Bab 2 (Hilang Kuasa)

268 19 0
                                    

"Boboiboy, bangunlah. Kau dah lambat ni," kata Ochobot ingin mengejutkan Boboiboy. "Hmm, lambat? Dah pukul berapa ni?" soal Boboiboy yang masih sedang memeluk bantal.

"6:45," kata Ochobot. "Ha, 6:45! Kenapa kau tak kejutkan aku dari awal tadi Ochobot! Habislah, aku dah lah belum kemas buku lagi! Tolong aku, Ochobot!" Boboiboy meminta pertolongan dari Ochobot setelah membebel.

"Aku tak boleh tolong kau," kata Ochobot. "Aik, apahal pulak?" soal Boboiboy. "Aku nak kena tolong Tok Aba jaga kedai hari ni. Dah pergi mandi. Jangan lupa kemas buku. Kalau kau lambat hari ni aku tak tahu," kata Ochobot, cuba menaikkan kemarahan Boboiboy. "Ish, kau ni," kata Boboiboy.

*skip time

"Hihi, terima kasih sebab bayar denda. Seterusnya!" kata Yaya kepada salah seorang budak yang datang lambat. "Eh, Boboiboy. Kenapa kau datang lambat pulak hari ni?" soal Yaya kepada Boboiboy. "Aku bangun lambat. Nah denda," kata Boboiboy sambil memberikan duit kepada Yaya.

"Terima kasih. Dah, jom masuk kelas. Cikgu Fiya cakap hari ni ada pelajar baru," kata Yaya kepada Boboiboy. "Ok," kata Boboiboy.

*skip time

"Alamak, Cikgu Fiya nak keluar dari bilik guru. Kuasa elemental, Boboiboy petir! Pecutan kilat!" Boboiboy mula panik kerana Cikgu Fiya sudah keluar dari bilik guru. Yaya hanya berjalan biasa sahaja.

"Fuh, dah sampai pun," kata Boboiboy sambil mengelap peluhnya. "Dey, Boboiboy. Apahal kau penat semacam ni?" soal Gopal kepada Boboiboy.

"Cikgu Fiya dah nak masuk kelas. Yaya cakap hari ni ada pelajar baru nak masuk kelas kita," kata Boboiboy. "Oii, duduk. Cikgu Fiya dah sampai," kata Ying.

"Bangun. Selamat pagi, cikgu," kata ketua kelas. Pelajar yang berada di dalam kelas itu hanya mengikuti apa yang ketua kelas katakan.

"Selamat pagi, murid-murid. Duduk. Hari ni kamu ada kawan baru. Iman dan Intan sila masuk," kata Cikgu Fiya.

"Eh, Iman dan Intan?" fikir Boboiboy. "Budak hari tu lah, Boboiboy," kata Gopal. "Eh, haahlah," kata Boboiboy pula.

*skip time (waktu rehat)

"Ha, Boboiboy. Dipersilakan untuk sambung aksi kuasa kau hari tu," kata Intan. Dia ingin melihat kuasa Boboiboy disebabkan dia tak sempat tengok hari tu.

"Baiklah. Kuasa elemental, Boboiboy kuasa tujuh!" Boboiboy pun bertukar menjadi tujuh. "Err, Boboiboy. Saya nak tanya, mana lagi satu? Kata ada tujuh," soal Iman.

"Ha, lagi satu?" soal Boboiboy Tanah. Hairan, di manakah kuasa dia yang lagi satu. "Kejap, mana kuasa api?" soal Yaya setelah mendapati yang kuasa api Boboiboy hilang.

"Boboiboy, betul ke kuasa kau ada tujuh?" soal Intan. "Ya, memang ada tujuh," kata Boboiboy Petir. "Boboiboy, cuba kau cantum semula," kata Ying lalu Boboiboy pun cantum semula.

"Pelik. Nanti apa kata kita pergi rumah Boboiboy tanya kat Ochobot," kata Yaya. Semua angguk tanda setuju kecuali Iman dan Intan. "Iman, Intan. Korang nak ikut tak?" soal Boboiboy.

"Aku on je tapi Si Kakak ni aku tak tahu," kata Intan. "Weh, Iman. Jomlah pergi rumah Boboiboy. Kau belum tengok kuasa kita orang lagi," kata Ying ingin memujuk Iman.

