- 35

672 121 5
                                    

fuh bila eh last fin update 😂 ha apapun thanks and sorry sangat sangat kepada yang menunggu (em ada ke?)

haa moving on , sebelum kita sambung chapter sebelum ni , meh kita throwback jap eh <3

* * *
; Chaeri

3 tahun lalu ,

Aku berada dalam keadaan bersedia. Dalam kiraan tiga, aku terus memecut atas trek ni. Sampai sahaja beberapa langkah sebelum pagar, aku lompat.

Pagar pertama, lepas.

Aku lompat untuk melepasi pagar kedua.

Kalini, aku kena lepas.

Aku lompat lagi sekali untuk melepasi pagar ketiga. Malangnya, disebabkan timing yang salah, kaki aku tersangkut pada pagar menyebabkan aku dan pagar tu jatuh ke atas trek.

Aku mengerang kesakitan bila pagar tu hempap kaki kiri aku.

Aku tak bergerak. Sebaliknya, aku baring atas trek.

Perasaan nak give up perlahan-lahan merasuki aku.

"Tak elok lah baring atas trek. Baik balik baring atas katil. Lagi best"

Tiba-tiba, seketul kepala muncul atas aku menghalang pemandangan langit yang dah kemerahan.

Dia angkat pagar yang hempap kaki aku tu berdiri semula. Dia mendekati aku dan menghulurkan tangan kanannya.

Aku ragu-ragu sebelum sambut perlahan.

Dia memapah aku ke tepi padang. Kami duduk di atas bangku yang tersedia.

Aku hanya tundukkan kepala aku. Dahla tak kenal dia ni sape. Main duduk je dengan aku.

Tiba-tiba, dia melutut menghadap aku. Sapu tangan berwarna biru muda dikeluarkan dari poket.

Perlahan-lahan, lutut aku yang luka tanpa sedar dia sapu guna sapu tangan tu.

Aku berdesis menahan pedih.

"Tahan sikit eo" Dia pandang aku sambil senyum.

Aku terkedu. Kami diam.

Aku perhatikan muka dia yang tekun lap luka aku.

Hensem.

"Ha dah." Dia pandang aku balik sambil mengukir sebuah senyuman.

"Go-gomawo.."

"Renjun. Huang Renjun. 3rd year."

Aku mengangguk. Renjun sunbae menghulurkan sapu tangan tadi kepada aku.

"Nanti saya pulangkan balik."

Dia geleng.

"No need."

Kami kembali diam.

"Kau okey?"

Suara dia kedengaran bimbang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suara dia kedengaran bimbang.

Aku terus mengalih pandangan apabila mata aku bertaut dengannya. Hati aku berdegup laju. Tapi aku tak berlari.

"Jangan give up."

"Huh?" aku confused.

"Aku tahu kau atlet, tapi jangan sesekali lari dari masalah. Aku tahu kau boleh buat. Kau kan harapan pasukan olahraga sekolah kita."

"Sunbae.."

"Alah setakat larian berhalangan ni apa lah sangat. Kau boleh buat lebih dari ni."

Aku pandang Renjun sunbae dengan perasaan terharu. Mata aku mula bertakung.

"Okaylah, aku nak kena jumpa cikgu jap. Kau pun baliklah ye. Dah lambat sangat ni."

Kepala aku diusap pelan sebelum dia melangkah meninggalkan kawasan padang.

Aku hanya perhatikan dia sehinggalah dia hilang dari pandangan aku.

Aku pegang hati aku yang berdegup kencang.

Aku tak berlari pun, tapi kenapa degupan jantung aku tak stabil?

* * *
sorry for this short chap :)
fin akan try update as much as i could sebab ff ni dah nak habes (kot) '--'

[ C ] jijik | hrjWhere stories live. Discover now