BAB 35: INGATAN

238 14 0
                                    

     Najimi mengambil langkah untuk memasuki biliknya. Tetapi dia terhenti apabila melihat Farisyah di balkoni ruang tamu yang sedang menatap sesuatu di tanganya. Najimi menghampirinya. "Kau buat apa tu?" Farisyah terkejut. Serta merta dia menyembunyikan gambar yang berada di tanganya tadi.

   Najimi perasan akan itu. Dia terus merebutnya dari Farisyah. "Oii..  Apani.. Main rampas je.!" marah Farisyah. Najimi menatap gambar tersebut.

     Didalam gambar itu terisi beberapa orang dewasa. Dan 2 orang kanak-kanak. "Gambar siapa ni?"

    "Sibuk jelah kau ni!!" Farisyah menggapai-gapai gambar itu apabila Najimi mengangkat tinggi dari Farisyah. "Bagi aku tengok kejap!" Najimi berjongket supaya Farisyah tidak dapat gambar itu.

    "Bagilah!!" Najimi bagaikan tidak dapat mengimbangi kakinya ketika berdiri.

     TANG! mereka berdua terjatuh. Najimi menahan kepalanya yang kesakitan akibat terjatuh tadi. Farisyah pula terasa sakit dikepala. Dia mengangkat kepalanya. Mata mereka bertembung.

     Mereka berdua menatap dengan agak lama. Terdengar degupan jantung milik Farisyah. Najimi hanya tersenyum apabila memandang Farisyah. Farisyah tersedar sesuatu, dia sekarang berada di atas Najimi akibat jatuh tadi. Serta merta Farisyah bangun dan pura-pura tiada apa-apa.

    Najimi bangun dari baringnya. Dia tersenyum seketika dari duduknya. Kemudian dia bangun memandang Farisyah. Mereka berasa janggal dan tidak tahu ingin berkata apa. Najimi mengusap lehernya. Farisyah pula bermain dengan rambutnya. Mereka berdua memandang di luar balkoni.

     Najimi memandang gambar ditanganya itu. "Hei... Ermm.. Kenapa aku macam pernah nampak muka diorang dalam ni?"

    Najimi memecahkan kesunyian. Farisyah mengeluh dan menghampiri Najimi. "Itu tak mungkin kalau kau pernah jumpa diorang... Sebab mereka adalah group Organisasi dahulu"

    "Hah? Maksud kau.. Kita adalah generasi baru?" Farisyah mengangguk.

   "Tapi... Entah kenapa.. Aku pernah nampak muka ni, dan yang ini" Najimi menunjukan muka seorang lelaki yang berambut oren  dan juga seorang budak perempuan yang mengembungkan pipi.

    "Itu Tuan Ismail dan budak perempuan itu aku"

    "Aku... Macam pernah nampak... Apa kita pernah berjumpa dulu?" Farisyah mengeleng. Najimi mengerutkan dahinya kerana cuba mengingati sesuatu.

    "Tidak pernah pula aku nampak kau." Najimi memandang gambar itu semula. Dia memandang 2 orang kanak-kanak dalam gambar itu. Seorang perempuan yang mengkembungkan pipinya dan seorang budak lelaki sedang tidur yang berada didukungan seorang lelaki yang tidak Najimi kenal.

    "Aku... Arghhh!!" Najimi mengerang kesakitan akibat sakit kepalanya menyerang. Tanganya mengengam erat kepalanya. Dia memandang Farisyah seketika. Tetapi pandangan dia terus kabur.  "Kau okey Najimi!?" Farisyah sudah gelabah apabila melihat Najimi dalam kesakitan.

    "Erghhh...." Najimi tiba-tiba pengsan. Farisyah terkejut. Dia memanggil Najimi banyak kali dan menyuruhnya bangun.

    "Aku akan bawa dia" Kamarul tiba-tiba muncul. Dia mengangkat Najimi dan membawa Najimi ke biliknya. Selepas dia meletak Najimi di atas katilnya, Kamarul selimutkan pula pada Najimi.

     Farisyah masih di balkoni. Dia menatap gambar itu lagi. "Aku juga rasa... Kita pernah berjumpa"

    "Sudah tentu kau pernah jumpa dia. Sama juga aku" Farisyah terkejut dengan kehadiran Kamarul.

    "Apa maksud kau?" Farisyah bingung seketika.

    "Mungkin kau tak ingat... Tapi.. Ingatan aku kuat. Kita berempat pernah berjumpa."

ORGANISASI RAHSIA : PERMULAAN (Book 1)Where stories live. Discover now