#22

3.1K 111 10
                                    

Sorry lama tak bersiaran. Agak sibuk sebenarnya sebab baru launch ebook di website Permata Hiraz. Website Muna sendiri tau. Dengan harga RM7 sahaja korang akan dapat akses baca satu story selama 30 hari. Murah, kan?

For now yang dah available Bukan Mahuku, Sang Permaisuri & Pertemuan Kali Ini. Berminat? Boleh wasap Muna @0175003365 atau klik je link kat post Muna sebelum ni.
.
SETELAH bertemu Bardrizal tadi, Aiman sengaja singgah di bilik Hans untuk melihat perubahan gadis itu dengan mata kepala sendiri. Memang itulah tujuannya datang ke syarikat papa Bardrizal.

"Ehem..." Hans mengangkat wajah sebaik mendengar dehaman itu. Matanya tertumpu pada lelaki berkulit hitam manis yang berdiri di pintu biliknya. Wajah itu sangat familiar di matanya. Dia mencari-cari imej lelaki itu di kotak minda. "Dah tak kenal aku ke?"

"Aiman?" Hans menyoal meminta kepastian. Mata menyorot pada tubuh lelaki itu. Meneliti. Sungguh dia hampir tidak mengenali lelaki itu. Sudah banyak berubah. Lagi-lagi pada bahagian perut. Dia memberi isyarat agak lelaki itu duduk di kerusi berhadapan dengannya. Aiman menurut tanpa banyak soal.

"Aku ingat kau dah kenal aku tadi," tingkah Aiman. Matanya terpukau memandang gadis di hadapannya. Patutlah Bardrizal beria-ia mengejar. Perubahan gadis itu sangat menyedapkan mata yang memandang. Kalau tiga tahun dahulu tiada insan yang bergelar lelaki cuba merapati Hans. Sekarang lain pula ceritanya.

"Mestilah kenal. Cuma susah sikit nak cam tadi. Lain benar kau sekarang," komen Hans jujur. Walaupun dia tidak rapat dengan Aiman namun sebagai teman sekelas pastinya dia mengingati lelaki itu.

Dahulu Aiman merupakan salah seorang lelaki yang menjadi rebutan di kampus. Dengan ketinggian lelaki Melayu, wajah yang persis pelakon Zamarul Hisham, berkulit hitam manis serta kata-kata yang manis merupakan pakej lengkap untuk menawan hati gadis-gadis di kampus.

Kenapa fizikal lelaki itu begitu berubah? Atas faktor usia sahaja ke? Mustahil! Mereka rakan sebaya. Masakan berbeza benar Aiman dengan dirinya. Tahun ini usia mereka baru menginjak ke angka 26. Masih dikira muda. Belum mencecah alam tiga puluhan.

"Kau perli aku ke, Hans? Taulah aku dah boroi sekarang ni. Dah kahwin susah dah nak maintain badan."

"Kau dah kahwin ke? Bila? Tak jemput aku pun. Boroi sebab bahagialah ni. No wonder."

"Sebelah aku buat majlis kecik aje. Setakat melepaskan apa yang patut. Kalau kenduri sebelah isteri aku pulak jauh. Sebab tu aku tak jemput sangat kawan-kawan kita. Hurm... steri aku ni asyik masak sedap-sedap aje. Sebab tu badan aku naik."

"Baguslah tu. Sekurang-kurangnya dia pandai layan kau. Tak adalah kau nak kejar perempuan lain lagi, kan?" Dalam berbicara dia mengenakan Aiman. Tahu sangat dia dengan sikap kasanova Aiman. Kalau tidak masakan boleh berkawan baik dengan Bardrizal. Kedua-duanya ligat di arena mengejar gadis-gadis berdahi licin.

Yang peliknya walaupun mereka diberi gelaran sebegitu, gadis-gadis di kampus semakin mendekat bukannya menjauh. Jika sudah namanya kasanova, pastilah tidak akan setia. Bila ditinggalkan menangis, meratap sampai menjejaskan diri sendiri. Perempuan sememangnya makhluk yang pelik dan sukar untuk difahami.

"Itu dulu. Sekarang ni aku setia pada yang satu aje tau. Dah tak larat nak kejar-kejar anak dara orang lagi. Tak larat melayan dah."

"Tapi kawan kau tu masih sama lagi," tingkah Hans. Aiman tersengih cuma. Faham sangat siapa yang dimaksudkan Hans itu.

"Dia bujang lagi. Kalau dia nak kejar mana-mana perempuan pun tak ada yang nak marah. Sekarang ni kan dia tengah kejar kau," tebak Aiman.

"Aku? Tak adalah. Dia main-main aje tu. Banyak lagi perempuan lain dia boleh jadikan mangsa. Yang pasti bukan aku." Hans tersenyum nipis.

