NOTE: WARNING! Cerita ni cliche. 'Kahwin paksa' but i promise you bukan plot kahwin paksa, bergaduh, jatuh cinta dan bahagia. Yang ni sweet, funny dan nakal-nakal sikit. hahaha apa-apa pun happy reading okay. I'm working on this mss for now. MAKL postpone sekejap ya ;)
DIAM dan gelisah. Hatinya separuh rela sekarang ini. Bersila dihadapan tok kadi yang bakal menikahkan dia dengan wanita pilihan mamanya walaupun jelas dia memberitahu kepada mamanya yang dia sudah punya pilihan hati sendiri tetapi tidak diendahkan oleh mamanya.
Sebagai anak lelaki, dia perlu mendengar kata-kata seorang ibu setelah mamanya mengugut dia tidak mahu mengaku anak jika dia mengikari apa yang mamanya katakan. Jadi, hari ini dia terpaksa berada di sini dengan hati yang kosong dan tidak gembira.
"Tengku Ahmad Fawwaz Bin Tengku Abdul Majid, aku nikahkan dikau dengan Nur Nayla Aryana Binti Mohd Abu Bakar berwakil walinya bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Nur Nayla Aryana Binti Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin tersebut."
Lancar Tengku Fawwaz menjawab. Tiada rasa gembira yang menerja dalam hatinya ketika ini. Seperti robot yang di programkan dia menuturkan akad nikah tersebut.
"Bagaimana dengan saksi?" tanya tok kadi yang menjadi jurunikah pada hari itu.
"Sah." Serentak tiga orang menjadi saksi mengangguk.
Dengan sekali lafaz, Nayla Aryana sah menjadi milik Tengku Fawwaz.
Wajah gembira jelas terpancar pada raut wajah Puan Zakiyah. Akhirnya, Aryana menjadi menantunya. Tetapi lain pula bagi Tengku Fawwaz. Tiada sekelumit senyuman pun pada bibirnya. Malah, wajah itu turut masam. Sejurus saja selesai akad nikah, wajah Tengku Fawwaz terus berubah. Kalau tadi, dia masih lagi senyum walaupun kelihatan hambar tetapi sekarang ini, hanya wajah tanpa sekelumit senyuman yang terhias.
Selesai mengaminkan doa, Tengku Fawwaz terus bangun dan berlalu keluar dari masjid tersebut tanpa sempat menyarungkan cincin di jari manis Aryana. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting dia sudah memenuhi kehendak mamanya.
Tetamu yang hadir tercengang melihat tindakan pengantin lelaki. Manakala, Tengku Abdul Majid mula bangun dan mengejar langkah si anak lelaki. Begitu juga dengan Puan Zakiyah. Tetapi semuanya sudah terlambat. Deruman enjin kereta Tengku Fawwaz sudah pun keluar dari pintu pagar masjid.
Dan Aryana hanya kaku di tempat duduknya. Masih lagi terkejut dengan tindakan lelaki yang menjadi suaminya tidak sampai satu jam dan sudah melarikan diri. Adik iparnya, Tengku Farhana yang berada di sebelah memegang tangan Aryana dan mula memeluk kakak iparnya.
Tengku Abdul Majid dan Puan Zakiyah masuk ke dalam perkarangan masjid. Ketika itu, Puan Zakiyah sudah menangis teresak-esak. Cuba ditenangkan oleh Tengku Abdul Majid. Adik bongsu kepada Tengku Fawwaz, Tengku Farisya bangun dan menghampiri Puan Zakiyah. Memimpin mamanya yang menangis dan tidak bermaya.
Namun belum sempat Puan Zakiyah duduk, Puan Zakiyah sudah jatuh. Dia pengsan! Suasana di dalam masjid terus menjadi kelam-kabut.
Aryana yang masih lagi termenung di tempat duduknya, mula bangun. Sudah sedar daripada khayalannya dek suasana yang mula bertukar menjadi sedikit bising.
Sedar dengan apa yang berlaku, terus Aryana menghampiri tubuh Puan Zakiyah yang pengsan. Manakala, anak sulung kepada Tengku Abdul Majid dan Puan Zakiyah sedang merawat mamanya.
"Papa, kita kena bawa mama pergi hospital sekarang." Sejurus saja Tengku Fatin memeriksa keadaan Puan Zakiyah, Tengku Abdul Majid terus mengangkat Puan Zakiyah keluar dari masjid. Diikuti oleh Tengku Fatin.
"Ini semua salah kak Yana kan? Kalau kak Yana tak terima lamaran Fawwaz, mesti tak jadi macam ni. Dan mama pun tak pengsan." Aryana mula membuka mulutnya setelah lama dia mendiamkan diri.
"Akak... kenapa cakap macam tu. Ini semua salah abang Fawwaz. Kalau dia tak lari tadi, mama tak akan pengsan." Pujuk Tengku Farhana. Memeluk kakak iparnya.
"Tapi..." belum sempat Aryana meneruskan kata-katanya, Tengku Farhana terlebih dahulu memotongnya.
"Benda dah nak jadi akak. Apa yang penting kita doakan mama baik-baik saja ya." Senyum Tengku Farhana tetapi di dalam hatinya menggelegak marahkan si abang.
"Yana, umi dan abi nak pergi hospital. Yana nak ikut?" soal Puan Azizah mencelah perbualan antara anaknya dan Tengku Farhana.
"Majlis nanti macam mana umi?" soal Aryana kembali. Walaupun pengantin lelaki sudah tiada, majlis tetap akan berjalan seperti yang dirancang.
"Majlis mak su uruskan. Lagipun umi pergi sekejap saja. Nak tahu bagaimana keadaan besan umi," jelas Puan Azizah.
"Tak mengapa, mak cik Zah. Nanti kak Yana pergi dengan Hana. Lagipun takkanlah kak Yana nak pergi sana dengan pakai baju pengantin pula." Beritahu Tengku Farhana.
"Oh, ya tak ya juga. Lupa pula." Puan Azizah menepuk dahinya. "Kalau macam tu, umi dan abi pergi dulu ya."
Aryana mengangguk dan menyalami tangan Puan Azizah. Diikuti oleh Tengku Farhana.
"Hana tunggu kak Yana tukar baju dulu dan lepas tu kita ke hospital ya."
Dan Aryana hanya mengangguk tanda setuju. Kaki mereka melangkah keluar dari masjid. Semua tetamu sudah pun pulang. Nasib baik tetamu yang hadir itu cuma saudara-mara yang terdekat saja.
Tetapi di dalam kepala Aryana, masih lagi memikirkan kenapa Tengku Fawwaz sanggup melarikan diri selepas mereka sah menjadi suami isteri
Don't forget to vote and comment. 5 vote for next chapter.
Love,
Hezy Rose.
YOU ARE READING
INGIN MEMIKAT SI DIA [COMPLETE/EBOOK] ✔️
RomanceTengku Fawwaz dan Aryana disatukan kerana keluarga. Tengku Fawwaz tidak rela tetapi Aryana redha. Tidak sampai satu jam menjadi isteri kepada Tengku Fawwaz, Aryana ditinggalkan tanpa kata dan pesan. Sungguh perit untuk Aryana lalui. Tiga tahun mengh...