning hihih" aku tertawa kecil. malu gilerr.
"kenapa gelak" tanya Taza pelik
"em malu" kataku tersenyum dan terus berjalan meninggalkan Taza.
***
"you nak makan apa?" tanya Taza.
banyak gila makanannnn waw aku rambang mata urgggghh.
"taktahu.. tapi rasa macam nak makan bihun goreng tuu. kenapa bihun goreng tu putih. macam sedap hahah"
"tu namanya bihun goreng singapore sayang oii hahaha" Taza tertawa kecil.
"aloo orang taktahu. jangan la gelak"
"ha dah dah, ambil la cepat. orang dekat belakang I ni dah tunggu"
"heheh okie" kataku dan mengambil pinggan...
memula aku makan bihun goreng, japgi aku ambik la spaghetti lepastu nanti aku ambik la nugget dengan sosej hahaha. serius banyak lagi makanan tapi itu je yang aku selera.
korang takya sibuk ah. datang sini dulu.
tapi Taza ambik roti bakar dengan fresh oren je.
maybe nak jaga badan kot, tapi kan eee pepagi minum air oren. tercirit nanti baru tahu hahahah.
kami pilih meja yang permandangan menghala pantai.
"ha, apa plan kita lepasni?" tanyaku sambil menikmati permandangan indah gitew.
"tapi you bagitahu I dulu yang you balik bila?" tanya Taza pula.
"I balik esok, sebab lusa I ada interview heheh dan you? balik bila?" tanya aku pula.
"I lama lagi dekat sini. Isnin depan baru balik"
"you datang sini sebab nak hilangkan stress ke"
" takla, I ada kerja dekat sini. sebab tu duduk lama sikit dekat sini"
"oh okeyy" kata aku.
"okey, maybe harini penat sikit sebab I akan bawa you pergi jalan jalan 5 tempat hahahah"
"uishhh jauh tak tu? you ada sewa kereta?"
"takde lah jauh mana. I tak sewa apa apa. naik grab je. you ada sewa ke?"
"I sewa motor je. okey la kalau macamtu, kita naik motor je"
"wahhh srsly? takpe la. kita naik grab je la ye? I bayar" kata Taza.
"ehh kenapa pulak. tak payah nak membazir eh. naik je motor. lagi pun I ada lesen tau"
"alaaa naik grab je la pelisss. I takut la, sebab I tak pernah naik motor heheh" kata Taza malu malu.
"haih you ni. tak percaya kan I ke yang I boleh bawa? I bukan baru dapat lesen, da lama dah ada"
"alaa bukan macamtu tapi.. hm okey la. I percaya you. tapi jangan bawa laju laju pulak"
"hahahah okey. I janji." kataku dan menyambung makan..
***
"you, macam mana nak pakai benda ni" kata Taza sambil memegang helmet.
"ni namanya helmet. takkan you taktahu?" tanya ku.
"heheh.. mana I tahu" Taza menggaru kepala.
"meh sini I pakai kan" kataku lalu mengambil helmet daripada tangannya.
aku mula pakaikan helmet dekat kepala dia. but.. aku tengah fokus nak ketatkan helmet dia tiba tiba aku terpandang mata dia.
she's staring at me!
deg deg deg..
1.. 2.. 3..
"cantiknya mata" kata Taza tiba tiba tersenyum.
aku? aku pula cepat cepat la larikan pandangan dari mata dia. lepastu ketatkan helmet dia.
Taza pegang bahu aku sebab aku tak respon dia.
"hi, taknak cakap terima kasih ke" tanya nya menaikkan kening belah kanan.
aku terdiam. dalam otak aku dah teringat satu lagu 'kau buat ku terpaku,
sepertinya diri ku yang mau diri kamu' hahahahah"terr- terr- terima kasih" kataku tergagap aaaa.
"you blushing? yes I buat you blushing hahaha" kata Taza lagi.
"ehh man- mana ada.. pandai pandai je, da lah jom" kataku tergagap lagi. woo memang aku blushing..
aku pun mula naik atas skuter dan tersenyum.
YOU ARE READING
Dua Hari✔
Short StoryTaza, perempuan yang menyukai seorang perempuan dari universitinya sehingga dia berjaya mencapai kejayaannya tanpa meluahkan sedikit pun perasaanya kepada Arina, perempuan yang disukainya. tetapi, pertemuan mereka di sebuah lapangan terbang telah me...