#25

2.7K 146 21
                                    

Kalau nak tau, citer Hanya Padamu ni versi baru Aku Yg Kau Cinta terbitan Alaf 21 tahun 2012. Terjual sebanyak 14k copies. Memang ramai yang review best kesah Hans & Bard ni tau. So far best ke best?

Kalau nak Muna teruskan update full version citer ni, sila vote & drop ur comment tau.
.
PINTU yang tertutup itu sebenarnya bertujuan untuk menghalangnya masuk sesuka hati seperti sebelum ini. Bardrizal tahu benar itu. Nampaknya Hans tidak memberi ruang untuknya lagi. Mungkin sudah takut kepadanya. Gadis itu benar-benar menganggap dia akan melakukan yang bukan-bukan, mengambil kesempatan.    

"Suzana," Bardrizal memanggil nama setiausaha pengurus projek itu. Wanita berusia tiga puluhan itu mendongak memandang Bardrizal. "Bos you ada kat dalam?" Wanita itu mengangguk sekilas.                                         Suzana tersenyum manis. Hairan juga kenapa kebelakangan ini bosnya sering menutup pintu bilik sedangkan selama ini bosnya lebih suka membiarkan pintu bilik terbuka luas.

"Mungkin dia cuba elak dari you, Encik Bardrizal," tutur Suzana.                

"You pun rasa macam tu?"                                        "Sebelum ni privasi bos I tu tak pernah diganggu . Sejak Encik Bardrizal datang, bos I tu dah macam hilang privasinya," tingkah Suzana selamba.                                        "I memang suka kalau dapat ganggu bos you tu. She's cute," ujar Bardrizal. Sebelum berlalu sempat lagi dia mengenyit mata kepada setiausaha itu.    

Sambil melangkah Bardrizal bersiul-siul kecil. Kepala ligat memikirkan cara bagaimana hendak meloloskan diri di sebalik benteng yang dibina oleh Hans. Sudah tiga hari Hans menutup rapat pintu bilik. Dan sudah tiga hari jugalah dia tidak dapat berbicara dengan gadis itu. Apa yang patut dibuatnya untuk melepasi tembok yang dibina?                             Bardrizal menghenyakkan punggung di kerusi empuk. Tangan menongkat dagu, berfikir. Mata terarah pada telefon di atas meja. Kalau dia tidak dapat bertentang mata, cukup sekadar suaranya menembusi gegendang telinga gadis itu.       

"Hai, sayang," ceria sahaja suara Bardrizal tatkala panggilannya berjawab.            

"Encik Bardrizal," suara di hujung talian menyeru namanya.        

"Sayang buat apa tu? Lunch dengan I hari ni."    

Di hujung talian Hans menghela nafas panjang. Tidak habis-habis dengan panggilan sayang. Berbulu telinganya mendengar.           

"Sorry, Encik Bardrizal. Hari ni I lunch dengan papa you. I have work to do. Bye," tanpa menunggu sebarang balasan Hans meletakkan gagang telefon.     

Lunch dengan papa? Satu peluang keemasan buatnya. Jika dia tidak dapat berdua dengan Hans, bertiga pun jadilah. Dia akan menggunakan segala kesempatan yang ada.   

"AWAL lagi dah tunggu papa. Naka pa?" Tan Sri Rizqi memandang Bardrizal yang melangkah menghampirinya.                             "Bard nak ajak papa lunch dengan Bard hari ni."                            "Papa dah janji dengan Nissa nak lunch sekali."                           

"Bard tak kisah kalau papa nak bawak Nissa sekali. The more the merrier," ujar Bardrizal mengharapkan umpannya dimakan ikan.    

"Elok jugak macam tu. Boleh kita bincang pasal projek Ampang tu," putus Tan Sri Rizqi. Umpan Bardrizal sudah mengena.        

"Papa ni tak habis-habis fikir pasal kerja. Masa makan pun nak kena bincang pasal projek ke?"                                    "Eloklah papa fikir pasal kerja. Kalau fikir nak enjoy macam kamu tu tak adanya kamu nak hidup mewah macam sekarang ni," paku Tan Sri Rizqi pedas.                                    "Let's go. Nissa mesti dah tunggu papa," ajak Tan Sri Rizqi. Bardrizal hanya mengikut langkah Tan Sri Rizqi menuju ke bilik Hans yang sudah menanti kedatangan mereka.                                Dahi Hans berkerut sebaik melihat kehadiran Tan Sri Rizqi yang disertai Bardrizal. Tidak sangka Bardrizal akan turut serta. Tidak mahu Tan Sri Rizqi bersoal panjang, Hans menyembunyikan rasa terkejutnya.    

