"Sebenarnya, gelang getah tu bukan sekadar gelang getah sahaja. Ianya juga boleh dibesarkan dan dikecilkan," kata Ochobot, menerangkan sebab mengapa dia menghalang Gopal. "Kalau dibesarkan, boleh buat ikat orang... Kalau dikecilkan pulak?" soal Intan, ingin memahami lagi tentang rahsia gelang getah Kiok itu.
"Kalau dikecilkan, boleh buat peluru. Tapi kalau dibesarkan bukan boleh digunakan untuk ikat orang je, pelindung pun boleh," kata Ochobot dengan panjang lebar.
"Haaa, keanehan apakah ini?!" kata Papa Zola, membuatkan semua orang yang berada di dalam kapal angkasa itu tertanya-tanya. "Kenapa ni Kapten Papa?" soal Ying. "Kamu tengok tu, nampaknya kawan kamu dah kena ikat dengan gelang getah. Haish, macam mana pulak gelang getah tu boleh jadi sebesar dan sekuat tu?" kata Papa Zola, yang menganggap kejadian itu bagaikan misteri baginya. (ya lah, gelang getah kot... siapa je tak pelik kan😶)
"Nampaknya, kita kena tolong mereka berdua," kata Yaya. "Jom!" kata Fang pula. Maka, Yaya, Ying dan Fang pun turun untuk membantu dua orang kawan mereka. Oh, ya... Intan pun mengikut mereka sekali, walaupun sudah berkali-kali dihalang oleh kakaknya.
"Hmmm, kami berdua kena ikut ke?" kata Adudu dan Probe. "Tak payah, biar dia orang je yang berlawan. Kita duduk sini, tengok dan makan popcorn je," kata Papa Zola dengan selamba. Iman yang mendengar hanya berkata di dalam hatinya...
"Serious ar😑".
Situasi Gopal bersama Kiok...
"Dey, lepaskan aku lah!" kata Gopal sambil mencuba melepaskan diri daripada ikatan tersebut. "Heh, siapa suruh ejek aku tadi?" kata Kiok, tidak berpuas hati dengan kelakuan Gopal yang mengejeknya tadi. "Haih, inilah alien zaman sekarang. Cepat sangat terasa. Orang baru cakap sikit, dah terasa. Jiwa tak kental," kata Gopal. "Errrkkk," kata Kiok. Dia terdiam setelah mendengar kata-kata Gopal.
"Woi, lepaskan kawan aku!" kata Fang. Tiba-tiba, Intan terperasan sesuatu...
"Eh, mana Boboiboy?"
Situasi Boboiboy bersama Zamon...
"Argghhh, sakitnya," kata Boboiboy setelah penat berlawan dengan Zamon. Kini, dia hanya terbaring lemah di atas tanah. "Kenapa, dah penat ke Boboiboy?" soal Zamon.
Flashback on
Disebabkan Boboiboy telah diikat, dia dibawa oleh Zamon masuk ke dalam sebuah bangunan yang agak besar. "Kenapa kau bawak aku ke sini?" soal Boboiboy. Lalu Zamon pun menjawab "Aku nak tengok kebolehan kau."
Zamon membuka gelang getah Kiok yang telah diikat pada Boboiboy. Lalu, dia mengambil beg galas yang terdapat banyak pistol di dalamnya. "Sudah bersedia untuk tunjukkan kebolehan kau?" soal Zamon.
"Heh, BOBOIBOY KUASA ENAM!".
Flashback off
"Tadi macam berlagak sangat, sekarang? Heh, sudah tiba masa...," kata-kata Zamon terhenti di situ kerana pintu bangunan tersebut dibuka oleh seseorang. Dia ternampak Kiok yang telah diikat.
"Baik kau serahkan kuasa Boboiboy kalau tak nak terima nasib yang sama!" kata Fang. Dia masuk ke dalam bilik tersebut bersama Gopal, Yaya, Ying dan Intan. "Miok dah kena ikat dah Zamon, takkan kau nak macam dia jugak," kata Gopal. Kiok perasan yang Gopal salah menyebut namanya "Woi, aku Kiok lah. Bukan Miok."
"Apa yang korang mengarut ni? Aku? Nasib yang sama macam Kiok? Hahaha, merepek," kata Zamon sambil mentertawakan mereka semua. Dia kemudiannya pergi menekan suis yang terletak di sebuah meja. Semua yang ada di situ hanya memerhati kelakuan Zamon.
"Eh, apa yang dia nak buat tu?" soal Ying. Mereka semua tidak menjawab soalan Ying sebaliknya mereka hanya memerhatikan Zamon.
Tiba-tiba, mereka semua terdengar bunyi seakan-akan bunyi robot bergerak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Boboiboy: Mana Api?
FanfictionBoboiboy telah terkena satu tembakan dari Adudu dan tembakan itu menyebabkan kuasa apinya hilang. Di manakah kuasa api berada? Sila baca😊.