#16

2.3K 110 1
                                    

READY STOK @0175003365

BARDRIZAL menghulurkan tangan, berjabat mesra tangan-tangan stafnya. Hari ini dia diperkenalkan dengan semua kakitangan di tingkat 20. Dia kelihatan lebih kacak dari biasa, berpakaian lengkap dengan kemeja violet dan slack hitam. Rambut disisir rapi. Senyum nipis tersugil di bibir.

Staf-staf perempuan yang masih bujang kelihatan berbisik-bisik sesama sendiri. Mungkin meminati penampilan dan keramahan Bardrizal.

Dalam pada itu Bardrizal dihurung perasaan hairan. Dalam banyak-banyak staf yang diperkenalkan kepadanya, tiada seorang pun yang berambut blonde.

'Ke mana pula pergi minah salleh itu? Takkan aku cuma bermimpi di siang hari?' Persoalan itu menghurung benaknya. Untuk bertanya pada papa terasa segan.

Bardrizal menuju ke bilik yang disediakan untuknya dengan perasaan hampa. Kecewa kerana tidak ketemu gadis yang ingin ditemuinya sedari semalam. Ke mana gadis itu menghilang?

Sewaktu hendak menuju ke biliknya tadi dia melewati bilik pengurus projek itu. Pintu bilik masih terkunci rapat. Mungkin penghuninya masih belum datang lagi. Tapi takkanlah sudah hampir pukul sebelas belum lagi mahu masuk ke pejabat.

Bosan dengan persoalan yang bermain di benak, Bardrizal akhirnya melangkah ke bilik Tan Sri Rizqi yang mengarahnya masuk tanpa banyak soal. Bardrizal duduk tanpa disuruh. Tan Sri Rizqi memandang wajah yang beriak resah itu. Apa yang tidak kena?

"Kenapa? Bilik Bard tu tak selesa ke?"

"Boringlah, pa. Tak ada kerja lain ke selain nak usha fail tebal-tebal tu?" Kerja yang diberikan Tan Sri Rizqi kepadanya itu sememangnya sangat membosankan. Namun bukan itu yang meresahkan.

"Habis tu Bard nak buat apa?" Bardrizal masih bersikap keanak-anakan. Masih belum matang. Cara percakapan langsung tidak menunjukkan kematangan dalam diri. Manja!

"Dalam banyak-banyak staf papa kenalkan dengan Bard tadi, tak ada pun pengurus projek. Mana orangnya? Bilik pun berkunci lagi Bard tengok." Bardrizal membalas soalan dengan soalan juga.

"Oh, itu ke yang buat anak papa tak senang duduk ni," ujar Tan Sri Rizqi. Senyuman sinis terukir di bibir tuanya.

Dia sudah dapat membaca hati si anak. Bila pula Bardrizal bertemu dengan gadis yang digilai ramai itu? Patutlah mahu sahaja bekerja di sini. Ada niat lain rupanya.

"Dia masuk pejabat half day aje hari ni." Bardrizal terangguk-angguk mendengar jawapan itu. Maknanya gadis itu memang wujud. Dia tidak bermimpi.

"Kenapa half day pulak?"

"Pagi ni dia ada meeting dengan klien. Lepas lunch hour baru dia masuk pejabat," terang Tan Sri Rizqi lagi. "Kenapa Bard sibuk-sibuk tanya pasal pengurus projek papa ni?"

"Well, she's bombastic," balas Bardrizal seraya melangkah keluar dari bilik papanya. Dia akan menanti gadis itu sambil merangka idea untuk memikat si gadis.

Tan Sri Rizqi tersenyum lebar. Nampaknya Bardrizal akan berdepan dengan rintangan yang hebat. Tidak mungkin anaknya yang pemalas itu dapat memikat hati gadis hebat seperti Hans.
💞
💞
BARDRIZAL mengisyaratkan agar Suzana yang merupakan setiausaha 'minah salleh' itu berdiam diri tatkala dia mahu masuk ke dalam bilik 'minah salleh' itu. Memandangkan isyarat itu datangnya dari pewaris Tan Sri Rizqi, maka setiausaha itu pun membenarkan Bardrizal masuk tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari bosnya. Sudah tentu pangkat Bardrizal mengatasi pangkat bosnya.

Bardrizal menyandar tubuh di pintu sambil mata menyorot ke arah gadis yang sedang khusyuk meneliti proposal di atas meja. Sibuk benar si gadis sehingga langsung tidak menyedari kehadirannya di situ.

Hanya Padamu, HannissaWhere stories live. Discover now