BAB 6

1.1K 40 2
                                    

Selamat membaca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selamat membaca. Malas nak bebel panjang2. hehehe

HARI INI, Tengku Fawwaz cuti manakala Aryana masih bekerja. Sudah masuk dua minggu Aryana menginap di rumah mentuanya selepas dia membuat keputusan untuk memberi peluang kedua kepada Tengku Fawwaz. Tetapi pada masa yang sama hatinya masih ragu-ragu dengan sang suami. Benarkah suaminya sudah mampu menerimanya dengan ikhlas dan sepenuh hati?

Justeru itu, dia meminta tempoh dengan Tengku Fawwaz untuk mengenali antara satu sama lain dan menjadi teman tapi mesra terlebih dahulu sebelum melangkah ke hubungan yang seterusnya. Dan nasib baik Tengku Fawwaz setuju dan tidak membantah dengan permintaannya.

Pada mulanya dia ingin pulang akan tetapi Tengku Fawwaz melarangnya dan semakin dia bertegas ingin pulang ke rumahnya sendiri sehinggalah Puan Zakiyah masuk campur. Dan meminta dia untuk terus tinggal di situ. Mahu atau tidak, Aryana terpaksa bersetuju kerana tidak mahu mengecewakan hati ibu mentuanya.

"I hantar you hari ni." Beritahu Tengku Fawwaz kepada Aryana pada pagi itu.

"Tak perlu. I boleh drive sendiri." Tolak Aryana. Dia malas hendak menyusahkan suaminya. Sejak dia tinggal di situ, setiap hari dia akan ke tempat kerja bersama-sama dengan Tengku Fawwaz kecuali lelaki itu kerja sehingga waktu malam atau pulang pagi esok.

"No. I tetap akan hantar you. No excuse." Tegas Tengku Fawwaz yang ketika itu sudah pun siap berpakain kemas. T-shirt berkolar dengan seluar jeans hitam.

"Yalah." Aryana mengalah. Tiada guna dia bertegas ingin pergi sendiri kerana akhirnya dia juga yang akan kalah. Dengan Tengku Fawwaz, tidak pernah dia menang apabila berperang mulut dengan suaminya itu.

"You tunggu kat bawahlah. Nanti siap, I turun." Suruh Aryana. Sebenarnya dia segan dan tidak keruan apabila suaminya asyik merenungnya dari tadi walaupun dari jauh. Bukan dia tidak perasan yang Tengku Fawwaz sedang merenungnya dari katil. Jelas kali terlihat pada pantulan cermin.

"Tak mengapalah. Kita turun sekali. I tunggu you." Balas Tengku Fawwaz dengan mata yang tidak lepas memandang sang isteri yang sedang mengenakan tudung di kepala.

Cantik! Ralit Tengku Fawwaz memandang Aryana sehingga tidak sedar yang Aryana sudah pun siap mengenakan tudungnya.

"Fawwaz!" panggil Aryana sedikit kuat sekali dengan tepukan di peha suaminya.

"Adoi! Sakitlah!" pedih terasa pehanya. Tengku Fawwaz menggosok bekas tamparan si isteri.

"Sorry. Tak sengaja. You tu mengelamun jauh sangat." Komen Aryana. Dia panggil tidak menyahut, kan dah mengena.

"I maafkan. Lain kali jangan buat suami you macam ni lagi." Tengku Fawwaz bangun duduknya dan menarik tangan Aryana keluar bersamanya. Aryana hanya mengikut langkah suaminya.

"Balik nanti I ambil. Jangan gatal balik naik grab atau teksi. Dengar tak?" Pesan Tengku Fawwaz pada Aryana sebaik saja mereka tiba di perkarangan hospital. Dia meletakkan kereta tidak jauh dari pintu masuk hospital.

"Yalah. I dengar." Angguk Aryana. Menghulurkan tangan untuk bersalam dengan suaminya.

"Kerja elok-elok." Ujar Tengku Fawwaz. Lengkap dengan ciuman di ubun-ubun Aryana sebelum isterinya keluar dari kereta.

Terpaku Aryana seketika dengan tindakan suaminya tetapi pada masa yang sama hatinya senang diperlakukan sebegitu.

"Baik." Balas Aryana. Tengku Fawwaz menghantar langkah Aryana dengan pandangan matanya sehinggalah batang tubuh isterinya hilang dari pandangan matanya.

