"Eh, budak ni. Cepatlah bangun, kata nak pergi Markas Zamon," kata Fang yang berdiri di pintu bilik Boboiboy. Boboiboy yang tadi tidur, tersedar lalu berkata "Eh, Fang. Kau dah mandi?" Fang yang mendengar pertanyaan Boboiboy itu berkata "Dah, kau je belum. Cepat mandi."
"Bagilah aku lagi lima minit," kata Boboiboy lalu memeluk bantal peluknya. "Fang, kau nak pergi kedai Tok Aba pergilah dulu. Nanti aku datang dengan Boboiboy," kata Ochobot yang berada di belakang Fang.
"Weh, Ochobot. Kenapa dengan Boboiboy tu?" soal Fang. "Ooo, tak ada apa-apa lah. Dia cuma tak boleh tidur sebab dapat mimpi buruk," kata Ochobot. "Mimpi? Mimpi apa?" soal Fang lagi. "Nantilah aku cerita, kau pergi kedai Tok Aba dulu. Nanti aku kejutkan Boboiboy," kata Ochobot lalu menolak Fang.
*skip time
Kelihatan seperti Yaya, Ying, Gopal, Adudu dan Probe telah berada di kedai Tok Aba. Tok Aba juga turut berada di situ. Sudah nama pun kedai Tok Aba, mestilah Tok Aba berada di situ juga. Yaya dan Ying sedang rancak berbual. Adudu dan Probe pula sedang minum air special hot chocolate. Manakala Tok Aba pula sedang mengelap cawan. Pada waktu ini belum ada lagi pelanggan yang datang ke kedai Tok Aba.
Gopal hampir tertidur akibat menunggu kawan baiknya. Tiba-tiba, dia ternampak Fang yang datang ke arah kedai Tok Aba. Fang seorang sahaja.
"Dey, Fang. Mana Boboiboy dengan Ochobot?" soal Gopal apabila melihat kawan baiknya dan Si Robot Kuning tiada bersama Fang. "Boboiboy masih tidur lagi," kata Fang. "Aik, masih tidur lagi. Haih, dah pukul 8:00 pagi dah ni," kata Gopal, tidak memahami dengan sikap kawan baiknya.
"Selamat pagi, semua!" Tiba-tiba, mereka semua disapa oleh seorang budak perempuan. "Hai, Intan! Eh, Iman! Kau pun ikut jugak?" soal Gopal apabila ternampak yang Iman ada bersama dengan Intan. "Dia yang nak ikut. Lagi pun umi dengan abi aku kerja hari ni," kata Intan.
"Eh, Fang. Bila masa kau sampai sini?" soal Yaya apabila dia baru ternampak yang Fang ada di situ. "Dey, baru perasan ke?" soal Gopal kepada Yaya. "Huhhu, sedihnya aku," kata Fang sambik duduk di tepi jalan.
Tiba-tiba...
"Selamat pagi, wahai penduduk Bumi dan penduduk planet Atatatiga!" Tiba-tiba, mereka semua disapa oleh Papa Zola. Adudu yang berada di situ membuat muka datar. "Di manakah Boboiboy? Kata nak pergi Markas... Apa nama alien tu? Macaron?" kata Papa Zola setelah mendapati yang Boboiboy tidak ada di situ. "Zamon lah, cikgu," kata Ying setelah mendapati kesalahan Papa Zola😂.
"Fang kata dia tidur lagi," kata Tok Aba bagi menjawab soalan Papa Zola. "Hah, ketiduran apakah ini?! Kebenaran dah siap, tapi dia masih tidur lagi," kata Papa Zola setelah mendengar jawapan Tok Aba.
*skip time, 1 jam kemudian
Jam yang berada di kedai Tok Aba menunjukkan hampir pukul 9 pagi. Beberapa orang pelanggan juga telah datang ke kedai Tok Aba. Adudu yang dari tadi memerhatikan jam itu, berkata "Haish, mana Boboiboy ni?" "Tengah tengok My Little Pony kot," kata Probe pula.
Adudu hampir mahu memukul Probe menggunakan cawan, tapi dihalang oleh Tok Aba. "Pecahlah cawan atok nanti,"kata Tok Aba sambil memegang tangan Adudu. "Haih, mana Boboiboy ni?" kata Gopal. Mereka semua telah bosan menunggu ketibaan superhero Bumi.
"Sorry, korang!" kata Boboiboy sambil mengatur nafasnya. Boboiboy berjalan ke arah mereka, mereka lihat Boboiboy seperti kepenatan. "Kenapa kau ni, Boboiboy? Macam penat je," soal Yaya.
