*skip time (di dalam kapal angkasa Kapten Kaizo, Adudu dan Probe dah sedar)
"Terus terang dengan aku, korang kan yang bekukan Pulau Rintis ni?!" soal Boboiboy dalam keadaan marah. "Kau tengoklah kejap lagi dia bertukar jadi Boboiboy Halilintar," bisik Gopal kepada Intan. "Diamlah, Gopal," kata Yaya pula.
"Haih, yalah-yalah. Kita orang yang bekukan," kata Adudu. "Kuasa elemental, Boboiboy Halilintar!" kata Boboiboy lalu bertukar kepada Boboiboy Halilintar. "Kan betul aku cakap," bisik Gopal kepada Intan sekali lagi. Lalu Ying pun memberikan sebiji penumbuk kepada Gopal. Fang, Ochobot dan Yaya hanya memerhati.
"Eh, dengarlah dulu penjelasan kami," kata Probe. "Ya, betul tu," kata Adudu pula lalu Boboiboy Halilintar bertukar kepada Boboiboy biasa. "Sebenarnya...."
*skip time (Adudu dah menjelaskan segala-galanya)
"Eee, dasar alien berkepala kotak mata duitan," kata Ying setelah mendengar penjelasan Adudu. "Musykil, kenapa Zamon nak buat macam tu pula kat Boboiboy?" soal Kapten Kaizo dalam nada hairan. "Hmm, entahlah," kata Adudu menunjukkan yang dia tak tahu.
"Tunjukkan kat aku kat mana markas Zamon tu," kata Boboiboy dalam keadaan marah. Mungkin? "Kau pasti ke?" soal Adudu. "Kenapa pula," soal Boboiboy pula. "Haish, Zamon tu pengguna pistol yang terhandal tau," kata Probe. "Hmm, setakat pengguna pistol tak boleh lawan dengan kuasa elemental aku ni," kata Boboiboy pula.
"Aku rasa sekarang ni dia tengah mood Solar," bisik Gopal kepada Intan sekali lagi (haish, tak insaf lagi budak ni😑). "Wei, tak puas lagi ke dah kena dengan aku tadi?" soal Ying kepada Gopal. "Entahnya," sambung Fang pula.
"Apa kata esok kita pagi kita pergi Markas Zamon? Adudu dengan Probe ikut sekali?" kata Ochobot cuba mencadangkan. "Naik kapal angkasa Kapten Kaizo!" Probe tiba-tiba menambah. Kaizo dah jeling-jeling Probe dah😂.
"Tak boleh, esok aku ada misi," kata Kaizo pula. "Tak apa, naik je kapal angkasa Kapten Papa," kata Yaya. "Alah, kapal angkasa Kapten Papa?" kata Adudu dengan Probe pula.
"Eh, mengada-mengada pulak korang berdua ni," kata Ying sambil kedua-dua tangannya berada di pinggang. "Hmm, yalah-yalah. Esok pagi aku dan Probe akan berkumpul di Kedai Tok Aba. Kau jangan lambat pulak, Boboiboy," kata Adudu sambil memerli Boboiboy. "Aku tahulah, kau ni," kata Boboiboy pula.
"Dah lah, jom kita balik," kata Yaya mencadangkan mereka untuk balik. Sebaik sahaja semua berada di luar kapal angkasa Kapten Kaizo, Adudu memanggil mereka. "Korang, tunggu kejap!" "Ada apa?" soal Boboiboy.
"Tak nak kita orang cairkan ais ni ke?" soal Probe. "Boleh ke korang cairkan?" soal Gopal kerana tidak percaya. "Heh, tengok ni," kata Adudu sambil menunjukkan satu pistol. Di pistol itu terdapat satu butang, kemudian Adudu menekan butang itu. Selepas Adudu menekan butang itu, ais yang berada di Pulau Rintis mula mencair.
"Tunggu lagi 30 minit dan semua ais tu akan cair," kata Adudu. "Jom Encik Bos," kata Probe menandakan yang dia mahu pulang. "Jom. Bye, kita orang nak balik. Esok jangan lambat tau, Boboiboy!" kata Adudu sambil nadanya memerli Boboiboy. "Ceh sempat lagi dia perli aku," kata Boboiboy.
