29

15.9K 869 33
                                    

' story about Ayden '





Siraman air bunga yang terakhir disudahi oleh King . Kubur hanim yang masih baru itu dipandang Mark dari jauh disebalik pokok .

Pedih yang ditahannya . Geram , marah . Nafsu ingin membunuh semuanya ada . Namun , dia harus menghormati pemergian hanim .

Spec mata hitam dibuka . Dari sudut pandangannya , jarak jauhnya dengan emmy hanya beberapa meter sahaja . Jika bukan kerana dia berada di kubur , sudah lama Mark menamatkan riwayat hidup emmy . Dan King .

Spec kembali dipasang . Luka di hati masih belum sembuh . Amarahnya semakin membuak .

' tak apalah . Cerita masih panjang . Tapi aku pasti kembali King . Biar aku kenalkan kau , siapa aku sebenarnya '.






Rian begitu teruja . Buat pertama kalinya dia berada di awangan di atas kapal terbang . Belum pernah lagi dia berada di langit .

Ayden memandang Rian dengan hanya sebelah mata . Majalah ditutup . Kedudukan Ayden dirapatkan di sebelah Rian .

" behave Rian . Aku risau kapal ni terhempas sebab kau asyik terkinja dari tadi ". Jelas Ayden .

Rian tersenyum .

Ryan dan Alex saling berpandangan. Roti majerin disuakan pada mulut.

" daddy ? Kenapa kita tak naik private jet ? ". Soal Ryan .

" private jet ada masalah . Kita kena belajar berdikari ". Balas Ayden .

" yeke ? Hmm , ke daddy dah bankrup ? ".

Kopi yang diteguk Alex tersembur keluar .

Kepala Ryan ditunjal .

" kau ni cakap main lepas jer . Syarikat daddy kau tu berkembang maju tahu tak ?! ".

Ryan memuncungkan muka .

" ryan nak jumpa papa dengan mama ? ". Soal Ayden .

Keadaan menjadi sunyi .

Perlahan lahan Ryan mengangguk .

" nanti kita jumpa diorang eh . Daddy tahu Ryan rindu papa dengan mama . Lagipun dah lama kita tak melawat diorang ". Ayden tersenyum .

" kau serius ayden ? Kubur diorang kat perth ! Bukan kat italy ".

Ayden tersenyum sinis .

" kau diam jerlah . Aku tahu apa aku buat ".

Alex terkedu .

" kau jangan cakap kita pergi perth dulu ! ".

" yes ! You got it ! ".

" fuck ! Kau buat hal lah ! ". Maki Alex .

" kau asal ni ?! ".

" uncle tak sabar nak jumpa akak Erina . Dari semalam dia asyik sebut nama Erina jer daddy ". Ryan membuka mulut .

Mulut disumbat dengan roti oleh Alex . Rian hanya ketawa halus .

" kau memang tak boleh simpan rahsialah budak ! ".

Ayden menggelengkan kepala .

" aku harap Mark tak buat kerja bodoh kat kubur tu sekarang ni ". Ayden bersuara .

" maksud kau ? Hanim ? ".

Ayden mengangguk

" aku tahu perasaan dia sekarang ni . Aku pernah rasa hilang orang yang aku sayang . Lagi lagi bila benda tu berlaku depan mata . Sakit dia tuhan jer yang tahu ".

Alex hanya berdiam diri . Dia masih belum rasa lagi hilang orang yang dia sayang .

Rian mengesat air mata . Siapa yang tak sedih . Hanim yang bantu dia selamatkan diri dulu . Berita yang diketahuinya semalam membuatkan dia sukar untuk tidur .






Adrian melangkah mendekati kubur Dhiandra . Air mawar di siram di atas kubur tersebut sebelum alfatihah di bacakan .

Batu nisan di pegang . Ingin sahaja dia mengulangi kembali masa yang dia sia siakan dulu .

Flashback .

Gaung dalam dijuraminya . Kepala yang berdarah dan tubuhnya yang tersekat menyukarkan pergerakannya .

" to...tolong ". Hanya suara dayu meminta tolong .

Namun apakan daya . Siapa yang tinggal di bawah juram ? Yang ada cuma binatang berbisa .

Satu hari dia berada di dalam kereta . Kepala yang berlumuran dengan darah dibiarkan. Yang dia fikirkan hanya hidup .

' aku mafia . Tak mungkin aku mudah untuk mati . Aku tak bodoh terperangkap dengan jerat mimi . Namun hanya kesilapan kecil diri aku , aku terjerat dengan perangkap aku sendiri . Aku fikir cuma mimi musuh aku . Namun disebalik helah Mimi ada yang menyokongnya . Yaa ! King ! Dan seorang lagi yang pasti korang tak akan percaya '

Adrian mengagahkan diri melepaskan dirinya dari terus tersepit . Pintu kereta disepak ingin keluar dari kenderaannya .

" Adrian ?!! ". Jeritan seseorang memeranjatkan aku .

" Ad ?! Kau dengar aku ? ".

Mata aku pamdang ke atas .

" fr..frand ?! T..tolong a..ku ".

" ad ?! Kau hidup lagii ?! Tunggu . Aku bagitahu Ayden ".

" jangan ?!! Jangan ! Jangan bagitahu sesiapa . Ay...ayden dalam bahaya . Tolong aku Frand ".

" haa ?!! Okey ! Aku tolong kau . Kejap ! ".

End flashback .

Air mata menitis . Kejadian itu masih lagi bermain difikirannya. Dia terpaksa tinggalkan keluarganya untuk memerangkap King . Sehinggalah sekarang . Dan hasilnya , dia kehilang seorang yang betul betul dia cinta .

" maafkan abang sayang. Abang rindukan sayang ". Ucapan terakhir sebelum Adrian melangkah pergi .

Badannya tiba tiba dilamggar seseorang .

Daripada bau perfume dia sudah mengenali siapa lelaki tersebut . Namun pantas dia menundukkan kepala . Yang hanya melihat mukanya dengan jelas hanyalah Ryan .

" im sorry ". Ujar Ayden .

" its okey ".

Ryan memalingkan wajahnya apabila Adrian berlalu pergi .

" papa ?! ". Jeritan Ryan menyentakkan semua .

" woi ! Slow sikit , uncle tahu kau rindu bapa kau . Jom ! ".

" uncle ! Ryan nampak papa . Tadi tu papa ?! Daddy ! Papa ! ". Bersungguh tangan Ayden ditarik supaya mengejar Adrian .

" ryan ? Papa dah tak ada . Ryan salah orang ni . Jom ! Kubur papa ada kat sana ".

Rian hanya memerhati .

' hmm .tapi rasanya macam pernah nampak laki tadi tu dalam frame kat banglo Ayden . Perasaan jer kot '.

Pintu kereta ditutup . Air mata Adrian menitis. Buat pertama kalinya dia melihat zuriatnya secara dekat .

" muka ryan ikut muka aku . Hanya hidung sahaja berbeza . Mungkin ikut muka dhia ".

Stereng kereta ditumbuk . Kalau tak disebabkan rancangannya untuk tumpaskan King , sudah lama dia memunculkan diri dia di hadapan Ayden . Beritahu Ayden yang abangnya masih lagi hidup .

Mrs. Mafia 2Where stories live. Discover now