èpiloguə

851 121 66
                                    

Chaeri melihat penampilan dirinya pada cermin .

Siap .

Dia menuruni tangga satu persatu . Dah lama dia tak pakai kain .

Dia memakai sandal berwarna krim yang tersidai pada rak kasut .

"Amboi amboi amboi . Bukan main bahagia nampak ."

Hyuck yang masih dengan baju tidurnya bersandar pada dinding . Tangannya menggenggam kemas mug kesayangannya yang tertulis 37.5 % .

"Yelah , nama pun pergi dating ."

Hyuck membuat muka jijik .

"Daripada kau menyibuk hal orang , apa kata pergi basuh muka dulu . Ini muka penuh taik mata ngan air liur basinya . Rambut kusut . Camne lah boleh jadi dancer ?"

Hyuck hanya tersengih .

"Aku ni naturally attractive . Muka cokodok pun orang suka ."

Chaeri mengherotkan mulutnya .

"Eomma , Riri pergi dulu ye ."

Dia mencapai sebuah bingkai gambar yang berdiri pada rak kasut lalu dikucup pelan gambar wanita itu .

"Bye Hyuck ! Jaga rumah elok elok ."

"Kirim salam kat Renjun !"

* * *

Chaeri berjalan berhampiran sebuah kedai kek . Dia tersenyum sebelum masuk ke dalam kedai tersebut .

"Wonu ! Jiji !"

"Riri!!"

Mereka bertiga berpelukan .

"Dah lama kau tak datang kedai kami .  Aku ingat kek aku buat tu tak sedap tau ."

Chaeri ketawa mendengar kata-kata Myeonji .

"Tak sedap kau kata ? Hyuck suka gila !"

Myeonji dan Hawon tersenyum .

"Tapi aku masih tak percaya dia abang kau ."

Chaeri menggulingkan matanya . Setiap kali jumpa mesti ungkit benda ni .

"Itulah terkejut aku bila tengok kau ngan dia ambik gambar sama-sama dengan mak kau waktu dia graduate ."

Chaeri tersenyum . Ingat nak ambik gambar dengan Renjun tapi tak kesampaian .

"Aku nak beli kek ni . Nak bagi kat Renjun ."

Myeonji dan Hawon terdiam .

"RENJUN DAH BALIK ?!?!"

Chaeri menutup kedua-dua belah telinganya . Dah jadi tauke kedai pun perangai masih tak ubah .

"Haah , haritu dia datang sekolah aku . Dahla waktu tu aku tengah mengajar . Habis budak-budak tu sakat aku ."

Muka Chaeri menjadi merah apabila teringat tentang kejadian beberapa hari lepas .

"WUWUWUWU tak sia-sia Riri kita single bertahun-tahun kan ."

"Ish dahla . Ha berapa harga kek ni ?"

Baru sahaja Chaeri hendak mengeluarkan dompet dari begnya , Hawon menolak tangan Chaeri perlahan .

"Tak payah lah . Kami belanja . Sebagai tanda tahniah sebab Renjun dah balik ."

Chaeri mengerutkan dahinya .

"Mana boleh macamtu ."

"Bolehlah kami tauke kan . Lagipun kami nak minta maaf sebab berkomplot buat kau lupa Renjun dulu ."

[ C ] jijik | hrjWhere stories live. Discover now