"Jomlah, Iman. Kau tak tengok lagi aku tukarkan kedai Tok Aba jadi makanan," kata Gopal. Boboiboy, Yaya dan Ying hanya menjeling Gopal. "Hehehe," kata Gopal.

"Baiklah, saya ikut. Tapi saya tak nak lama-lama sebab nanti saya nak basuh baju," kata Iman. "Alah, Iman. Kan boleh basuh malam-malam," kata Intan membantah kata-kata kakaknya.

"Mana boleh, nanti tak sempat kering. Kalau kau nak lepak kat rumah Boboiboy aku bagi tapi jangan balik lambat," kata Iman. "Ha, yelah," kata Intan.

*skip time (di rumah Boboiboy)

"Hmm." Ochobot sedang mengimbas Boboiboy untuk mencari maklumat tentang kuasa apinya yang hilang. "Jumpa apa-apa tak, Ochobot?" soal Boboiboy.

*flashback on

"Ochobot, apa dah jadi dengan aku?" soal Boboiboy. "Aku pun tak tahu. Tapi, macam dapat maklumat baru tentang kuasa kau. Cumanya aku tak dapat nak baca maklumat tu," kata Ochobot.

*flashback off

"Ha, baru aku ingat!" kata Ochobot setelah teringat akan sesuatu. "Apa dia, Ochobot?" soal Boboiboy kerana ingin tahu. "Yang maklumat aku cakap hari tu sebenarnya ialah kuasa api kau dah hilang," kata Ochobot.

"Ha, ye ke! Betul ke, Ochobot?!" soal Boboiboy sambil menggoncang Ochobot. "Hadui, betullah. Kuasa api kau memang dah betul-betul tak ada pada jam ni," kata Ochobot.

"Tapi, satu je yang aku pelik. Macam mana kuasa api kau boleh tiba-tiba tak ada?" soal Gopal kerana berasa hairan. "Sebenarnya...," lalu Boboiboy pun menceritakan apa yang telah berlaku sebenarnya.

*flashback on

"Aduh, apa yang tembak aku tadi tu," kata Boboiboy. Boboiboy hampir pengsan disebabkan tembakan tadi.

"Boboiboy, aku dah... Boboiboy!" Ochobot terkejut kerana Boboiboy hampir terjatuh. Ochobot segera ke arah Boboiboy.

*flashback off

"Sebab tulah aku pengsan hari tu," sambung Boboiboy lagi. "Kenapa kau tak bagitahu kita orang ha!" Marah Gopal. Kawan-kawan Boboiboy yang lain turut berasa marah. Intan dan Iman hanya ketawa.

"Ochobot, macam mana nak dapatkan kuasa api tu balik?" soal Boboiboy. "Hmm," Ochobot cuba berfikir tetapi tidak berjaya.

"Ha, aku tahu! Apa kata kita pergi ke Perpustakaan TAPOPS," cadang Yaya. "Wah! Bernas idea kau, Yaya," kata Ying. "Alah, nak kena tengok muka Laksamana Tarung lagi ke? Penatlah asyik tengok muka dia je," kata Gopal

"Bukan Laksamana Tarung pergi bercuti ke?" kata Ochobot sambil menyoal. "Ye ke?" soal Gopal. "Ya," kata Ochobot. "Yeay! Terbaiklah, Ochobot," kata Gopal sambil memeluk Ochobot.

"Woi, woi! Ketat sangatlah kau peluk ni," kata Ochobot. "Hahahaha, terbaik!" kata Boboiboy. "Emm, Boboiboy." Intan memanggil Boboiboy. "Ya," jawab Boboiboy.

"TAPOPS tu apa?" soal Intan. Lalu Boboiboy dan yang lain pun menari lagu TAPOPS. "Ha, dah faham?" soal Boboiboy. "Oh, jadi kiranya korang ni penyelamat power sphera lah kan," soal Intan cuba meneka.

"Haah," kata Boboiboy. "Semua, saya balik dulu ya," kata Iman. "Ok," kata mereka semua yang berada di situ. Lalu Iman pun pergi pulang ke rumahnya.

Boboiboy: Mana Api?Where stories live. Discover now