"Patutlah Bard cakap kau jual mahal. Tapi elok jugak. Biar dia rasa thrill sikit kejar kau. Lelaki ni biasanya lebih sayangkan barang yang susah nak dapat dari barang yang berlonggok kat tepi jalan." Hans yang sedari tadi bersandar selesa di kerusi empuknya, kini menongkat dagu di meja. Melayan Aiman berbetah.

"Kaum lelaki ni memang anggap perempuan macam barang ke?"

"Alah, kau jangan terasa pulak. Aku bagi kiasan aje. Tapi tulah hakikatnya. Kalau kau jual mahal, Bard makin suka nak mengejar." "Kejarlah kalau dia mampu. Yang pasti aku takkan melayan. He's not my taste."

"Are you sure? Bard tu ada segalanya yang diinginkan perempuan. Kau aje yang tak pandang dia. Pelik."

Hans tertawa sinis. Apa yang pelik sangat?

Setiap insan yang bernafas di dunia ini pastinya dikurniakan  akal fikiran olehNya. Akal yang diberikan akan membuatkan mereka berfikir dan mencorak jalan hidup masing-masing. Tidak hairanlah masing-masing punya citarasa dan pendapat tersendiri. Lalu kenapa seseorang itu perlu dilabel sebagai manusia pelik hanya kerana tidak bersetuju dengan pendapat orang lain?

"I don't like him. Salah ke?" tekan Hans.

"Habis tu laki macam mana kau suka? Apa yang tak kena dengan si Bard tu kat mata kau?"

"Sorrylah, bro. Tak boleh nak cerita dengan kau. That's too personal. Private and confidential."

Dia tidak mungkin menceritakan perihal peribadinya kepada Aiman. Dia dan lelaki itu tidak pernah berkawan baik. Atau dalam erti kata sebenar mereka tidak pernah berkawan. Siapalah dirinya di mata lelaki-lelaki seperti Aiman dan Bardrizal suatu ketika dahulu. Seorang gadis yang tidak mungkin dijeling apatah lagi

"Okeylah. Aku kena balik office. Kalau lambat tak pasal-pasal kena bambu dengan bos aku nanti. By the way... kau nampak berbeza sekarang. Cantik sangat. Patutlah Bard beria-ia nak tackle kau. Kalau waktu kat UiTM dulu kau cantik macam ni tak mustahil aku pun kejar kau."

"Tahulah aku dulu selekeh, kan? Korang mana nak pandang aku waktu tu. Tapi aku tak kisah semua tu. Waktu dulu aku nak fokus kat study aje. Sekarang kenalah jaga sikit diri sendiri. Takkan nak selekeh macam dulu pulak. Mau lari semua klien aku," bidas Hans bersahaja.

Dia langsung tidak kisah  tidak mendapat perhatian dari jejaka-jejaka idaman Malaya. Perubahan yang dilakukannya pun bukan berniat untuk menarik perhatian mana-mana lelaki. Lebih kepada untuk kepuasan diri dan memberi imej yang baik kepada klien. Cukuplah seorang lelaki itu sanggup menerima dirinya seadanya, buruk mahupun baik.

Kecantikan akan pudar jua suatu hari nanti. Jika seorang lelaki jatuh cinta hanya pada kecantikan luaran maka cinta itu akan pudar seiring dengan usia. Hans tidak mahukan cinta seperti itu. Dia mendambakan kasih tulus ikhlas yang akan kekal hingga ke akhirnya.

"Okey. Baik aku balik dulu. Nanti makin aku terasa pedasnya. Asyik kena paksa makan cili aje kan," senda Aiman.

Dia sudah tersengih-sengih bagaikan kerang busuk. Lagi lama dia di situ makin pedas sindiran gadis itu. Ini sudah macam mahu membalas dendam lagaknya. Namun apa yang dikatakan Hans ada benarnya. Dahulu hanya gadis cantik sahaja yang mampu menarik perhatiannya dan Bardrizal. Sampai sekarang pun masih begitu.

Hans ketawa galak mendengar komen itu. Tanpa sedar dia sudah banyak menyindir Aiman. "Sorry. Seronok pula dapat perli orang ni."

"It's okay. Aku suka jugak makan cili ni. Kadang-kadang kalau dapat makan cili ni boleh kurangkan lemak kat badan aku ni. Aku gerak dulu, Hans. Lain kali kita lepak lagi. Keluar lunch ke. Sekali dengan Bard."

Hans sekadar mengangguk mendengar cadangan itu. Mengangguk bukan bermakna setuju. Keluar lunch dengan Bardrizal? Perkara itu tidak akan diulang sekali lagi. Malah dia tidak akan sesekali keluar dengan lelaki itu atas apa jua sebab sekalipun. Hans hanya menyoroti langkah Aiman berlalu dari biliknya.

Hanya Padamu, HannissaWhere stories live. Discover now