- 25

710 131 28
                                    

; Chaeri

"RIRIIIII"

Sapa pulak yang memekak panggil nama aku pagi pagi ni.

"RIRIII"

Oh Chenle sunbae

"Kunci koop ade kat Riri kan?"

"OH HAA JAP JAP"

Aku pun terkial kial mencapai poket rahsia pada beg aku. Aku menghulurkan segugus kunci dengan pelbagai jenis keychain sumbangan ahli koop.

Aku punya yang burung hantu tu

Ha yang kiut miut tu. Ha yang tu.

"Thank you"

Aku mengangguk.

* * *

"Lee Chaeri"

Aku yang sedap usya San sunbae mengibas badannya dengan baju terus tersentak bila dengar nama sendiri.

Aku terus menoleh ke depan.

"Ada orang nak jumpa kamu" Saem tunjuk ke arah pintu.

Tak sempat aku berdiri, aku kena tahan.

"Air liur tepi mulut tu nak share ngan sape?" tanya Wonu.

Aku terus lap dengan hujung baju. Sheyman, ni sebab usya San sunbae ah ni.

Sampai saja kat pintu kelas, aku bertentang mata dengan Hyunjin sunbae, pengawas paling kerek kat sekolah ni.

"Rowoon saem nak jumpa"

Usai menyampaikan hajat, dia blah.

Aku dah kata dia ni kerek.

Aku pun berjalan ke bilik Rowoon saem di koperasi sekolah. Pintu bilik Rowoon saem aku ketuk.

"Masuk"

Aku membuka pintu. Kelihatan Rowoon saem dengan wajahnya yang tegang.

"Er saem nak jumpa saya?"

"Awak kan yang kunci koop semalam?"

Aku hanya mengangguk.

"Saya tak nak tuduh awak melulu tapi saya dapat report pagi tadi yang duit koop semua hilang."

Mataku terbeliak. Jantung pulak dah berdegup laju kalah aku lari.

"Tapi saem , semalam Renjun sunbae teman saya jaga sampai lah saya tutup. Kalau saem tak percaya saem tanya dia."

Rowoon saem kelihatan ragu ragu.

"Tak Chaeri , saya tak tuduh awak sebab kes masih dalam siasatan."

"Tapi saem tak boleh jadikan saya suspect sebab saya ada saksi."

"Baik baik nanti saya tanya Renjun. Kamu boleh balik kelas."

Rowoon saem memicit kepalanya beberapa kali.

* * *
; Renjun

"Renjun , kau tau tak siapa yang report tu?" tanya Haechan.

"Entahlah wei. Serabut aku."

"Weih Renjun, saem nak jumpa kau" sergah Jeno tiba tiba.

"Renjun"

Aku toleh.

Haechan pandang aku dengan penuh makna dan aku angguk sebagai tanda faham.

* * *

"Jadi Renjun , kamu tak mengaku yang kamu saksi dia?"

"Ya saem. Petang tu saya study dengan Jaemin kat library saem. Nanti saya panggilkan Jaemin."

"Takpe takpe saya percaya. Maksudnya dia gunakan nama kamu sebagai saksi? Ke ada Renjun lain?"

"Ish mana ada saem. Saya the only Renjun kat sekolah ni"

"Baiklah kamu boleh balik kelas. Minta maaf sebab ganggu kelas kamu."

"Takpelah saem. Saya gembira dapat membantu."

Aku menunduk 90 darjah sebelum berpaling keluar.

"Em saem , boleh saya tanya?"

Rowoon saem senyum dengan lebarnya sambil mengangguk.

"Siapa yang report tentang kes ni?"

[ C ] jijik | hrjWhere stories live. Discover now