' story about Ayden '
Alex memandu kereta memasuki jalan raya . Harini masa dia untuk bersiar dengan wanita yang paling dia sayang .
" kau nak pergi mana ? Aku bawak kau ". Soal alex .
" saya mana tahu . Sini bukan malaysia . Saya tak tahu sangat jalan dekat sini ".
Alex mengangguk .
' betul juga apa dia cakap '
" aku bawak kau pergi makan ice cream nak ? ".
Erina mengangguk laju .
Kereta berhenti dilampu isyarat . Mata Alex memandang sebuah gereja yang terletak gah di sebalik jalan .
Erina memerhati Alex .
" awak nak masuk gereja ? Kalau awak nak masuk saya boleh tunggu luar ". Ujar Erina .
Alex tersentak .
" taklah , aku cuma pandang jer . lagipun dah lama aku tak masuk gereja . Jesus pun dah lupakan aku mungkin ". Alex kembali memandu .
" awak tak nak masuk islam ? ". Soal Erina tiba tiba .
Alex mendiamkan diri .
" maaf kalau soalan saya buat awak tersinggung ".
" tak apa . Bukan kau sorang yang pernah tanya aku soalan tu . Ayden dengan Adrian pun pernah tanya aku dulu . Tapi , ini agama aku Erin . Sama macam kau , tak mudah aku nak lepaskan agama aku ".
Erina hanya mengangguk faham .
" bila tiba masanya , aku akan tukar agama aku pada islam . Tapi aku tak janji . Mungkin aku akan tukar bila kau terima aku ".
Erina membuntangkan mata .
Pipinya berona merah . Alex menahan tawa .
Mark melepaskan peluru tepat pada papan sasaran . Cermin mata hitam dibuka . Penutup telinga ditanggalkan. Mark termenung seketika .
" siapa lelaki tu ? Ayden ? Tak mungkin dia ". Kepala masih memikirkan kejadian kemarin .
' ikut step silent killer kau ! Jangan ikut nafsu kau '.
" macam mana dia tahu aku silent killer ? Sedangkan identiti aku tak pernah aku dedahkan ".
Kepala mula serabut .
" yang tahu cuma aku , ayden , alex , budak budak 3A jer dengan Adrian . Takkan ...adrian ? ". Mark meraup rambutnya kebelakang .
" mark ?! ". Mark tersentak apabila namanya dipanggil . Mark berpaling kebelakang .
" Frand ? Kau buat apa dekat sini ? ". Soal Mark .
Mereka bersalaman dengan gaya mereka .
" ini kawasan aku Mark . Sepatutnya aku yang tanya kau . Apa kau buat dekat sini ? Padang menembak ? Seriusly ? Kau tak layak dekat sini , silent Killer ! ". Frand tersenyum .
YOU ARE READING
Mrs. Mafia 2
Action3 -MR. AYDEN BENJAMIN💪🔫 | sila baca mrs. Mafia untuk lebih banyak info | Ayden Benjamin . 5 Tahun sudah berlalu . banyak kenangan manis yang tercipta . Ryan membesar dengan sempurna tanpa seorang bapa dan ibu disisi . Umur aku sudah hampir menceca...