HOSPITAL Putrajaya dijejaki oleh Tengku Fawwaz. Hari ini dia akan memulakan kerjanya sebagai seorang doktor di sini setelah lama dia menetap di luar negara dan berjaya menjadi doktor pakar. Nasib baik dia bertugas di hospital yang tidak jauh dari rumah keluarganya. Jadi, tidak perlulah dia tinggal di rumah sewa kerana misi untuk memujuk mamanya masih lagi belum berhasil walaupun mamanya sudah tidak sedingin seperti sebelum ini.
Tengku Fawwaz memulakan tugasnya hari ini dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Setiap kali merawat pesakit-pesakitnya atau berselisih dengan nurse-nurse, pasti dihadiahkan senyuman itu buat mereka.
"Nanti awak minta bahagian X-Ray hantar pada saya ya result scan remaja tadi," pesan Tengku Fawwaz kepada jururawat yang berdiri di depan mejanya.
"Baik, doktor." Angguk jururawat tersebut sebelum berlalu keluar.
Bunyi ketukan pintu bilik mengganggu Tengku Fawwaz membuat kerja. Dan di suruh masuk.
"Doktor..." Aryana terkaku di hadapan pintu masuk. Tengku Fawwaz bekerja di hospital sama dengan dia?
Bunyi deheman Tengku Fawwaz mengembalikan Aryana ke alam realiti.
"Result scan yang doktor minta tadi." Dihulur sampul coklat yang besar itu kepada Tengku Fawwaz.
"Terima kasih." Ucap Tengku Fawwaz. Menyembunyikan rasa terkejutnya. Jadi, Aryana kerja di bahagian X-Ray. Kenapa dia tidak tahu pekerjaan Aryana sebelum ini?
"Sama-sama." Balas Aryana. Melangkah untuk keluar dari bilik tersebut.
"Wait." Tengku Fawwaz menahan Aryana daripada melangkah keluar.
"Ya. Ada apa yang saya boleh bantu doktor?" Aryana berpaling kembali ke arah Tengku Fawwaz. Memilih untuk berkomunikasi secara formal. Tidak mahu mencapur adukkan masalah peribadi dengan kerja.
"I think, we need to talk. Lepas waktu kerja you, I tunggu you di ruang parking."
"Errr... baiklah." Angguk Aryana. Lantas dia meminta diri untuk berlalu keluar kerana masih banyak kerja yang perlu dilakukan. Dan juga rasa terkejutnya masih belum hilang.
Tetapi kenapa tiba-tiba Tengku Fawwaz mengajaknya berbincang? Adakah lelaki itu ingin menceraikan dia? Kalau itu keputusan lelaki itu, dia terima walaupun hatinya sakit.
Jadi, Aryana kerja di hospital yang sama dengan dia? Tapi kenapa papa atau Tengku Farhana tak ada beritahu pun pada dia? Dah aku tak tanya. Huh!
Adakah kehadiran Aryana tadi merupakan petunjuk untuk istikharah dia selama seminggu?
Tengku Fawwaz melepaskan keluhannya. Berat sekali kedengarannya. Apa-apa pun dia perlu selesaikan masalah ini dengan segera.
Seperti yang dijanjikan, Aryana menunggu Tengku Fawwaz di bahagian parking. Aryana bersandar pada keretanya. Nasib baik keretanya berada tempat yang teduh dan tidak terkena cahaya matahari.
YOU ARE READING
INGIN MEMIKAT SI DIA [COMPLETE/EBOOK] ✔️
RomanceTengku Fawwaz dan Aryana disatukan kerana keluarga. Tengku Fawwaz tidak rela tetapi Aryana redha. Tidak sampai satu jam menjadi isteri kepada Tengku Fawwaz, Aryana ditinggalkan tanpa kata dan pesan. Sungguh perit untuk Aryana lalui. Tiga tahun mengh...