AZAN SUBUH yang kedengaran tidak jauh dari rumahnya, membangunkan Aryana dari lenanya. Kedengaran hujan di luar. Suasana yang sejuk membuatkan dia agak liat untuk mencelikkan mata. Akan tetapi fikirkan kewajipan terhadap pencipta, Aryana mengagahkan juga dirinya untuk membuka mata.
Terasa ada objek berat yang sedang menindih dadanya. Terbuntang mata Aryaan saat melihat kepala Tengku Fawwaz di atas dadanya. Bukankah semalam dia tidur di atas sofa ke? Macam mana dia boleh tidur di atas katil?
Sesak nafas Aryana dengan keadaan mereka sekarang ini. Malu pun ada.
Macam mana dia hendak bangun tanpa mengejutkan Tengku Fawwaz ni?
Terkebil-kebil seketika dia sedang memikirkan cara untuk bangun tanpa mengejutkan si suami. Kepala Tengku Fawwaz elok mendarat di atas dadanya. Dan dia tidak punya cara lain untuk bangun dari katil itu. Dia perlu mengejutkan Tengku Fawwaz juga. Tetapi dia tidak mahu menganggu tidur suaminya itu.
Dalam sibuk memikirkan cara untuk turun dari katil tanpa mengejutkan Tengku Fawwaz, kedengaran suara serak basah Tengku Fawwaz. Dekat dengan telinganya.
"Morning Aryana." Disertakan sekali dengan kucupan di pipi Aryana.
Terus berubah rona wajah Aryana. Malu dengan kelakuan Tengku Fawwaz.
"Ish! Apa ni!" bahu Tengku Fawwaz yang tidak berlapik dengan apa-apa pakaian ditampar.
"I bagi kiss dekat you, tapi you balas dengan tampar I?" soal Tengku Fawwaz tidak puas hati. Tangannya dilingkarkan di pinggang Aryana. Dipeluk erat.
"Fawwaz, apa ni!" lengan Tengku Fawwaz ditampar oleh Aryana. Meminta suaminya meleraikan pelukan itu.
"Lepaslah!"
"Tak nak. You bagi morning kiss dulu dekat sini." Pipi kanan dan kirinya disua ke arah Aryana.
"Tak nak!" ditolak pipi Tengku Fawwaz jauh-jauh darinya. Dia malu kerana jarak mereka terlalu dekat.
"Okay. Kita duduk macam ni sampai bila-bila." Putus Tengku Fawwaz. Malah di eratkan lagi pelukan di pinggang Aryana.
"Yalah-yalah." Akhirnya Aryana mengalah. Kerana hampir 10 minit mereka berada dalam keadaan begitu dan tiada tanda-tanda Tengku Fawwaz hendak meleraikan pelukan mereka.
Terus pipinya disuakan kepada Aryana. Malu-malu Aryana mendekati Tengku Fawwaz. Dihadiahkan ciuman pada kedua-dua belah pipi Tengku Fawwaz.
"Thank you."
Dan Tengku Fawwaz turut mencium pipi Aryana. Rona wajah Aryana berubah. Malu. Terus dia turun dari katil selepas Tengku Fawwaz meleraikan pelukan mereka. Cepat-cepat dia melangkah ke bilik air.
Manakala Tengku Fawwaz masih lagi terbaring di atas katil dengan senyuman. Bahagia.
Selesai menunaikan solat subuh berjemaah dengan Tengku Fawwaz, Aryana turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Memandangkan hari ini dia cuti, jadi sempatlah untuk dia menyediakan sarapan untuk Tengku Fawwaz.
"You masak apa ni? Sedapnya bau." Soalan Tengku Fawwaz mengejutkan Aryana yang sedang leka menggoreng mihun.
"Eh! Bila you turun? Tak perasan pun." Aryana berpaling ke sisi kanannya.
"Baru jer. Mana you nak perasan. Fokus sangat menggoreng tu," balas Tengku Fawwaz sambil menjengukkan kepalanya.
"Mihun goreng. Sedapnya." Tidak sabar Tengku Fawwaz untuk merasa masakan isterinya.
