N0TE: Terima kasih untuk komen dan vote. Layan bab 1 ya... mungkin tak menarik tetapi lepas ni anda akan dapat jawapan sama ada Tengku Fawwaz akan terima Aryana atau tidak. Happy reading semua. Part nakal, sweet tiada di awal-awal bab. kita simpan dulu okay ;)
KAKI yang dihempas oleh ombak pantai dibiarkan begitu saja. Aryana meneruskan lagi langkahnya di persisiran pantai. Membawa hati yang terluka. Pelbagai soalan yang sedang bermain dalam benak fikirannya ketika ini.
Kenapa dia harus lalui semua ini? Dan kenapa berlaku ke atas dirinya? Ditinggalkan oleh sang suami sejurus saja akad nikah selesai. Sangat perit untuk diluahkan.
Cincin belum sempat disarungkan di jari manisnya lagi. Bila difikirkan balik, kadang-kadang rasa tidak logik pula. Kenapa lelaki itu tinggalkan dia pada hari pernikahan mereka? Apa salah dia?
Entah! Dia tidak punya jawapan untuk persoalan itu. Keluhan dilepaskan. Sangat berat sekali kedengarannya. Nasib badan.
Mungkin Allah ingin mengujinya saat itu. Tetapi tidakkah lelaki itu fikirkan tentang maruah keluarga sendiri dan keluarga dia?
Tiga tahun sudah berlalu. Aryana meneruskan kehidupannya. Sekarang dia bekerja di hospital Putrajaya di bahagian X-Ray sebagai Radiographer. Aryana memilih untuk tidak pandang ke belakang dan move on walaupun agak sukar.
Digantung tidak bertali oleh suami sendiri dan sehingga sekarang dia masih pasti sama ada dia masih bergelar isteri kepada Tengku Fawwaz atau tidak.
Hubungan dia dengan keluarga mertuanya masih lagi baik dan tiada dendam di dalam hati. Tiada guna dia berdendam dengan keluarga mertuanya sedangkan mereka juga tidak tahu di mana Tengku Fawwaz berada dan semua itu salah lelaki itu bukan keluarga mertuanya.
"Kak Yana, jomlah kita balik. Fariz pun dah puas bermain." Panggil Tengku Farhana dari arah belakang. Sekali gus menyentak lamunan panjang Aryana.
"Eh! Dah ke? Tak perasan pula kak Yana. Jomlah." Cepat-cepat Aryana bangun dan menyapu pasir-pasir halus yang melekat pada belakang baju dia.
"Aunty Yana, balik nanti kita singgah di KFC ya. Iz rasa lapar pula," pinta Fariz sambil menggosok perut kecilnya. Suaranya separuh memujuk.
"Baiklah tapi kita pergi yang drive-thru saja ya. Malam nantikan tok ma ada buat makan," ujar Aryana. Memenuhi permintaan anak saudara suaminya.
"Okay aunty!" angguk Fariz dengan riang. Fariz merupakan anak kepada Tengku Fatin. Dan sangat rapat dengan Aryana. Setiap hujung minggu atau hari tidak bekerja, pasti Aryana akan bertandang ke rumah mertuanya dan bermalam di sana.
"Suka dia dapat makan KFC." Usik Tengku Farhana. Faham benar yang kakaknya tidak membenarkan Fariz makan makanan segera dengan kerap.
"Mestilah. Kalau di rumah, ibu mana bagi Iz makan KFC. Asyik makan ayam goreng yang ibu buat saja." Adu Fariz. Petah sekali dia bercakap. Umur baru enam tahun tetapi macam budak darjah satu.
YOU ARE READING
INGIN MEMIKAT SI DIA [COMPLETE/EBOOK] ✔️
RomanceTengku Fawwaz dan Aryana disatukan kerana keluarga. Tengku Fawwaz tidak rela tetapi Aryana redha. Tidak sampai satu jam menjadi isteri kepada Tengku Fawwaz, Aryana ditinggalkan tanpa kata dan pesan. Sungguh perit untuk Aryana lalui. Tiga tahun mengh...