- 37

646 114 61
                                    

; Renjun

Aku masukkan password rumah aku. Senyuman tak lekang dari muka aku sejak tadi.

Masuk saja dalam rumah , aku disapa oleh seseorang yang paling aku taknak jumpa.

"Seronok?"

"Appa.."

Aku menggenggam penumbuk aku erat.

"Agak biadap kamu tadi sebab tinggalkan makan malam dengan tetamu begitu saja."

Appa bangun dari sofa.

"Appa datang cuma nak bagitahu kamu."

Appa berjalan perlahan-lahan ke arah aku. Sampai sahaja sebelah aku, appa berhenti.

"Suyeon terima untuk berkahwin dengan kamu."

Mata aku membulat.

"Appa-"

Aku toleh namun kelibat appa sudah meninggalkan rumah aku.

"AAGHH"

Kunci kereta di tangan aku campakkan ke lantai.

"This is not in our plan, Suyeon."

* * *
; Chaeri

Aku menggunting gambar yang aku pegang dengan penuh cermat.

Ni kalau ada terpesong sikit memang aku meracau.

Tiba-tiba, bahu aku ditekuh membuatkan gambar tersebut hampir tersalah potong.

"WONU!! KALAU GAMBAR JUNGWOO TAKDE KEPALA MEMANG AKU AMBIK KEPALA KAU LEKAT KAT SINI!!"

Wonu tunjuk ke arah pintu belakang kelas.

Renjun sunbae !

"Ada taik mata tak? Takde cabai kan kat celah gigi aku? Jerawat kat bawah hidung aku ni obvious tak? Nafas aku ada bau nasi minyak?"

Wonu mengerutkan dahi.

"Kau dah kenapa?"

Aku abaikan soalan Wonu. Aku tengok pantulan muka aku menggunakan cermin poket yang aku selalu bawa.

Aku berjalan perlahan-lahan ke arah Renjun sunbae yang tercegat kat pintu tu.

"Sunbae cari sape ni?"

Renjun sunbae yang tadi kelihatan tercari-cari dalam kelas terus mengalihkan pandangan ke arah aku.

"Er, takde lah. Su-suyeon ada tak?"

Muka aku yang tersenyum sebentar tadi terus berubah masam.

"Kenapa sunbae cari dia?"

Dia cepat-cepat geleng.

"Je-jeno cari dia tadi. Pasal hal ke-kelab rasanya."

Tipu.

Ni mesti ada kaitan dengan hari aku jumpa diorang kat kafe tu.

[ C ] jijik | hrjWhere stories live. Discover now