"Apa yang awak dah buat pada saya Aryana?" bisik Tengku Fawwaz sambil memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang. Belum pernah dia merasa seperti itu dengan mana-mana perempuan sebelum ini.

Tengku Fawwaz memandu keluar dari hospital. Hari ini dia ada berjanji untuk berjumpa dengan rakan baiknya sewaktu belajar dulu. Memandangkan sama-sama cuti, jadi mereka berjanji untuk berjumpa hari ini kerana sudah lama tidak melepak bersama. Susah hendak berjumpa kerana mereka bekerja di hospital yang berbeza.

"Hi, Assalamualaikum bro." Sapa Tengku Fawwaz sebaik saja tiba di tempat yang mereka janjikan.

"Hi, bro! Waalaikumussalam. Sihat bro?" balas Zawir. Mereka berpelukan seketika sebelum masing-masing duduk di atas kerusi.

"Kau nak minum apa? Orderlah. Aku belanja hari ini." Suruh Zawir. Dia tiba awal dan minumannya sudah dipesan.

"Hot cappucino." Tengku Fawwaz memesan minumannya setelah memanggil pelayan tadi.

"Aku sihat. Macam yang kau tengok sekarang ni." Balas Tengku Fawwaz.

"Kalau sekarang ni, macam terlebih sihat saja aku. Macam orang bahagia." Balas Zawir. "Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?" Zawir cuba mengorek rahsia dari Tengku Fawwaz.

"Habis tu, selama ni kau tengok aku tak bahagia ke?" sengaja Tengku Fawwaz hendak bermain tarik tali dengan Zawir.

"Bahagia juga tapi sekarang ni macam terlebih bahagia. Kau dah berbaik dengan isteri kau ke?" soal Zawir. Bukan hendak masuk campur tapi pandangan mata kasarnya dapat melihat perubahan rakan baiknya. Muka ceria dan tidak seperti dulu lagi.

"Nampaknya begitulah." Balas Tengku Fawwaz.

"Alhamdulillah. Gembira aku dengar. Patutlah muka kau ceria semacam saja. Ke sedang dilamun cinta?" usik Zawir. Bersyukur kerana Tengku Fawwaz sudah dapat menerima isterinya. Bukan dia tidak tahu kisah Tengku Fawwaz macam mana.

"Kau jangan nak merapu." Sangkal Tengku Fawwaz. "Kami dalam proses mengenali antara satu sama lain lagi. Itu pun setelah puas aku desak dia. Kalau tak, dia nak aku ceraikan dia." Tengku Fawwaz membuka ceritanya.

"Padanlah muka kau. Siapa suruh tinggal bini lepas kahwin. Itu belum lagi bini kau tahu yang kau pergi kejar perempuan lain." Sedas Zawir tanpa penapis. Biar rakannya sedar akan kesilapan yang pernah dilakukan. Kalau tak, Tengku Fawwaz masih hanyut dalam kesilapannya.

"Ya. Aku tahu. Itu salah aku." Akui akan kesalahan sendiri. Dia sangat berterima kasih kepada Zawir kerana sentiasa menjadi penasihat terbaiknya dan menyedarkan dia daripada terus melakukan dosa dan membiarkan Aryana digantung tidak bertali.

"Lepas ni jangan nak buat perangai lagi. Hargai yang ada di depan mata kau. Bagi aku, isteri kau tu terbaik untuk kau."

Zawir menasihati Tengku Fawwaz. Tidak mahu rakan baiknya tersilap langkah lagi. Sudah berbuih mulutnya menasihati Tengku Fawwaz sebelum ini tetapi lelaki itu keras kepala tidak mahu dengar nasihatnya.

"Yalah. Aku akan jaga dia baik-baik. Aku datang sini bukan nak dengar tazkirah kau. Nak bincang pasal kerja kita ni." Tengku Fawwaz menayangkan wajah bosannya. Bukan tidak mahu mendengar nasihat tetapi ada benda lebih penting yang dia hendak bincangkan dengan Zawir.

"Yalah-yalah. Kau bawa tak apa yang aku suruh bawa tu?" Dan mereka mula berbincang hal kerja. Masing-masing serius apabila melibatkan hal kerja.

Tulusly,

Hezy Rose.

Hezy Rose

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
INGIN MEMIKAT SI DIA [COMPLETE/EBOOK] ✔️Where stories live. Discover now