- 12

823 144 32
                                    

; Chaeri

Aku menekan keyboard pada fon aku dengan penuh tenaga. Geram tol lah ngan Hyuck ni. 

hyuckgendut

weih aku ada keje jap

hah? keje ape lak?

adalah, jangan balik lagi

tunggu aku

babi bukan nak cakap awal ii

urgent bodo 

aku pun baru tau

seen

AH LANTAK KAU LAH

Aku pun berjalan sorang-sorang dari kedai runcit yang Hyuck suruh aku tunggu. 

AHH LANTAK AH AKU DAH SELALU BALIK SORANG-SORANG

Tiber je mamat tu ajak balik sekali, tapi suruh tunggu kat luar. Takmau kasi kantoi tapi nak balik sekali. Tak tahu nak kata bodoh ke bahalul.

Aku tak biasa lalu laluan ni sebab aku selalu ambik laluan pekan. Ni dah masuk kawasan perumahan mana entah.

"Woi"

Aku toleh. Terkejut aku bila nampak Renjun dengan kereta biru gelap miliknya.

"Minta maaf sunbae" aku tunduk sedikit.

Ni mesti aku halang laluan dia ni.

"Naik lah" kepala dia tertoleh sedikit ke kiri mengarah aku untuk naik.

Jap aku salah dengar ke?

"Apa dia sunbae?" aku menekup telinga guna tangan kanan aku. Nak dengar baik-baik.

"Aku offer ni. Naik lah" dia mengangkat keningnya.

"Nanti kena culik kesian Haechan meroyan hilang bini" sambungnya.

"Dah kenapa Haechan nak meroyan hilang bini pulak?" aku menarik muka.

"Kau kan bini dia" Renjun smirk.

"Suka hati ja sunbae ni" aku mencebik. Malas nak gaduh, malas nak layan.

Aku memegang pintu tempat duduk sebelah driver. Tangan aku berhenti menarik pintu tersebut.

"Ha naiklah cepat, tinggal kang" ugut Renjun. Lahai comel je, takut titew.

"Apa sunbae ni, bagi tumpang tapi nak tinggal-tinggal pulak" aku mendecit.

"Kau tinggal dia ni pun takpa." aku dan Renjun menoleh ke arah suara tersebut.

"Dia balik ngan aku." sambung Hyuck.

Aku mengeluh berat. Spoiler betul lah dia ni. Baru nak angan-angan jadi girlfriend-to-be Renjun. Pergi dating ngan Renjun naik kereta dia.

ADOH MAKKK SPOIL AHH DIA NI

"Kalau camtu korang berdua naiklah ngan aku." offer Renjun.

"Eh takpe ah. Kami nak berhenti somewhere dulu." kata Hyuck sambil memegang kedua-dua belah bahu aku. 

"Ha jom. Cian die penat tunggu kite kan?" Hyuck mencucuk-cucuk pipi gojes aku. Sambil tu kami berjalan meninggalkan Renjun dengan kereta biru gelapnya.

"Kau kenapa setan?" aku mengetap gigi menahan marah.

"Saja, seronok" dia lepaskan aku. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket blazer. Dia berjalan seiring dengan aku.

* * *

; Renjun

Aku memandu dengan tenang. Mana boleh memandu ikut perasaan. Tu menempah maut namanya.

Otak aku bercelaru.

'Haechan dengan Chaeri tu memang couple ke?'

'Tapi kenapa fans Haechan masih ganggu dia?'

'Takde heboh apa pun sebelum ni?'

'Tapi logik jugak sebab Haechan tak pernah layan perempuan sebaik tu'

Aku menggeleng kepala beberapa kali. Dahlah, yang aku kisah sangat tentang life orang kenapa?

Tiba-tiba, ada air yang menitik pada cermin kereta aku. Makin lama makin lebat.

Oh shiteu. Dua tenuk tu.

Tak lama kemudian, aku nampak diorang menunggu di bus stop. Aku berhentikan kereta aku betul-betul depan bus stop tu.

Aku turunkan tingkap kereta.

"Naiklah woi!" aku menjerit sedikit supaya diorang boleh dengar.

Diorang berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing menolak ajak aku.

"Aku kata naik!" aku menekan kan sedikit suara aku. Nak kena jerkah baru gerak agaknya.

Akhirnya mereka akur dan buka pintu kereta aku. Mereka duduk di tempat duduk belakang.

Masing-masing dah basah lencun.

"Seronok main hujan?" aku memusingkan badan ke belakang.

Haechan pandang aku tajam sebelum dia jeling aku. Aku menahan tawa.

"Tulah aku ajak naik taknak, nak jugak balik jalan kaki. Kan dah hujan" aku memerli diorang.

"Sweet apa main hujan sama-sama. Bukan macam kau, lonely je dalam kereta ni" aku pandang Haechan menggunakan cermin pandang belakang. Dia sengih kemenangan.

Suasana senyap seketika. Aku pandang lagi cermin pandang belakang.

"Nah pakai dulu. Sejuk kot." Haechan menutup paha Chaeri menggunakan blazernya.

Aku pandang depan balik. Tapi tak lama.

"Kau sejuk lagi eh?" tanya Haechan.

Chaeri hanya mengangguk. Dah takde tenaga nak jawab.

Dia capai tangan Chaeri. Dia menghembuskan nafas ke tangan Chaeri. Selepas beberapa kali, dia genggam tangan Chaeri.

Aku terus mengalih pandangan ke depan bila bertembung mata ngan Haechan.

Aku berdehem.

"Kalau nak buat maksiat, sila turun. Aku taknak kereta aku jadi kubang maksiat"

Diorang pandang aku lama sebelum melepaskan genggaman tangan diorang.

Aku angguk dalam diam. Bagus.

"Okay tak lagi?" bisik Haechan tapi macam nak bagi orang luar dengar.

"Japgi kita beli minuman panas dulu" sambungnya.

"Renjun, japgi kau berhenti kat depan cafe tu eh?" kata Haechan.

"Okay" jawab aku sepatah.

Macam yang diarahkan, aku turunkan diorang berdekatan cafe tu. Nasib baik hujan dah berhenti.

"Thanks Renjun. Jasamu dikenang selalu ecewah" aku hanya gelak kecil.

"Terima kasih sunbaenim"  jawab Chaeri dengan suaranya yang dah sedikit serak.

Mereka mula meninggalkan aku.

"Err Chaeri!" 

waw my gawd first time aku panggil nama dia.

Dia menoleh. Dia mendekati kereta aku.

"Nah" Chari menyambut baik balingan aku.

"Panadol?" Dia kerutkan dahi.

"Kalau-kalau kau demam, ambiklah."

"Oh terima kasih sunbae" Dia senyum ke arah aku. Dia menunduk sedikit sebelum jalan ke arah Haechan.

Tanpa aku sedar, aku senyum sendiri.

* * *

some of the ideas are by -hwngjin

go check out her fantastic story

[ C ] jijik | hrjWhere stories live. Discover now