"Uncle," seru Hans lembut. Di waktu rehat dia lebih senang memanggil Tan Sri Rizqi begitu. Lagipula dia takut Tan Sri Rizqi akan memarahinya tetap bersikap formal walaupun bukan di dalam waktu pejabat.

"Nissa... Bard ikut sekali. Uncle ingat nak bincang pasal projek Ampang tu."           

"Nissa pun memang ada benda nak bincang pasal projek tu dengan uncle. Kita makan kat tempat biasalah uncle," cadang Hans.    

Mereka bertiga menuju ke kopitiam yang terletak berhadapan dengan bangunan RZQ Corporation. Kopitiam itu selalu menjadi tumpuan bagi ketua-ketua setiap jabatan untuk menjamu selera disebabkan tempatnya yang agak eksklusif.   

"Nissa tak kisah kan abang join sekali?" Bardrizal berbisik lembut di telinga Hans. Hans tersenyum cuma.   

Suasana di kopitiam agak lengang ketika ini. Selesai menjamu selera Tan Sri Rizqi memulakan perbincangan. Dia ingin tahu setakat mana perkembangan projek mega mereka kali ini. Dan dia juga mahu tahu tentang perkembangan Bardrizal.

Dia tidak mahu Bardrizal terus berada di takuk lama. Dia mengharapkan Bardrizal sudah belajar sedikit sebanyak daripada Hans. Dari gaya Bardrizal, anaknya itu lebih sibuk mengusik anak dara orang dari belajar selok-belok syarikat.

"Proposal tu macam mana, Nissa? Minggu depan dah kena bentangkan."               

"Proposal tu dah hampir siap. Tinggal nak touch up sikit aje, uncle. Nissa tengah fikir macam mana nak cantikkan lagi proposal tu," balas Hans. Jika diikutkan proposal tersebut telah siap sepenuhnya. Memandangkan masa yang ada masih tinggal beberapa hari Hans masih cuba untuk menambah apa yang patut di dalam proposal itu.

"Apa yang Bard dah belajar setakat ni dengan Nissa? Papa harap Bard ada belajar something dari Nissa." Bardrizal meneguk liur.            

Hans menanti jawapan lelaki itu. Entah apa yang bakal dikelentongkan Bardrizal untuk menyelamatkan diri. Setakat ini Bardrizal tidak pernah cuba memahami apa yang cuba disampaikannya. Bardrizal lebih berminat untuk memikatnya.   

"Bard faham overall process aje, pa."       

"Apa yang Bard faham pasal projek ni?" soal Tan Sri Rizqi serius nadanya.

Bardrizal terpaksa membuka mulut. Walaupun dia tidak pernah menumpukan perhatian pada proposal yang disediakan oleh Hans namun setiap butiran yang keluar dari bibir gadis itu sebenarnya masuk ke dalam benaknya.    

Hans terpegun seketika. Pada sangkaannya Bardrizal pasti tidak tahu apa-apa tentang proposal yang diusahakannya. Sangkaannya meleset sama sekali.

"Good. At least you know something. Papa ingatkan Bard langsung tak ambik peduli. Papa harap lepas ni Bard boleh belajar lagi dengan Nissa. Belajar aje jangan lebih-lebih pulak," pesan Tan Sri Rizqi.                                             Bardrizal memandang wajah Hans. Hans tentu menyangka yang kepala otaknya kosong semata-mata. Dia sebenarnya tidak suka belajar dari seorang gadis. Baginya kaum Adam lebih hebat dari kaum Hawa. Lalu kenapa dia harus tunduk di bawah telunjuk Hans? Ego yang melangit buatnya tidak sudi belajar daripada gadis itu.    

"Uncle harap Nissa boleh terus ajar Bard. Tak lama lagi uncle nak lepaskan semuanya pada Bard. Lagi cepat Bard belajar lagi cepat uncle boleh serahkan syarikat," beritahu Tan Sri Rizqi.                                             "Nissa tak kisah uncle. Itupun kalau anak uncle sudi terima Nissa jadi mentornya," balas Hans dalam terpaksa.

"Kamu ada masalah ke nak belajar dengan Nissa, Bard?"   

"Eh, Bard okey aje. Nissa ni guru yang baik. Sambil belajar Bard siap boleh menjamu mata lagi. Almaklumlah dapat guru yang cantik."       

Wajah Hans yang putih itu sudah memerah malu dipuji di hadapan Tan Sri Rizqi. Segan! Lainlah Tan Sri Rizqi tiada bersama mereka pasti pujian itu tidak terkesan padanya. Dia mengerling ke arah Bardrizal yang duduk di sebelahnya. Lelaki itu sedang merenung ke arahnya. Ish, dia ni!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 07, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hanya Padamu, HannissaWhere stories live. Discover now