#17

2.1K 92 0
                                    

Sorry agak busy siapkan ebook zine. Lama tak update. So Muna kasi terus 3 chapter tau. Layan aaaa.
READY STOK @0175003365

FIKIRAN Bardrizal masih dihurung persoalan tentang gadis itu. Selagi tidak mendapat jawapan selagi itu dia akan diulit persoalan demi persoalan. Jemari mula menari-nari di atas meja tatkala berfikir.

Fokus hanya tertumpu pada gadis yang dikatakan pernah belajar sekelas dengannya.  Bukan pada fail yang bertimbun di atas meja. Langsung tidak berminat untuk menyentuh fail yang diberi Tan Sri Rizqi untuk dikaji.

Mentol di kepala berkelip-kelip memberi jalan penyelesaian. Kala ini dia teringat kepada teman baiknya, Aiman. Mereka berdua belajar di tempat yang sama. Kelas juga sama. Aiman mungkin tahu. Tangan pantas mencapai gagang telefon.

"Hello, bro," sapa Bardrizal. Kedengaran Aiman ketawa galak di hujung talian.

"Baru sekarang nak ingat aku, bro. Ni nombor mana pulak kau pakai ni?" Aiman menyoal.

"Nombor syarikat papa aku. Kau yang tak ingat aku sejak dah beristeri ni." Setahun yang lalu Aiman telah mengambil Mimi, gadis yang dipuja ketika mereka masih belajar lagi sebagai suri hidupnya.

"Komitmen, bro. Kenalah jaga hati isteri. Kalau tak... malam-malam aku sunyi nanti. Tak ada orang nak temankan. Eh, kau biar betul. Sejak bila kau sanggup melangkah ke syarikat papa kau pulak ni? Sejak bila kau minat nak kerja? Dah tak nak enjoy macam selalu ke?" Bertubi-tubi soalan dilemparkan Aiman. Sukar mahu percaya.

"Kau ni perli aku ke, bhai? Aku baru start kerja hari ni. Papa aku yang desak. Aku nak tanya sikit ni."

"Apa benda? Macam suspense aje aku dengar." "Budak batch kita dulu kau ada perasan tak yang muka ala-ala minah salleh?"

"Minah salleh mana pulak ni? Tak pernah pulak kau peduli dengan budak batch kita dulu. Lepas tiga tahun baru kau nak ambik tahu. Pelik."

"Ada sorang minah salleh ni kerja dekat syarikat papa aku. Papa aku cakap dia satu UiTM dengan aku dulu. Minah ni pun cakap kenal aku. Tapi aku tak rasa aku kenal dia," terang Bardrizal.

"Minah salleh kau cakap ni mesti cun, kan? Kalau tak mesti kau takkan buang masa tanya aku pasal dia," telah Aiman.

Dia cuba mencari-cari memori yang tertinggal tiga tahun yang lalu. Seperti Bardrizal, dia juga gagal mencari imej gadis yang dimaksudkan. Dia dan Bardrizal sama sahaja. Takkkan terlepas pandang jika ada gadis-gadis cantik. Ligat mengejar perempuan untuk dijadikan koleksi.

"Takkan kau tak kenal aku lagi. Aku hanya suka bunga ros. Bunga tahi ayam tak mainlah."

"Cuba kau bagitahu nama minah tu ke. Sekurang-kurangnya kasilah hint sikit. Susah aku nak ingat kalau macam ni," pinta Aiman.

"Nama dia Nissa."

"Nissa? Hem, macam pernah kudengar nama tu. Tapi di mana ya? Oit, kasilah nama penuh."

"Hannissa Amsyar Binti Hamdan," balas Bardrizal. Sebaik mendengar nama itu, meledak tawa Aiman di hujung talian.

"Hannissa Amsyar Binti Hamdan," Aiman menyebut nama itu dengan nada yang ditekan-tekan. "Takkan kau tak ingat, Bard? Biar betul kau ni. Kau dah tak ingat kat Hans ke?"

"Hans? Siapa, dol? Tak ingatlah."

Aiman tidak hairan jika Bardrizal tidak mengingati gadis skema itu. Aiman sendiri hanya memandang gadis itu sebagai pelajar pintar berpenampilan zero. Sudah berubahkah?

Hanya Padamu, HannissaWhere stories live. Discover now