BAB 38: PENYELUDUPAN

234 11 3
                                    

        Pintu belakang Lori itu dibuka dengan perlahan. Air liur Lily ditelan. Berasa gelisah jika mereka tertangkap. Rafaeil sudah menurunkan air peluhnya di pelipat dahi. Dia juga gelisah jika niat mereka terbongkar.

    Apabila tangan pengawal itu mencapai hulu pintu belakang Lori itu, dia membuka dengan segera. Lily sudah memejamkan mata.

    "Okey... Kalian udahnya boleh masuh deh.." dengar sahaja apa yang dikatakan orang itu membuat mereka menghembus nafas lega.

   "Makasih yah pak..." Rafaeil mengangkat tangan tanda terima kasih. Apabila lelaki itu tiada dari pandangan. Lily cepat-cepat memandang belakang dan membuka tingkap dri belakang lori itu.

   "Rin...." Lily menghembuskan nafas lega apabila melihat Rin ada di belakang.

    "Macam mana kau buat?" Rafaeil menyoal sambil memandu. Mereka perlu memasuki hutan selepas sudah melepasi tembok tinggi. Mengambil masa beberapa minit untuk kerumah yang di tengah-tengah tembok tinggi ni.

    "Aku buat benda yang diajari Najimi. Dia kata.. Tak mudah untuk masuk jika ada pengawal yang mungkin memeriksa dalaman Lori ini. Jadi, dia mengajarkan aku untuk membuat pantulan cermin."

    "Maksud kau?" Lily masih tidak faham.

    "Korang perasan kan ketika kita ada di dalam lori, kita terlihat bayang-bayang diri kita di atas. Najimi menyediakan satu cermin besar di bawah kita duduk tadi untuk aku membuat pantulan dari sisi atas. Cermin yang ada di atas dalam lori ini mengambarkan di bawah. Aku mengangkat cermin yang disembunyikan di bawah karpet kita duduk tadi dan menggunakan pantulan cermin yang ada di atas yang mengambarkan dibawah. Jadi, mereka akan keliru dan mengangap peralatan pembersihan sahaja yang ada. Aku pula bersembunyi di belakang cermin tersebut. Apa kau faham?"

   "Owh.... Dari singkatanya.. Kau gunakan pantulan cermin dari gambaran atas yang terlihat dibawah dan mengelirukan mereka kerana melihat ruang di dalam lori ini hanya ada pelengkapan pembersihan sahaja? Waahh hebatnya.!" Rin berasa malu dengan Pujian Rafaeil. Tersengih-sengih dia.

    "Sekarang, mari kita mulakan langkah awalan kita" Mereka berdua mengangguk serentak. Dari tempat mereka beradalah perjalanan mereka dimulai. Di mana tempat mereka akan menjadi sesuatu yang mendebarkan.

********************************

                    Criss:

        "Ish.. Janganlah! aku dapat dulukan"

       "Aku pun nak main jugak!"

       "Sabarlah.. Bagi aku main dulu!"

      Mereka berdua berebut PSP yang diberikan pada Rafaeil itu. Aku hanya tersenyum melihat mereka berdua. Apabila melihat mereka berdua, aku teringat kenangan aku dan abang aku. Tetapi... Semua sudah berlalu. Jalan cerita lama tak akan berulang kembali. Itu yang aku anggapkan.

    Aku ditugaskan untuk menjaga mereka berdua sehingga Firzaa sedar kembali. Sudah 1 setengah hari dia masih tidak sedarkan diri selepas dia pengsan tengah hari semalam. Aku memandang katil di sebelah aku. Firzaa masih lelap. 

 Mereka berdua masih bergaduh. "Okey-okey.... Adik-adik. Apa kata kamu main di bilik semalam. Kakak kamu masih perlukan rehat yang cukup." Mereka berdua mengangguk dan berlalu pergi.

    'Ergh...." Aku terkejut apabila mendengar erangan dari atas katil itu. "Firzaa?" Aku memanggil namanya. Dengan laju aku memegang tanganya. genggaman aku dierat olehnya. Aku berasa lega sedikit. Aku membantu dia bangun dari baring ke duduk. 

   "Saya dimana?" 

   "Awak ada dibilik kesihatan. Apa awak baik-baik saja?" Firzaa mengganguk tanda 'okey'

ORGANISASI RAHSIA : PERMULAAN (Book 1)Where stories live. Discover now