☀️ special chapter 🌻

791 141 34
                                    

ni cuma special chapter yang aku rasa korang tahu tentang sapa just by looking at the title

so apapun keep supporting encik fullsun sebab lately dia makin busy and im afraid hes not feeling well 😭

enjoy

* * *

"KAU NI SUKA MENYUSAHKAN AKU JE KAN?! KAU INGAT AKU TAK PENAT KE HAH?! AKU PENAT-PENAT BALIK KERJA NAK HARAPKAN KORANG JE BOLEH HAPPYKAN AKU!! TAPI APA YANG AKU DAPAT?!"

Aku hanya perhati eomma menunjal-nunjal kepala Chaeri. Bahu Chaeri sesekali terangkat kerana dia menahan tangisnya.

"EH KAU NI DAHLA BODOH, LEPASTU YANG KAU BAHALUL SANGAT PERGI GADUH NGAN JANTAN TU KENAPA?!"

Chaeri tak bersuara. Cuma tangisan dia yang dapat didengari.

"AKU TANYA NI JAWABLAH BODOH!!" Sekali lagi kepala Chaeri ditunjal kuat.

"Di-dia.." sayu saja Chaeri bersuara. Dia menarik nafas.

"ca-cakap.. Ri-riri.. a-a-anak luar ni-nikah..." sekali lagi Chaeri menarik nafas dengan kuat. Jelas sekali hidungnya dah tersumbat.

Aku pula terkedu. Tak sangka budak umur 7 tahun dah tahu perkataan macam tu.

"YA AMPUNN!! KAU NAK NAFIKAN APA LAGI BODOH!! KALAU BUKAN SEBAB BAPAK KAU YANG BODOH TU, AKU TAKKAN DAPAT ANAK YANG BODOH MACAM KAU NI TAU TAK?!!"

Habis berderai kaca di lantai apabila eomma menjatuhkan gambar keluarga kami yang tergantung di dinding.

"KAU NGAN BAPAK KAU SAMA JE!!! AARRGHHHH BERAMBUSSS!!!"

Hati aku menjadi lemah melihat eomma menyerabaikan rambutnya sendiri. Eomma duduk mencangkung dan menangis seperti kanak-kanak.

Chaeri pula hanya berdiri statik. Kakinya dah berlumuran dengan darah akibat deraian kaca yang jatuh tadi.

"Eomma.." aku mendekati eomma. Bahu eomma aku peluk.

"A-anak eomma... Anak eomma yang pan-pandai.. hensem.. yang paaaaling.. eomma sa-sayang..." Eomma mengusap pipi aku. Aku hanya tersenyum kelat.

"Ya.. Hyuck anak eomma" Aku sahut bagi menyedapkan hati eomma.

Aku capai tangan kanan eomma. Bahu kiri eomma aku peluk. Aku cuba untuk menyokong eomma yang cuba untuk berdiri.

"Eomma.." panggil Chaeri dengan suara nya yang tersekat-sekat.

"Hyuck anak eomma, bawak eomma pergi bilik ye. Eomma nak rehat jap." kata eomma tanpa menyahut panggilan Chaeri.

Aku hanya menurut arahan eomma dan bawa eomma menaiki tangga satu-persatu.

* * *

Aku tutup pintu bilik setelah pasti yang eomma dah tidur. Aku berjalan menuju ke ruang tamu. Tangisan Chaeri masih lagi tak berhenti.

"RIRI!! KAU BUAT APA NI?!" Aku terus berlari mendapatkan Riri.

Aku tarik tangan dia. Genggaman tangannya aku leraikan. Darah dari tangannya yang kecil mula menitik ke atas lantai.

"Kau jangan bergerak. Jangan kutip dah kaca-kaca tu."

Aku bergegas ke stor untuk mendapatkan penyapu dan penyodok. Aku terus membersihkan kaca-kaca tersebut.

Aku tarik Chaeri ke singki untuk basuh luka dia.

"A-akh.."

"Tahan sikit je" aku tutup paip air.

Aku sapukan Dettol untuk elak jangkitan bakteria pada lukanya. Lepas sapu beberapa ubat, aku terus balut tangan kecilnya tu. Nasiblah lukanya tak dalam mana sampai perlu dijahit.

"Kenapa kau buat semua tu?" tanya aku sebaik sahaja aku selesai merawat Chaeri.

"Eomma tak suka rumah bersepah.. eomma selalu marah Riri kalau rumah tak kemas waktu eomma balik.. Riri taknak eomma marah-marah Riri dah.." kata Chaeri sambil kepalanya tunduk memandang lantai.

"Riri, kau tahu kan eomma tak sihat sekarang? Lepas appa tinggalkan eomma, eomma dah takda sesiapa dah kecuali kita." aku capai kedua-dua tangan nya.

"Tapi kenapa? Kenapa appa buat eomma macam tu? Kenapa Riri dilahirkan macam ni? Kenapa Riri dilahirkan atas kesilapan bodoh appa? Riri tak mintak semua ni Hyuck.." air mata nya mula bertakung.

"Riri, jangan salahkan takdir. Kalau bukan sebab appa, kau takkan lahir. Hyuck takkan ada adik macam kau. Hyuck takkan ada orang yang Hyuck nak sayang, nak protect. Eomma cintakan appa, eomma percayakan appa. Percayalah cakap Hyuck, tu semua bukan sekadar kesilapan bodoh appa. Riri pun bukan kesilapan bodoh yang appa buat."

Aku dah tak sanggup. Aku terus menarik Chaeri ke dalam dakapan aku.

Ya, aku dan Chaeri adik beradik. Tapi kami tak sama appa.

Appa Chaeri merupakan kawan baik eomma dan appa aku. Beberapa minggu lepas aku lahir, appa tinggalkan aku dan eomma kerana disahkan mempunyai penyakit jantung. Dalam tempoh eomma berkabung, eomma hanya boleh mengharapkan appa Chaeri. Dia lah yang sentiasa tolong eomma dari segi ekonomi, kesihatan, mahupun hal rumah tangga.

Tapi siapa sangka, appa Chaeri sebenarnya dah lama taruh perasaan kat eomma. Appa Chaeri kemudian hilang tanpa jejak 3 tahun lalu ketika menjalankan tugasnya selaku anggota bomba.

Aku memeluk Chaeri lebih erat. Kalaulah aku boleh tukar takdir Chaeri dengan takdir aku, aku sanggup.

"Hy-hyuck.. Hyuckie.." aku meleraikan pelukan.

"Riri takkan ulang kesilapan yang eomma buat" dia menyapu sisa air matanya.

"Apa maksud kau?"

"Riri takkan percayakan sesiapa sesuka hati je macam eomma." dia menggelengkan kepala.

"Riri hanya akan percayakan Hyuck je." dia senyum menampakkan lesung pipit pada pipi belah kanannya.

Aku pandang Chaeri lama. Terharu. Air mata yang mula mengisi tubir mata aku cepat-cepat sapu.

"Janji? Percayakan Hyuck je." aku bawa keluar jari kelingking aku.

"Janji." kata Chaeri sambil mengautkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking aku.

[ C ] jijik | hrjWhere stories live. Discover now