BAB 32: FIGHT!

241 15 3
                                    

     Kamarul tersenyum sinis apabila mendengar semangat dari Najimi. Dia juga sudah berada di kedudukan posisinya dalam menyerang. Najimi kelihatan tenang menghadap Kamarul. Mata mereka berdua bertembung. "Aku harap tiada yang cedera lah hari ini." Criss risau dengan mereka berdua.

    "Kenapa kau kata macam tu?" Ehsan pelik dengan kata-kata Criss tadi. 

    "Najimi adalah seorang petarung yang handal. Aku tak tahu dia pakai kekuatan apa. Dia pernah kalahkan pihak lawan yang lebih besar dari badan dia dalam masa 5 saat SAHAJA" Campur Mike dengan menekankan perkataan 'sahaja' dan menunjukan jumlah 5 jari pada Ehsan.

    "Hebat sangat ke?" Syah, Rafaeil, Mike dan Criss mengangguk serentak tanda 'betul'

    "Kalau nak tahu Rafaeil dah banyak kali kalah dalam pertarungan antara dia dengan Najimi."

    "Setepek eeh!" Marah Rafaeil.

    "Hehehee... Gurau-gurau" Sengih Criss. Mereka semua memandang kedepan semula untuk menyaksikan pertarungan mereka berdua.

       Kamarul memulakan langkah kehapadan untuk menyerang. Najimi hanya tenang. Tangan dia memasukan di kedua-dua kocek seluarnya. 'jangan lupa, tanpa sedar aku boleh tahu apa yang kau fikir' Suara Kamarul bermain di minda Najimi. Najimi memberi sengih sinis. 'jangan lupa juga aku boleh lihat masa depan kau' kamarul terkejut. Kemudian dia kembali tenang.

***********************

                    KAMARUL:

 Aku menyerang Najimi mengunakan buku lima aku. Ayunan itu hanya dapat dielak dari Najimi dengan sekilas pandang. Aku tidak berhenti menyerang dia. Ayunan kaki cuba untuk mengenakan mukanya. Tetapi aku gagal. 

     Aku memberi serangan laju yang tidak dapat dilihat oleh pihak lawan. Tetapi serangan aku dengan cepatnya Najimi dapat elak dengan setiap serangan aku. Adakah dia sudah melihat masa depan aku? Tapi bagaimana? Apabila aku sedang berfikir tadi aku tanpa sedar telah memberi celah pada dia untuk menyerang aku.

    Ayunan sepakanya hampir kena di kaki aku untuk dia sadungkan aku hingga jatuh. Dengan tindakan rifleks aku membuat back-flip kebelakang. Tetapi aku terkejut apabila aku dalam gerakan back-flip, aku diserang oleh Najimi dengan menyerang aku menggunakan penumbuknya yang kena pada perut aku. Aku terpelanting agak jauh juga dari Najimi.

    Aku mendesah kesakitan. "Adakah kau dah menyerah kalah?" Aku bangun dari duduk. Aku melangkah laju mara kedepan untuk menyerang Najimi. Ayunan tangan dapat dihadang oleh Najimi. Aku memberi serangan lutut pada perut Najimi juga, tetapi dia dapat tangkis dengan tapak tanganya. Aku cuba pula menyerang kakinya. Aku menyilang kakinya dan membuatkan dia jatuh.

    Sekali lagi aku terkejut kerana mendapat tendangan di (bird)?. "Arghhhhh!!! Sakit hanat!!" Terkinja-kinja aku menahan sakit yang dialami oleh jenis lelaki seperti aku ini. "Opss.. Maaf.. Tak sengaja" Sengih Najimi.

    Tak guna punya budak. Jatuh kelakian aku. "Ahahahahah!!! Kau okey tak ni?" Aku mendengar suara ketawa milik Rafaeil. Bukan dia juga, aku dapat lihat muka mereka semua yang menahan ketawa. Aduh... Malu aku macam ni.

    "Baiklah, Latihan pada hari ni sudah tamat. Korang boleh berehat" Najimi menghulurkan tangan untuk membantu aku bangun. Tetapi  Najimi tergelak sikit apabila melihat aksi aku yang terkepit-kepit kaki kerana menahan perih yang belum kebah.

   "Apa kau?! Sakit tahu tak!" Marah aku sambil memberi jelingan maut.

   "Maaf" 

    Mereka semua sudah lama bersurai. Tinggal Najimi dan aku yang duduk di sofa untuk berehat. Air tin gas dihulur pada aku. Aku menyambut huluran Najimi dan berterima kasih.
 
    Penutup pin tin itu aq buka. Alangkah terkejutnya aku apabila air gas itu keluar memancut. "Woii... Agak arr..." aku memandang Najimi. Najimi memandang aku sambil berfikir.

ORGANISASI RAHSIA : PERMULAAN (Book 1)Where stories live. Discover now