"Fang, esok jomlah ikut kita orang," kata Yaya kepada Fang. "Tapi, aku nak tidur rumah siapa? Aku dah lah tak bawak baju," kata Fang. Boboiboy yang terdengar mereka berbual terus datang kepada mereka. "Alah, tidur je kat rumah aku," kata Boboiboy sambil memegang bahu Fang.
"Tapi baju... Ahh," kata-kata Fang terhenti di situ apabila Kaizo membaling semua baju Fang kepadanya. "Nah, ambil semua baju kau. Baunya akan mengganggu aku waktu misi," kata Kaizo kepada Fang.
"Ceh, dasar abang menghalau adik," kata Fang. Tiba-tiba, Boboiboy menghidu baju-baju Fang. "Eee, busuknya!" kata Boboiboy. "Tepi, Boboiboy. Haahlah, busuknya!" kata Gopal selepas menghidu baju-baju Fang. "Dah tahu busuk yang kau pergi hidu tu buat apa?" kata Intan pula. (mesti readers tertanya-tanya, kenapa Intan dari tadi tak cakap apa-apa kan?😂 kejap lagi author bagitahu😂)
"Dah, aku nak pergi TAPOPS. Esok ada misi," kata Kaizo sambil ke arah kapalnya. "Tahu. Bye, abang!" kata Fang sambil melambai ke arah Kaizo. "Siapa nak lambai balik kat kau? Jangan lupa basuh baju," kata Kaizo sambil melambai semula ke arah Fang. "Tak guna punya abang," kata Fang pula.
Setelah Kaizo hilang dari pandangan mereka, tinggal Boboiboy, Fang, Yaya, Ying, Gopal, Ochobot dan Intan di situ. Boboiboy mula bersuara "Intan, kenapa tadi kau senyap je masa kita dekat dalam kapal angkasa Kapten Kaizo tadi?" "Aku... Aku tak kenal robot dengan alien tu. Siapa nama dia orang?" kata Intan ingin mengetahui nama robot dan alien yang dimaksudkannya itu. Setelah mereka semua mendengar kata-kata intan, mereka semua jatuh ala-ala pengsan.
"Lah, kalau tak kenal kenapa tak tanya?" soal mereka semua kecuali Intan. Intan hanya tertawa kecil.
*skip time, pada pukul 2:20 pagi, di rumah Boboiboy (dalam bilik Boboiboy)
Boboiboy's POV
Aku, aku kat mana ni? Kenapa semuanya putih?
"Hah, Boboiboy. Dah sedar dah?" Aku terdengar satu suara. Aku tak kenal suara tu. Jadi, aku pun tanya "Siapa kau?!" aku menjerit sikit. "Kau tak kenal aku siapa, tapi kau kenal kan dia orang ni siapa?" Suara itu mula menunjukkan dirinya. Ya, memang aku tak kenal siapa tu. Tapi aku kenal orang-orang yang 'dia' maksudkan. Aku memandang ke arah orang-orang yang kena ikat. Itulah orang yang 'dia' maksudkan.
"Yaya, Ying, Gopal, Fang! Apa kau nak buat dengan dia orang?!" Aku berasa terkejut kerana 'dia' mengacukan pistol kepada kawan-kawan aku. "Tak ada apa-apa," kata 'dia'.
BANG!
"Jangan!"
Boboiboy's POV end
"Jangan!" kata Boboiboy. Ochobot yang terdengar Boboiboy mengigau terus mendekati Boboiboy. "Boboiboy, bangun!" kata Ochobot untuk mengejutkan Boboiboy. "Hah, Ochobot!" kata Boboiboy lalu memeluk Ochobot. Ochobot pun membalas pelukan Boboiboy.
"Kau mimpi apa, Boboiboy?" soal Ochobot. Boboiboy pun menceritakan segala-galanya.
Hello, readers😂. Dah berapa abad tunggu cerita author? Sorry, sebab dah lama author tak update. Silalah marah author😂. Tapi, author nak berterima kasih kepada sesiapa yang menunggu cerita ni.
Siapa yang tunggu cerita author, angkat tangan! (author tak nampak tangan readers😂😅)
Jumpa lagi di bab seterusnya~~~
![](https://img.wattpad.com/cover/209387815-288-k807249.jpg)
YOU ARE READING
Boboiboy: Mana Api?
FanfictionBoboiboy telah terkena satu tembakan dari Adudu dan tembakan itu menyebabkan kuasa apinya hilang. Di manakah kuasa api berada? Sila baca😊.