#10

2.2K 85 0
                                    

Maaf agak kesibukan dengan urusan lain. Baru sempat nak update. So for today Muna upload 3 chapter terus utk korang. Enjoy this story k. Available full version in April. 💞
Yang nak versi cetak contact sini👇🏻👇🏻👇🏻
READY STOK @0175003365
.
NANTI angah balik sini tak lepas habis exam?" Soalan Hannedda hanya dibalas dengan senyuman. "Angah ni... orang tanya dia senyum pulak. Angah balik tak nanti?"

"Tengoklah dulu. Kalau boleh angah nak terus cari kerja kat sana."

"Baliklah sini dulu. Takkan tak balik langsung."

"Tengoklah. Ada masa nanti angah balik jugak. Tak pun Nedda aje naik KL jumpa Angah. Bukan jauh pun," ujar Hans sekadar untuk memuaskan hati si adik. Dia sememangnya sayang adik nan seorang itu. Hanya Hannedda seorang di dalam rumah itu yang melayannya dengan baik.

"Tak payah balik sini. Lepas habis exam terus cari kerja kat sana. Kalau balik sini bukan boleh menguntungkan aku pun," sampuk Puan Amina.

Hans hanya memandang redup wajah emaknya. Entah bila emak sudah berdiri di tubir pintu bilik mereka.

"Mak ni... tak baik cakap macam tu kat angah. Nedda suka kalau angah balik sini," bentak Hannedda. Sememangnya dia geram dengan sikap emak yang tidak pernah sukakan kehadiran Hans.

Dia tidak faham kenapa Puan Amina membenci Hans. Apa yang kurang agaknya pada Hans hingga kehadiran kakaknya itu langsung tidak disenangi. Hanslah yang paling rajin di dapur dan sangat mendengar kata. Tetapi anak itulah yang dipandang sepi malah dibenci. Kadangkala hatinya belas melihat layanan emak terhadap kakaknya.

"Nedda," tegur Hans. Dia tidak suka Hannedda berkasar dengan emak mereka. Siapalah mereka sebagai anak hendak memarahi seorang ibu? Tentu emak terasa hati dengan kelakuan Hannedda.

"Angah ni baik sangat," rungut Hannedda.

Puan Amina sudah menjeling geram ke arah Hans. Disebabkan anak tidak tahu diuntung itu, Hannedda sudah berani melawannya. Hati benar-benar sakit namun dia mengunci mulut kerana tidak mahu anak kesayangannya merajuk. Tersilap kata nanti, Hannedda akan memarahinya.

"Nedda!" tegas nada suara Hans menegur.

Hannedda menarik muka cemberut. Tidak puas hati dengan sikap si kakak. Hans merapati Puan Amina. Diraih tangan yang susah payah membuaikannya suatu ketika dulu lalu dicium sayang.

"Mak, Nissa mintak ampun dan maaf. Nissa nak mintak restu mak. Mak doakan Nissa boleh jawab exam nanti, ya?"

"Hurm," hanya itu yang terluah dari bibir Puan Amina namun sudah cukup untuk membuat hati Hans tenang untuk menduduki peperiksaan nanti. Dia tersenyum puas. Sekurang-kurangnya Puan Amina tidak pernah mendoakan kegagalannya. Itu sudah cukup.

"Mak, Nissa balik dulu. Lepas exam nanti Nissa terus cari kerja kat KL. Nanti bolehlah tolong mak. Mak jangan risau. Bila Nissa dah berjaya nanti, kita tak payah hidup susah macam ni lagi."

Kalau emaknya mahu dia bekerja di Kuala Lumpur, dia akan memenuhi hasrat itu. Betul juga kata emak. Untuk apa dia pulang ke kampung kalau dia boleh terus mencari kerja? Dia akan pulang juga nanti. Pulang dengan kejayaan.

"Hurm... eloklah kalau kau ingat. Jangan pulak nanti dah senang dah tak ingat kat aku," tukas Puan Amina. Hans hanya mengangguk. Tiada bicara yang terungkap. Dia hanya memandang Puan Amina berlalu daripada bilik mereka.

"Angah kalau dah kerja nanti jangan lupa balik kampung tau. Balik tu bawak duit banyak-banyak. Boleh belanja Nedda. Hehehehe..." Hannedda sudah tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Amboi, belum apa-apa berangannya dah lebih. Sini salam angah," bidas Hans. Hannedda menyalami kakaknya lalu pipi itu dicium penuh hormat dan kasih.

"Jangan nakal-nakal. Tolong-tolonglah mak kat dapur tu. Kesian kat mak tu. Mak tu dah tua. Lepas tu jangan nak merayap sampai lewat malam sangat. Awak tu anak dara tau," berjela-jela pesanan yang disampaikan kepada si adik. Hannedda sudah menjulingkan mata. "Juling betul mata tu baru tau."

"Peninglah dengar angah berleter," rungut Hannedda. Hans menarik muka.

"Ish, budak ni. Orang cakap sikit dia kata aku berleter," omel Hans perlahan tetap jelas di pendengaran Hannedda membuatkan gadis mentah itu ketawa mengekek.

"Angah tu memang kuat berleter macam mak nenek. Patutlah sampai sekarang tak ada laki nak," usik Hannedda.

"Tolong sikit tau. Bukan sebab lelaki tak nak tau. Angah yang tak nak. Lainlah awak tu menggatal aje lebih."

"Angah ni... orang kutuk dia, orang yang kena balik," tukasnya tidak puas hati.

Hans sekadar tersenyum mendengar omelan si adik. Jam di tangan dikerling. Sudah pukul 2 petang. Dia perlu bergerak sekarang. Kalau tidak dia akan ketinggalan bas.

Bunyi hon kereta di luar rumah buatnya melangkah keluar. Kereta sapu Pak Mat sudah menanti. Setiap kali pulang ke kampung Pak Matlah yang akan dicari untuk menghantarnya ke stesyen bas. 

"Angah gerak dulu tau. Pak Mat pun dah sampai. Nanti marah pulak orang tua tu kena tunggu lama-lama. Nedda kirim salam kat ayah tau nanti. Lagi satu ingat pesan angah tadi." Sempat lagi dia memberikan amanat terakhir kepada Hannedda.

"Angah pun jaga diri elok-elok. Sorang-sorang aje kat sana."

Hans tersenyum sahaja lalu mengangkat beg baju menuju ke kereta yang sedang menanti. Kelibat emak langsung tidak kelihatan.

'Tak apalah. Sekurang-kurangnya aku dah dapat restu mak tadi.' Dia memujuk hati sendiri. Memang sudah begitu sikap Puan Amina. Tidak pernah menghantar Hans ke pintu ketika gadis itu hendak pulang ke kampus.

Hannedda membuntuti langkah Hans. Dipandang wajah itu lama. Hans selalu kelihatan selekeh. Entah bila akan berubah.

Hans mungkin kelihatan selekeh namun di sebalik semua itu, terselindung wajah yang mampu menarik mata yang memandang. Dia tergeleng sendiri sambil membalas lambaian si kakak yang semakin hilang dari pandangan.

Hanya Padamu, HannissaWhere stories live. Discover now