"Tadi reban ayam Nek Munah terbakar, Boboiboy pun pergi lah padamkan api," kata Ochobot bagi menjawab soalan Yaya. "Haiya, kebakaran lagi," kata Ying pula. "Kalau macam tu, kita kena pergi Markas Zamon tu sekarang. Kalau tidak, makin menjadi-jadi kebakaran kat Pulau Rintis ni," kata Fang sambil mengubah posisinya. Dari duduk, berdiri.
"Baiklah! Tok Aba, Boboiboy pergi dulu," kata Boboiboy lalu bersalaman dengan Tok Aba. "Hmm, jaga diri. Cari elemen api kau tu, Boboiboy. Lepas tu, kau ajar Si Zamon tu. Biar dia insaf sikit," kata Tok Aba.
Tanpa mereka semua sedari, ada sebuah robot yang memerhatikan mereka.
Sementara itu, di Markas Zamon...
"Tak boleh jadi ni tuan, Adudu dah belot kita!" kata alien yang berada di sebelah Zamon. Kini, mereka berdua sedang melihat sebuah skrin. "Tak perlu marah-marah, Kiok. Memang itu pun rancangan aku," kata Zamon dengan wajah yang tersenyum sinis.
"Apa maksud tuan?" soal Kiok dengan wajah yang penuh curiga. "Lepas aku suruh Adudu bekukan Pulau Rintis, Boboiboy dan kawan-kawannya akan mencari siapa yang buat semua ni. Aku ingat, aku nak suruh kau yang belasah Adudu supaya Adudu kantoi. Tapi tak sangka, ada orang yang dah tolong aku belasah Adudu guna kuasa Boboiboy," kata Zamon. Dia memberhentikan kata-katanya di situ.
"Kenapa tuan nak Adudu kantoi pula?" soal Kiok lagi. Ya, memang dia betul-betul keliru dengan apa yang Zamon cuba lakukan. "Bila Adudu dah kantoi, dia akan beritahu segala-galanya kepada Boboiboy. Jadi, Boboiboy akan datang ke sini kerana dia sangka kuasa dia ada di sini. Kemudian, aku akan tamatkan dia di sini dan rampas kuasa dia dan juga kawan-kawan dia," kata Zamon lagi.
"Wah, idea tuan memang sungguh bernas!" kata Kiok dalam keadaan teruja. "Nanti kita share tau kuasa dia orang," kata Kiok lagi. "Sudah tentu, kau yang paling banyak tolong aku," kata Zamon pula.
"Tapi, tuan tak musykil ke? Siapa yang guna kuasa Boboiboy untuk belasah Adudu," soal Kiok. "Aku tak tahu, yang aku pasti kalau aku jumpa budak tu aku nak dia jadi konco aku," kata Zamon.
*skip time, di dalam Kapal Angkasa Kebenaran
Boboiboy baru sahaja keluar dari tandas yang berada di dalam kapal angkasa tersebut (wah, ada tandas😂). Tiba-tiba, tangannya ditarik oleh seseorang.
"Lah, Adudu. Nak apa?" soal Boboiboy kepada alien hijau itu. "Ada benda aku nak bagitahu kau," kata Adudu bagi memulakan kata-katanya. "Dan ada benda aku nak tanya kau, macam mana kau dan Probe boleh pengsan hari tu?" soal Boboiboy.
"Ha, itulah yang aku nak bagitahu kau. Sebenarnya, sebelum korang jumpa aku dan Probe tu malam semalamnya aku kena belasah dengan seorang budak perempuan. Aku tak berapa nampak sangat muka dia. Habis lebam dia kerjakan aku, sakit tau," kata Adudu sambil muka comel. "Haih, kau nak bagitahu ke nak mengadu?" soal Boboiboy setelah memandang muka Adudu yang dah sah-sah tak comel tu.
"Aku belum habis cakap lagilah! Aku syak, budak perempuan yang belasah aku tu Iman atau Intan (Adudu dah kenal Iman dengan Intan)," kata Adudu setelah memarahi Boboiboy."Hmm, mana kau tahu tu Iman atau Intan? Kau kata kau tak berapa nampak muka dia," soal Boboiboy sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Haish, aku tahu lah. Sebab Iman dengan Intan kan pakai gelang yang tergantung huruf 'I', tapi kali ni aku nampak gelang tu tergantung simbol elemen api kau. Aku rasa kuasa api kau ada pada Iman atau Intan," kata Adudu lagi. "Kalau ada pada dia orang, kenapa dia orang tak bagitahu aku?" soal Boboiboy lagi.
"Mungkin kuasa kau ada pada Iman, sebab Iman kan pendiam sikit," kata Adudu bagi menjawab soalan Boboiboy.
bersambung...
![](https://img.wattpad.com/cover/209387815-288-k807249.jpg)
YOU ARE READING
Boboiboy: Mana Api?
FanfictionBoboiboy telah terkena satu tembakan dari Adudu dan tembakan itu menyebabkan kuasa apinya hilang. Di manakah kuasa api berada? Sila baca😊.