- 38

666 115 21
                                    

; Chaeri

Aku pandang Renjun sunbae yang termenung. Aku lambai tangan aku depan muka dia.

"Sunbae? Sunbae!"

Renjun sunbae mula sedar dari lamunan.

"Er ye ye. Ha kenapa?"

Aku mengeluh.

"Saya tanya, mana satu lagi cantik? Yang merah ni atau yang hijau neon ni?"

Aku dan Renjun sunbae sekarang berada di mall. Aku yang ajak sebab nak cari hadiah untuk Hyuck.

"Dua-dua okay. Beli je lah dua-dua."

Aku mengeluh lagi. Kedua-dua baju tadi aku letak balik pada tempatnya.

Aku pusing badan aku menghadap Renjun sunbae. Kedua-dua pipinya aku tekup dengan tangan aku.

"Kenapa ni, sunbae? Kalau sunbae ada masalah bagitahu lah saya"

Renjun sunbae memegang kedua-dua tangan aku. Dia mengusap pelan menggunakan ibu jarinya.

"Aku okay lah. Cuma, penat sikit. Yelah, ujian kemasukan kolej kan dah nak dekat."

Aku pandang Renjun sunbae dengan penuh perasaan risau.

Aku tahu dia tipu. Tak mungkin Renjun sunbae akan penat dengan benda macam ni.

Mesti ada alasan lain yang mengganggu dia. Tapi, aku taknak tanya lebih selagi dia yang nak bercerita dengan aku.

Yelah, aku ni siapa je? Official pun tak. ;-;

"Sunbae lapar ni, jomlah kita pergi makan dulu."

Aku tarik tangan Renjun sunbae keluar dari kedai tu.

* * *
; Renjun

Aku jadi serba salah setiap kali aku pandang Chaeri.

Baiklah.

Aku akan luangkan masa sebanyak mungkin dengan Chaeri sebelum aku graduate.

Tu je satu-satunya cara untuk tunjuk kat dia yang tak kira apa terjadi, aku tetap sayangkan dia seorang saja.

* * *

Aku pandang Chaeri yang menyuap makanan dengan bahagia. Tanpa aku sedar, aku tersenyum.

"A-apa tengok tengok?! Tak pernah tengok orang makan ke?!"

Dia sambung menyuap makanan tapi dengan lebih agresif.

comel. :3

"Nak rasa"

Aku mengangakan mulut aku.

"Rasa apa? Penumbuk?"

Aku gelak sebaik sahaja Chaeri tayang penumbuk dia.

"Tu lah~" Aku muncung gedik.

"EEEE GEDIK JE"

Chaeri tayang muka jijik sebelum mengambil sesudu makanan dia dan menyua ke arah aku.

Aku senyum gembira.

"AAAAAA"

Aku mengunyah dengan senyuman yang tak lekang dari muka.

"EEE gedik. Tadi orang suruh order taknak."

"Tengok kau makan pun dah buat aku kenyang."

Chaeri menjeling aku.

Tiba-tiba, ringtone phone aku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Aku mengeluarkannya dari dalam poket.

appa
is dialling...

accept | decline

"Chaeri, aku pergi jawab ni jap eh."

Dia mengangguk sebelum sambung makan.

"Hello, appa."

"Enjoy your date?"

Aku menggenggam penumbuk.

"Appa, kita dah janji."

"Apa? Appa cuma tanya."

"Whatever, get straight to the point. Kenapa appa call Renjun?"

"Oh appa nak bagitahu semua dah prepared. Just get ready.
It might be earlier than we expected."

"Appa.."

Aku menarik nafas sedalam yang boleh.

"Bagi Renjun masa sikit je lagi, Renjun ada banyak benda nak buat. Atleast, lepas Renjun graduate."

"Dengan budak perempuan tu ke?
Buatlah apapun, but make sure she's not getting in our way"

"She won't. Dia tak terlibat."

"Good, bagus anak appa.
Dengar cakap."

"Janji tetap janji. Ingat tu appa."

Kedengaran appa ketawa di hujung talian.

"Baik, baik."

Aku matikan panggilan. Chaeri yang berada di meja makan aku pandang.

Aku pergi ke arah dia.

"Dah siap?"

Dia mengangguk dengan mulut yang masih penuh dengan makanan.

"Aigoo, kau ni. Makan elok sikit."

Aku sapu sisa makanan yang berada di hujung bibir Chaeri menggunakan ibu jari aku.

Muka dia terus merah. Aku menahan diri daripada ketawa.

"Su-sunbae ni! Lain kali bagilah warning dulu!"

Chaeri mengambil barang dia dan bangun dari meja. Dia berjalan dengan pantas menuju ke pintu.

Tak lama lepas tu, dia toleh pandang aku.

"Sunbae? Jomlah."

Aku senyum sebelum berjalan ke arah Chaeri. Aku memegang tangan dia yang berada di sisi. Jari-jari aku selitkan dengan jari-jari dia.

"Jom."

Dia terus pandang arah lain dengan pipi yang memerah.

Aku kena hargai masa yang aku ada dengan dia.

* * *

sikit lagi ;-;

[ C ] jijik | hrjWhere stories live. Discover now