"Mana you tahu sedap. Belum rasa lagi." Ujar Aryana. Api ditutup dan diletakkan mihun ke dalam mangkuk untuk dihidangkan kepada sang suami.
"Sebab I tahu yang isteri I masak memang sedap." Balas Tengku Fawwaz selamba.
Jawapan Tengku Fawwaz membuatkan hati Aryana berbunga-bunga. Apatah lagi lelaki itu sekali lagi mengaku dia sebagai isteri.
"You duduk sekejap. I nak buatkan air." Cawan di ambil dan dibancuh air kopi untuk Tengku Fawwaz. Suaminya suka minum air kopi berbanding teh.
"Terima kasih untuk sarapan. Sedap you masak." Puji Tengku Fawwaz selepas sarapan.
"Sama-sama. Itukan tanggungjawab I sebagai isteri you." Senyum Aryana. Dia menghantar Tengku Fawwaz sehingga ke kereta.
"Take care. Jangan lupa kunci pintu. Tunggu I balik." Pesan Tengku Fawwaz.
"Yalah." Angguk Aryana. "Dan you pun drive safe. Jangan nak laju sangat bawa kereta." Aryana juga turut meninggalkan pesanan kepada Tengku Fawwaz.
Aryana menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Tengku Fawwaz.
"Oh, sorry! Lupa," ujar Tengku Fawwaz dan cepat-cepat menghulurkan tangannya kepada Aryana. Dan selepas itu dia mengucup ubun-ubun isterinya.
"Wait for me." Masih sempat Tengku Fawwaz berbisik di telinga Aryana sebelum membuka pintu keretanya. Aryana malu dengan kelakuan suaminya itu.
Ish! Sengaja hendak buat jantungnya berdebar.
Manakala Tengku Fawwaz sedang cuba mengawal rentak jantungnya yang masih lagi belum tenang. Diusap-usap dadanya. Cuba memenangkan diri sendiri. Sejak kebelakangan ini, bila berada dekat dengan Aryana atau berdua dengan isterinya itu, pasti jantungnya buat hal.
Adakah dia sudah jatuh cinta pada isteri sendiri?
Ah! Gila! Dan Tengku Fawwaz mula fokus pada pemanduannya. Tidak mahu melayani masalah hati.
Aryana membuat keputusan untuk mengemas rumah. Kelihatan sedikit berhabuk. Mungkin suaminya tidak sempat hendak mengemas rumah. Yalah, bila fikir balik, memang tidak sempat. Suaminya seorang doktor. Masa banyak dihabiskan di hospital berbanding dirinya yang bekerja mengikut waktu pejabat.
Oh! Lupa yang suaminya ada mengupah orang untuk membersihkan rumah ini dan mungkin orang tersebut tidak datang ke sini. Sebab itulah rumah ini sedikit berhabuk.
Selesai saja mengemas rumah, Aryana menjatuhkan badannya di atas sofa berangkai tiga yang terletak di ruang tamu. Fuhh... letih juga ya. Macam manalah orang yang diupah oleh suaminya bersihkan rumah ini? Mesti penat sepertinya. Dan akhirnya Aryana tertidur keletihan.
NOTE: Seperti yang Hezy janjikan, bab 8 dah update. terima kasih pada yg sudi baca. Terima kasih juga pada yg sentiasa sabar menanti update dari hezy. Insya Allah, bab seterusnya mungkin minggu depan.
Don't foget to vote and comment. 15 vote for next chapter.
#Staysafe #stayathome
Tulusly,
Hezy Rose.
YOU ARE READING
INGIN MEMIKAT SI DIA [COMPLETE/EBOOK] ✔️
RomanceTengku Fawwaz dan Aryana disatukan kerana keluarga. Tengku Fawwaz tidak rela tetapi Aryana redha. Tidak sampai satu jam menjadi isteri kepada Tengku Fawwaz, Aryana ditinggalkan tanpa kata dan pesan. Sungguh perit untuk Aryana lalui. Tiga tahun mengh...