Bab 1 (Pengsan)

500 28 1
                                    

Hari ini Boboiboy yang menjaga kedai atoknya setelah 5 hari atoknya penat bekerja. Memandangkan hari ini hari Sabtu, jadi Boboiboy lah yang perlu jaga kedai itu.

"Boboiboy, aku nak balik rumah kejap. Nak ambil barang," kata Ochobot. "Ha, yelah," balas Boboiboy. Ochobot pun pergi meninggalkan Boboiboy dan kedai Tok Aba.

Tiba-tiba, Boboiboy telah ditembak dengan satu sinaran yang pelik. Namun begitu, Boboiboy tidak apa-apa.

*Di tempat Adudu dan Probe...

"Woi, yang kau pergi halakan pistol ni kat cawan tu kenapa?" kata Adudu kepada Probe. "Tu lah yang Encik Bos tak tahu. Bila kita halakan pistol ni pada cawan tu ia akan menimbulkan satu fenomena yang bernama pantulan cahaya," kata Probe.

"Ahh! Aku tak ada masa nak dengar teori Sains kau tu," kata Adudu. Adudu pun mula menembak Boboiboy. Boboiboy telah terkena tembakan itu. "Encik Bos, kenapa Zamon tu suruh kita buat macam ni kat Boboiboy?" tanya Probe. "Aku pun tak pasti, Probe. Yang aku pasti, Zamon bagitahu yang kalau kita tembak Boboiboy guna pistol ni, salah satu kuasa elementalnya akan hilang," kata Adudu.

*kembali kepada Boboiboy...

"Aduh, apa yang tembak aku tadi tu," kata Boboiboy. Boboiboy hampir pengsan disebabkan tembakan tadi.

"Boboiboy, aku dah... Boboiboy!" Ochobot terkejut kerana Boboiboy hampir terjatuh. Ochobot segera ke arah Boboiboy. "Korang, datang sini cepat!" Ochobot memanggil Yaya, Ying dan Gopal melalui jam kuasa Boboiboy.

*skip time

"Ochobot, cuba kau imbas Boboiboy," kata Gopal. Risau kerana sudah sejam kawannya tidak bangun. "Aku dah imbas dah. Macam ada maklumat baru tapi aku tak boleh dapatkannya," kata Ochobot.

"Aduh, macam mana ni? Pelanggan sudah semakin ramai," kata Ying. "Kita panggil je lah Tok Aba," kata Gopal pula. "Mana boleh panggil Tok Aba. Dia berharap sangat Boboiboy dapat tolong dia," kata Yaya.

"Apa korang bising-bising ni?" kata Boboiboy. Boboiboy telah sedar dari pengsan. "Boboiboy, bangun pun kau," kata Gopal. "Eh, siapa ni?" tanya Boboiboy. Dia terkejut kerana ada seorang gadis yang sedang pengsan berhampiran dengan dia.

"Kita orang pun tak kenal, tapi masa Yaya dan Ying dalam perjalanan ke sini dia orang terjumpa dia," kata Ochobot. "Eh, pelanggan dah semakin ramai. Aku, Ying dan Gopal pergi uruskan kedai dulu ya," kata Yaya apabila dia lihat pelanggan sudah semakin ramai.

"Ochobot, apa dah jadi dengan aku?" soal Boboiboy. "Aku pun tak tahu. Tapi, macam dapat maklumat baru tentang kuasa kau. Cumanya aku tak dapat nak baca maklumat tu," kata Ochobot.

"Siapa kamu semua?" soal gadis itu setelah sedar dari pengsan. "Aku Boboiboy dan ini Ochobot, power sphera aku. Siapa nama kau?" soal Boboiboy setelah mengenalkan dirinya. "Saya Iman," kata gadis itu.

"Macam mana kau boleh pengsan?" soal Ochobot pula. "Saya pun tak tahu, saya balik rumah dulu ya," kata Iman.

*di rumah Iman

"Assalamualaikum," Iman memberi salam kepada adiknya yang berada di dalam rumah. "Waalaikummussalam. Iman, dah balik pun. Lama aku tunggu tau. Eh, mana makanan?" soal Intan, adik Iman. Dia sudah berasa lapar.

"Sorry, Intan. Aku tak sempat beli, aku pengsan depan warung tu tadi," kata Iman. "Ha, kau pengsan! Kau ok tak ni, Iman? Nak pergi klinik tak?," soal Intan. Risau dengan kakaknya. "Tak apa, Intan. Aku ok," kata Iman.

"Bak sini duit, aku pergi beli," kata Intan. Iman pun berikan duit kepada Intan. "Apa nama warung yang kau nak pergi tadi?" soal Intan. Dia ingin membeli makanan di warung yang kakak dia tak sempat pergi tadi.

Boboiboy: Mana Api?Where stories live. Discover now