"Aduh, kenapa tak boleh tidur ni," kata Iman yang merasakan diri dia tidak dapat tidur. Dia melihat jam dindingnya, sudah pukul 1:00 pagi.
"Eh, Iman. Kamu tak tidur lagi ke?" soal Puan Anita, ibu Iman dan Intan. Dia menyoal Intan dari arah pintu bilik Iman. "Eh, umi. Taklah, Iman terbangun tadi," kata Iman, cuba menipu agar ibunya tidak risau dengan dirinya.
"Oh, ye ke? Kalau macam tu Iman pergi sambung tidur ya," kata Puan Anita menyuruh anaknya tidur. "Baik, umi," kata Iman.
*di rumah Boboiboy (pukul 5:06 pagi)
TENENENENET
Jam kuasa Boboiboy berbunyi, menandakan ada seseorang sedang menghubungi dia. Boboiboy dalam keadaan malas itu pun mengangkat panggilan video tersebut.
"Boboiboy, bangun! Kita ada kecemasan ni!" Oh, yang hubungi itu rupa-rupanya Yaya. "Kecemasan?! Apa dia, Yaya?" soal Boboiboy dalam keadaan cemas.
"Bilik guru lelaki sekolah kita dah terbakar!" kata Yaya. "Terbakar?! Baiklah, aku akan ke sana sekarang," kata Boboiboy pula. Boboiboy pun bertukar kepada elemen petir dalam keadaan berbaju tidur.
*skip time (di sekolah)
Sementara menunggu ketibaan Boboiboy, orang ramai cuba memadamkan api tersebut. Api yang membara itu sangatlah besar.
"Boboiboy!" Yaya memanggil Boboiboy apabila dia ternampak Boboiboy telah berada di situ. "Cepat padamkan api tu," kata Yaya. "Baik! Kuasa elemental, Boboiboy Air!" Lalu Boboiboy pun bertukar kepada elemen air.
"Ombak air!" Boboiboy menggunakan teknik 'ombak air' nya untuk memadamkan api tersebut. Api itu pun terpadam. "Korang!" Ying yang baru sampai di situ memanggil Boboiboy dan Yaya.
"Macam mana kebakaran ni boleh berlaku?" soal Ying. "Tak tahulah. Ni pun aku tahu pasal kebakaran ni sebab pengetua yang bagitahu aku," kata Yaya.
"Huhu, habislah. Kertas soalan kuiz Matematik dia orang," kata Cikgu John, guru mata pelajaran Matematik kelas mereka. Boboiboy, Yaya dan Ying yang mendengar perkara itu terus ke arah Cikgu John.
"Kesian Cikgu John, dan bersusah payah buat," kata Yaya. "Tak apa, cikgu. Cikgu kan boleh buat kuiz hari lain," kata Boboiboy, cuba memujuk Cikgu John.
"Yeay, tak payah jawab kuiz Matematik!" kata Gopal yang baru sampai entah dari mana. Mereka yang berada di situ terkejut kerana kehadirannya.
"Oi, kau ni dari mana ha?" soal Ying. "Dari rumah lah dey. Kau tengok sekarang ni dah pukul berapa? Kau fikir aku dari pantai ke apa?" kata Gopal.
"Sebenarnya, kalau kamu nak tahu yang buat soalan kuiz tu bukan cikgu tapi...," kata Cikgu John. "Tapi apa cikgu," soal mereka ingin mengetahuinya. "Tapi...," kata Cikgu John lagi.
"Tapi kebenaran yang buat, hahahaha," kata Papa Zola. Mereka semua pun terkejut sekali lagi. "Aduh, Cikgu Papa ni. Bagilah salam dulu," kata Boboiboy.
"Sejak bila Cikgu Papa jadi cikgu sekolah menengah kita orang?" soal Gopal. "Haduh kamu ni. Kamu fikir kamu je ke yang boleh tukar sekolah, hah?" kata Papa Zola sambil menyoal.
Mereka semua hanya menjeling Papa Zola. Papa Zola pula, hanya membuat muka macam dia tak bersalah.
*di rumah Iman dan Intan
Intan telah pun bersiap-siap untuk ke sekolah. Selepas itu, dia pergi ke bilik Iman untuk memastikan Iman sudah bangun atau belum. Namun begitu, dia terkejut setelah mendapati yang tilam Iman terdapat kesan terbakar.
"Iman," kata Intan ingin mengejutkan Iman. Dia hampir-hampir lagi nak ketawa sebab Iman mengigau yang bukan-bukan.
"Arr, tepi. Kau ni, tak kenal aku ea? Ha, tak kenal? Aku...," kata-kata Iman (sedang mengigau) terhenti di situ kerana Intan menyiram air kepadanya.
"Intan, kenapa ni? Asal kau siram aku?" soal Iman kerana tidak berpuas hati. "Oh, kau. Bila dengan orang lain, bukan main sopan. Bila ngigau, dah macam Ejen Ali aku tengok," kata Intan. Kata-kata dia disambung dengan gelak tawanya.
"Dah lah. Tepi, aku nak mandi. Eh, jap! Dah pukul berapa?" soal Iman. "Baru je pukul 7:00 pagi," kata Intan selamba.
"Ha, 7:00 pagi!," kata Iman dengan nada terkejut. Intan di situ hanya ketawa melihat gelagat kakaknya itu.
YOU ARE READING
Boboiboy: Mana Api?
FanfictionBoboiboy telah terkena satu tembakan dari Adudu dan tembakan itu menyebabkan kuasa apinya hilang. Di manakah kuasa api berada? Sila baca😊.