#19

2.3K 98 1
                                    

READY STOK @0175003365

YOU perlu tahu projek kali ni sangat penting untuk syarikat kita. We need to get this project. JMEX is a big company. By hook or by crook... we need to get it done," ucap Hans lembut tetap penuh ketegasan.

Bardrizal perlu tahu ini bukannya masa untuk main-main. Dia tidak mahu Bardrizal melambatkan kerjanya. Dan dia tidak mahu kerana lelaki itu dia gagal mendapatkan projek tersebut.

Bardrizal hanya mendiamkan diri. Duduk berpeluk tubuh sambil merenung tepat ke wajah gadis di hadapannya. Setakat ini dia belum jemu untuk menatap wajah itu. Pelik. Baginya gadis itu memang pelik. Bagaikan tidak berperasaan. Bagaikan tidak tahu bahawa dia sedang cuba memikat.

Selalunya Bardrizal tidak perlu berusaha. Hanya sekadar lirikan mata nakal pasti sang gadis sudah tersipu-sipu malu menunjukkan respons positif. Selalu juga sang gadis yang mendekatinya terlebih dahulu. Dan dia akan menerima dengan tangan terbuka. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Ataupun lebih tepat lagi, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Itulah prinsip Bardrizal. Dia tidak akan menolak mana-mana gadis cantik yang datang kepadanya. Seorang gentleman sepertinya tidak pandai mengatakan tidak. Bibirnya hanya pandai mengungkap kata-kata manis yang sedap di pendengaran.

"Encik Bardrizal... you dengar tak apa yang I cakap ni?" Hans menyoal lembut. Walaupun dia geram dengan Bardrizal yang sedari tadi asyik merenungnya, bicaranya masih lembut.

"Just call me Bard. No need for all the formality. I tak suka you berencik dengan I. Too formal," tukas Bardrizal.

"Nissa..." Lembut suaranya menyeru nama si gadis.

"Yes..." "Let's go out for lunch. I lapar. Bila lapar I tak boleh fokus. You mesti tak nak I tak boleh buat kerja, kan?"

Hans menarik nafas dalam-dalam. Nampak benar Bardrizal cuba menyimpang jauh dari perkara yang perlu diberi keutamaan. Masih terlalu awal untuk keluar mengisi perut. Lagi dua puluh minit.

"You dah lapar ke? Awal lagi, kan?" "Jangan risau. Papa I tak mungkin akan marah you kalau you keluar lunch awal. Lagi-lagi kalau keluar dengan I. Lagipun papa I sayang benar kat you, kan?" Ayat terakhir itu bagaikan sindiran di pendengaran Hans.

"Sayang atau tidak, I tak suka ambil kesempatan terhadap kasih sayang yang diberi." Kali ini Bardrizal pula yang terasa disindir.

"Kalau kita keluar lunch awal kita boleh masuk balik awal. Sama aje. Temankan I lunch, okey?" Kata-kata itu dapat memancing Hans lalu gadis itu mengangguk setuju. "Macam tulah. Tak elok makan lambat nanti perut you masuk angin." Hans sekadar menayang muka bosan.

"YOU asal mana? Berapa beradik?" Soalan yang tiada kaitan dengan topik kerja yang diutarakan Bardrizal.

"Melaka. Anak kedua dari tiga beradik." Hans hanya menjawab soalan. Tidak berminat untuk melanjutkan perbualan.

Dia geram sebenarnya. Terasa tertipu pun ada. 'Kononnya kalau keluar makan awal dapatlah masuk pejabat balik awal. Nak masuk pejabat awal apa kebendanya kalau makan kat tempat jauh macam ni,' gerutu hati Hans.

Pejabat mereka di Putrajaya. Keluar makan pula di Restoran Berputar Seri Angkasa di Menara Kuala Lumpur. Bayangkan betapa jauhnya. Mana sempat nak balik awal. Malah kemungkinan untuk terlewat masuk semula ke pejabat amat besar. Masa rehat yang diperuntukkan hanya sejam.

Memanglah Bardrizal mampu memandu laju dengan kuasa kuda kereta Nissan Fair Lady 350Znya. Namun trafik sesak kereta seperti itu tetap tidak akan terlepas. Pasti tersekat juga.

Hanya Padamu, HannissaWhere stories live. Discover now