Bab 5 (Pulau Rintis Beku?)

192 13 0
                                    

Boboiboy duduk termenung memandang ke luar tingkap. Dia sedang memikirkan tentang sesuatu. Memikirkan tentang apa? Sudah tentulah memikirkan kuasa apinya yang hilang dan misteri itu.

"Boboiboy." Ochobot memanggil Boboiboy dari pintu bilik Boboiboy. Boboiboy memusingkan badannya lalu berkata "Ya, Ochobot?" "Kau masih fikirkan tentang kuasa api kau, kan?" soal Ochobot sambil meneka. Boboiboy terdiam seketika.

"Maafkan aku, Ochobot. Maafkan aku sebab tak dapat jaga kuasa elemental ni dengan baik," kata Boboiboy sambil memeluk Ochobot. "Dah, dah lah tu. Lagipun bukan salah kau. Hari ni kan kita akan pergi TAPOPS. Eh, kejap! TAPOPS! Boboiboy hari ni kita pergi TAPOPS!" kata Ochobot yang baru teringat sesuatu.

"Hah?" soal Boboiboy, blur. "Hari ni kan kita nak pergi perpustakaan TAPOPS. Inilah masanya untuk kita kaji kuasa api kau tu," kata Ochobot cuba menerangkan. "Hmm?" Boboiboy masih lagi cuba mengingati kata-kata Ochobot.

*flashback on

"Tapi kan, Yaya. Bila kita nak pergi TAPOPS?" soal Boboiboy. "Hmm, apa kata kita pergi hari Sabtu ni," kata Yaya. "Ok," kata Boboiboy tanda setuju. Ying dan Gopal juga bersetuju dengan cadangan Yaya.

*flasback off

"Haahlah, hari ni hari Sabtu,"kata Boboiboy. "Boboiboy!" Tok Aba memanggil Boboiboy dari ruang tamu.

"Ada apa, tok?" soal Boboiboy. "Kau kena tengok berita ni," kata Tok Aba. Lalu Boboiboy dan Ochobot pun bergegas ke ruang tamu.

*televisyen

"Ya, hari ini anda bersama dengan saya Ravi J. Jambul. Di mana ada bahaya, di situ ada saya. Hari ini ada satu kejadian yang pelik sedang berlaku di Pulau Rintis. Iaitu beberapa objek seperti kereta, pokok, bangunan dan juga Gerai Ais Krim Encik Kumar telah terperangkap dalam ais! Apa yang telah berlaku sebenarnya? Sekarang ini bersama dengan saya, Encik Kumar. Ya, encik. Apa yang telah terjadi sebenarnya?" kata Ravi J. Jambul lalu menyoal Uncle Kumar.

"Hayoyo lah dey. Saya tak da tahu apa-apa lah. Saya tidur waktu malam, bila saya bangun waktu pagi, saya lihat... Hayoyo, gerai saya sudah beku!" kata Uncle Kumar.

"Hmm, amat musykil. Adakah Pulau Rintis mengalami satu fenomena musim sejuk? Kita akan kembali selepas iklan," kata Ravi J. Jambul.

*kembali ke rumah Boboiboy...

"Kita kena pergi siasat perkara ni, Ochobot," kata Boboiboy kepada Ochobot. "Tok Aba, Boboiboy pergi dulu ya," kata Boboiboy lalu menyalam tangan Tok Aba.

"Hati-hati tau, Boboiboy," kata Tok Aba untuk menasihati cucunya. "Hmm. Baik, Tok!" kata Boboiboy. Boboiboy dan Ochobot pun pergi untuk menyiasat perkara misteri tersebut.

*di kawasan bandar Pulau Rintis...

"Eh, Boboiboy!" jerit Yaya apabila dia ternampak Boboiboy. Ying dan Gopal juga berada di situ. "Eh, korang buat apa kat sini?" soal Boboiboy kepada kawan-kawannya.

"Haiya, soalan apa yang lu tanya ni? Kan kita orang yang ajak kau datang sini dulu," kata Ying. "Ajak? Bila masa korang ajak aku?" soal Boboiboy.

"Dey, kau ni. Pelupa betullah, Boboiboy. Kan Yaya ada hubungi kau tadi," kata Gopal. "Hubungi aku? Bila masa?" soal Boboiboy. Lalu berlakulah perang mulut antara mereka bertiga. Ochobot yang berada di situ hanya mampu melihat sahaja.

"Berhenti!" jerit Yaya supaya mereka semua menghentikan peperangan mereka. Mereka pun menoleh ke arah Yaya termasuk Ochobot juga. "Yang sebenarnya...." Lalu Yaya pun menceritakan apa yang telah berlaku.

*flashback on

"Yaya, kau pergi hubungi Fang untuk dapatkan bantuannya dan Kapten Kaizo. Aku dan Gopal nak pergi tengok kalau-kalau ada orang dalam bangunan tu." Ying mengarahkan Yaya lalu memberitahu apa yang dia mahu lakukan. "Ok," kata Yaya.

Boboiboy: Mana Api?Where stories live. Discover now