"Kita kena ada plan," kata Boboiboy kepada semua orang yang berada di dalam kapal angkasa. "Tapi, apa plan kita?" soal Yaya pula. "Ha, aku tahu apa plan kita!" kata Gopal, ingin mengemukakan cadangannya. "Ha, apa dia cadangan kau tu?" soal Intan.
"Korang lawan, aku duduk dalam kapal angkasa. Teman dia orang yang tak ada kuasa dengan Ochobot. Kesian nanti kalau dia orang kena belasah dengan Zamon. Kan, Iman, Intan. Kan? Kan?" kata Gopal.
DUSH!!!
"Aduh!"
Maka dengan itu, satu penumbuk dihadiahkan buat Gopal.
"Tak yah ada kuasa pun aku boleh lawan lah," kata Intan, geram selepas mendengar kata-kata Gopal. "Dah, berbalik pada topik asal kita tadi. Korang ada idea tak?" kata Boboiboy, menyuruh mereka berbalik kepada topik tadi.
Tiba-tiba, Ying ternampak Iman seperti berbisik dengan Intan. "Iman, kau ada idea ke?" soal Ying. Iman yang tadi sedang berbisik dengan adiknya, memberhentikan perbuatannya. "Weh, Iman. Cakap je lah," kata Intan kepada kakaknya.
"Emmm, mungkin perlu ada beberapa orang yang kena tinggal di dalam kapal. Ya lah, mana tahu kapal angkasa nanti dicuri ke?" kata Iman, mengemukakan ideanya walaupun dalam keadaan malu-malu. "Ha, kan aku dah cakap tadi. Jadi, aku akan tinggal di...," kata-kata Gopal terhenti di situ.
"Kau ni, bising je," kata Fang selepas menutup mulut Gopal menggunakan kuasa Tangan Bayangnya. Gopal yang mulutnya telah ditutup, hanya pasrah sahaja (tu lah kau, siapa suruh bising).
"Ochobot, Cikgu Papa, saya dan...," kata-kata Iman terhenti di situ setelah mendengar kata-kata Intan. "Aku nak tengok dia orang berlawan." "Tapi, Intan mana ada kuasa. Nanti kalau kau kena belasah macam mana? Kan boleh je tengok dia orang berlawan dari kapal angkasa dan... Aku belum habis cerita kat kau," kata Iman. Dia membisikkan kata-kata akhirnya ke telinga Intan.
"Kenapa kau tak bagitahu perkara sebenar?" soal Intan. Dengan cara berbisik juga. "Tapi aku kena bagitahu kau dulu, aku ada plan lain ni. Kita kena tolong mere...," "Tak, aku nak jugak tengok dia orang berlawan," kata Intan, masih berkeras.
*skip time
Mereka semua telah sampai di Markas Zamon. Boboiboy merupakan orang pertama yang keluar daripada kapal angkasa tersebut lalu berkata "Heh. Akhirnya kita berjumpa, Zamon."
"Kau fikir, aku akan bagi kuasa kau? Lagi pun, aku tak tahu di mana kuasa api kau," kata Zamon lagi. Boboiboy membulatkan matanya, terkejut dengan kata-kata Zamon. Adakah semua itu benar atau hanya helah semata-mata sahaja bagi mengelirukan Boboiboy?
"Tak, aku takkan tertipu dengan kau," kata Boboiboy setelah lama berdiam diri. "Oh, kau tak percaya. Kiok?" kata Zamon kemudian memanggil Kiok. "Ya, tuan!" kata Kiok dengan bersemangat. Mana tak nya, kejap lagi dia dapat kuasa kan. Terlihat di tangan kanannya dia memegang sebuah beg.
"Tunjukkan pada Boboiboy akibat tidak mempercayai kata-kata ku," kata Zamon. "Baik, tuan!" kata Kiok kemudian tangan kirinya mengeluarkan sesuatu dari begnya. "Saksikan lah... JENG JENG JENG!!!".
Krik krik...
Krik krik...
Sementara itu, di kapal angkasa...
"Eh, ke'getah'an apakah ini?! Getah tu je senjata dia???!!!" kata Papa Zola, terkejut malahan pelik apabila melihat hanya gelang getah sahaja yang berada di tangan Kiok. "Heh, tu je senjata dia. Haih, baik aku temankan Boboiboy. Takut dia menangis kena lastik dengan getah," kata Gopal. Dia menggerakkan kakinya untuk ke tempat Boboiboy. "Gopal, jangan keluar!" kata Ochobot, cuba menghalang Gopal. Namun hakikatnya, dia tidak dapat menghalang Gopal.
"Kenapa kau halang Gopal?" soal Fang.
Berbalik kepada situasi Boboiboy, Zamon dan Kiok...
Boboiboy menahan tawanya apabila melihat objek yang berada di tangan Kiok. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan matanya. Ya lah, ada ke orang nak belasah guna gelang getah? Confirm lah kalahkan?? "Hmmm, mungkin jenis alien macam Kiok ni tahu berlawan guna gelang getah je kot," kata Boboiboy di dalam hatinya.
"Oh, kau nak ketawakan aku ya?" kata Kiok apabila ternampak riak wajah Boboiboy. "Dey, cubalah fikir logik sikit. Memanglah dia ketawa, cuba tengok apa yang ada kat tangan kau tu," kata Gopal. Jarinya menunjuk ke arah tangan Kiok.
"Heh, kau perli aku ya? Tengok ni, BALINGAN GELANG GETAH!" kata Kiok, serta-merta membalingkan gelang getahnya ke arah Gopal dan Boboiboy. "Tukaran gula-gula... Eh?!!!".
Hai👋🏻, author tahu... Dah lama author tak sambung novel ni, huhhu🙃. Sebenarnya macam ni...
WATTPAD TAK BOLEH BUKAK!
Huhhu, sedih wooo author. Lepas tu bila Wattpad dah boleh bukak, author lupa pulak jalan cerita ni... Tapi jangan risau, author dah ingat balik. Hmmm, by the way... Novel ni tinggal beberapa bab je lagi. Jumpa lagi di bab yang seterusnya! 👋🏻👋🏻👋🏻
YOU ARE READING
Boboiboy: Mana Api?
FanfictionBoboiboy telah terkena satu tembakan dari Adudu dan tembakan itu menyebabkan kuasa apinya hilang. Di manakah kuasa api berada? Sila baca😊.