BAB 2

1.1K 59 0
                                    

SEMALAMAN Tengku Fawwaz tidak boleh melelapkan matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEMALAMAN Tengku Fawwaz tidak boleh melelapkan matanya. Memikirkan hubungan dia dengan Puan Zakiyah dan Aryana serta Trisya. Dan semalam, saat Tengku Fawwaz melangkah masuk ke dalam bilik tidur yang sudah lama dia tinggalkan, dia terkejut kerana biliknya tersusun kemas dan bersih. Tiada habuk. Dan bilik dia seperti berpenghuni.

Adakah Aryana yang tidur di dalam bilik dia?

Dan persoalannya terjawab sebaik saja dia membuka almari bajunya kerana ada pakaian wanita di dalam almari tersebut. Sudah tentu Aryana yang tidur di dalam bilik dia.

Saat itu, Tengku Fawwaz buntu dan tertekan. Dia tidak tahu untuk memilih yang mana. Tinggalkan Trisya dan hidup dengan Aryana atau teruskan hubungannya dengan Trisya dan dia hilang syurganya?

Tengku Fawwaz tidak punya jawapan lagi.

Tetapi saat melihat Aryana semalam, hatinya berdebar dan ada satu perasaan halus meresap masuk ke dalam hatinya. Lagi-lagi saat melihat Aryana menangis semalam. Ingin saja dia menenangkan gadis itu.

Ah! Dia buntu saat ini.

Patutkah dia ikut kata hatinya?

"Tengku." Bunyi ketukan bersama dengan suara memanggil Tengku Fawwaz.

Tengku Fawwaz turun dari katil dan menghampiri pintu. Pintu biliknya dibuka. "Ada apa, bik?" soal Tengku Fawwaz.

"Puan besar panggil makan." Beritahu bibik.

"Baiklah. Kejap lagi saya turun." Angguk Tengku Fawwaz sebelum menutup kembali pintu biliknya. Dia membasuh mukanya sebelum turun ke bawah. Mungkin mama dia sudah okay barangkali.

"Selamat pagi semua." Ucap Tengku Fawwaz agak riang. Ketika itu semua sedang menjamu selera.

"Selamat pagi, Uncle Waz." Fariz terlebih dahulu menyahut ucapan Tengku Fawwaz.

"Selamat pagi." Hanya Tengku Abdul Jalil dan Fariz saja yang sudi membalasnya.

"Bila uncle balik? Iz rindukan uncle sangat-sangat." Adu Fariz dengan mimik muka sedih sekali. Pandai berlakon.

"Semalam. Alolo... uncle pun rindukan Iz juga." Senyum Tengku Fawwaz. Semakin petah anak buahnya bercakap. Rupa-rupanya banyak yang berubah.

"Sedapnya. Siapa masak ni? Mama ke? Ke Kak Long?" soal Tengku Fawwaz. Cuba untuk beramah mesra dengan ahli keluarganya kembali.

"Mak Suri." balas Puan Zakiyah ringkas.

"Kenapa mama tak masak? Fawwaz rindu nak makan masakan mama." Sengih Tengku Fawwaz. Cuba untuk mengambil hati Puan Zakiyah kembali.

"Siapa suruh kamu lari? Makanlah masakan betina tu. Ke tak sedap?" balas Puan Zakiyah kedengaran sinis saja.

Dan Tengku Fawwaz memilih untuk memakan sarapan paginya tanpa membuka mulutnya lagi. Agak terasa dengan sindiran mamanya tetapi tidak disimpan di dalam hati. Dia faham. Keluarganya masih lagi marahkan dia.

INGIN MEMIKAT SI DIA [COMPLETE/EBOOK] ✔️Where stories live. Discover now