NOTE: Hi semua. Maaf, lama tak update IMSD sebab mengalami writer's block dan sibuk dengan kerja. Hope you guys enjoy this reading. Thank you for waiting.
_________________________
GEMBIRA Tengku Fawwaz apabila Aryana memberitahu dia yang cuti diluluskan. Sekarang dia perlu melaksanakan rancangan yang sudah dia rancang. Harap-harap Aryana suka dengan kejutannya nanti. Tidak sabar pula hendak bercuti dan berdua-duan dengan Aryana.
"Hoi!
Tersentak Tengku Fawwaz dengan tepukan di meja kerjanya. Kus semangat! Kepalanya di dongak mencari siapa yang berani buat dia mengejut sebegitu.
"Kau, Khair. Lain kali ketuk pintu dulu. Nasib baik aku tak ada sakit jantung." Bebel Tengku Fawwaz. Rasa terkejut masih lagi menguasai dirinya.
"Dah puas aku ketuk pintu tu tapi kau tu jauh sangat berangan. Tersengih seorang diri. Ingatkan isteri ke?" Khair jungkit kening beberapa kali bersama senyuman nakal.
"Ya ke? Maaflah. Aku tak dengar." Sengih Tengku Fawwaz. Akui salah sendiri.
"Betullah tu ingatkan Aryana. Angau!" komen Khair. Jika Tengku Fawwaz tidak menjawab soalannya itu, pasti betul.
"Biarlah. Isteri aku." Balas Tengku Fawwaz. Sibuk betul sahabatnya yang seorang ini.
"Berlagak ya sejak baik dengan Aryana." Cebik Khair tetapi dia bahagia apabila melihat Tengku Fawwaz sudah dapat menerima Aryana sebagai isteri.
"Kenapa? Kau cemburu ke? Kalau cemburu, cepat-cepatlah cari isteri." Cadang Tengku Fawwaz.
"Tak kuasa aku nak cemburu dengan kau." Balas Khair.
"Ni, ada apa kau datang sini?" soal Tengku Fawwaz menukar topik perbualan mereka.
"Aku dengarn kau cuti? Nak pergi berbulan madu ke?" risik Khair. Memandangkan shiftnya sudah tamat, dia datanglah sekejap untuk bergosip dengan Tengku Fawwaz sebelum pulang ke rumah.
"Amboi! Laju betul sampai berita ni pada kau ya." Ujar Tengku Fawwaz.
"Biasalah. Kau kan doktor femes." Gelak Khair. Memang Tengku Fawwaz femes pun dikalangan jururawat. Dan ramai yang duk syok pada Tengku Fawwaz tapi sayang suami orang.
"Tapi tak femes macam kau. Kau kan doktor hot di hospital kita ni."
Balas Tengku Fawwaz. Sengaja hendak mengenakan rakan baiknya itu. Masih dia ingat yang Khair dikejar oleh pesakit yang gilakannya itu dan rupa-rupanya pesakit itu ada masalah jiwa.
"Kau ni, sengaja kan. Dahlah. Tak mahu cerita pasal tu." Muncung Khair. Tidak suka apabila Tengku Fawwaz mengungkit akan hal itu. Malu dia.
Tengku Fawwaz ketawa-ketawa. Bukan selalu dapat kenakan Khair.
YOU ARE READING
INGIN MEMIKAT SI DIA [COMPLETE/EBOOK] ✔️
RomanceTengku Fawwaz dan Aryana disatukan kerana keluarga. Tengku Fawwaz tidak rela tetapi Aryana redha. Tidak sampai satu jam menjadi isteri kepada Tengku Fawwaz, Aryana ditinggalkan tanpa kata dan pesan. Sungguh perit untuk Aryana lalui. Tiga tahun mengh...