BAB 50: AURA

98 5 0
                                    

    "Boleh tuan terangkan pada saya keadaan tadi?" tuan Ismail cuba memahami situasi Najimi yang kasar dan tidak hormat itu pada penguat kuasa yg tinggi pangkatnya.

    "Apa kau lupa nama aku siapa?"

    "Tuan adalah Encik Khairy Mcfrience Bin adam. Tuan adalah berpangkat Superintendan polis
dan—" Tuan Ismail terkejut buat seketika.

   Tuan Khairy sudah menduga jika Tuan Ismail memahaminya. "Benar.. Saya adalah atoknya...😅 kamu dah lupa mengapa saya mendirikan Organisasi Golden member dahulu?"

   "Tuan ingin menguji... Lordrian sebagai orang yang tuan percaya."

  "Benar...  Dulu aku terlalu egois dengan pendapat dia sendiri. Aku ingin dia menjadi seperti aku. Tetapi dia memilih menjadi seorang mekanikal. Aku tahu dia mempunyai kecerdasan seperti ibunya dulu."

   "Sudah lama saya tidak mendengar khabar Puan Laila. Apa dia masih sihat?"

   "Dia masih dengan penelitiannya. Sudah tua bangka pun masih tak henti-henti dengan kegiatan dia.. 🤦‍♂️"

    Tuan Ismail hanya menggelengkan kepala. Dia hanya mendengar keluhan tuan Khairy itu dan hanya memerhati. "Jadi.. Berasalnya Najimi mengenali tuan, adalah ingatnya?"

   "Tidak..."

   Tuan Ismail terkejut dengan jawapan itu.  Riak wajahnya menunjukkan tidak percaya. Jadi bagaimanakah mereka berkenalan? Pelbagai soalan bermain difikiran Ismail.

   "Benarkah?"Ismail ingin mengetahui secara terperinci tetapi dia cuba tenang agar memberi keselesaan pada tuan Khairy.

  "Aku tiada di ingatanya dan aku tidak pernah muncul di dalam hidupnya.. Aku hanya pernah menjumpainya pertama kali di ruang bilik penyimpanan barang bukti. Sekali itu dia hampir jatuh setelah memanjat tangga dan mencapai sebuah kotak. Dengan refleks aku laju menangkap dia..  Sehingga situ dia terkejut melihat aku dan riak wajahnya seperti mengenali aku. Aku pun bingung." terang Khairy menyedari riak wajah tuan Ismail yang seperti banyak di bicarakan.

   "Itu sesuatu yang pelik."

    "Benar... Untuk ucapan terima kasih, dia ingin belanja makan. Aku yang sudah lama tidak memanjakan cucu ini pun hanya bersetuju......."

******************
Khairy..

     Ini kali pertama buat aku untuk berbual panjang dengan cucu aku sendiri. Sejak dia lahir aku hanya memanjakanya sementara. Sehingga kini aku hanya melihat dia tumbuh besar dan sehat. Dirinya yang kelihatan comel itu kini sudah berubah menjadi dirinya yang tidak mempunyai kecerian. Pendiriannya berubah, tidak mempunyai sifat ibu atau ayahnya.. Dia kelihatan murung dan wajahnya tidak menunjukan aura keceriaan sama sekali. Baju hoodienya itu tak pernah dia lepaskan.

    Apa yang terjadi dengan kau Najimi? Aku faham dia telah kehilangan banyak orang di sisinya. Aku juga merasakan keperitan itu. Tetapi bukan sikap ini yang harus dia pegang seorang diri.

    "Maaf atas kelambatan saya tuan" aku hanya mengangguk setelah melihat dia menghampiri aku dan memintanya duduk berhadapan aku.

   "Atas kelambatan saya, saya akan belanja tuan atas kesilapan saya."

    "Eh...tak perlu,  saya tidak mempersalahkan hal ini." aku menolak tawarannya.  Makanan yang dipesan tadi sudah diatas meja dan sudah terhidang di depan mata.

   "jadi? sepertinya kamu ada sesuatu yang ingin disampaikan pada saya beberapa jam yang lepas." teh di atas meja itu aku hirup untuk merasakan keselesaan bersama cucu yang jarang dijumpai.

ORGANISASI RAHSIA : PERMULAAN (Book 1)Where stories live. Discover now