BAB 26: ANUGERAH

206 16 0
                                    

            Di bilik Najimi dipenuhi dengan Kain anduh serta ubat sapu yang berselerak di atas katil milik Najimi. Terlihat kain yang penuh dengan darah. Serta baldi yang dipenuhi  air dengan warna merah darah.

       Najimi membalut perutnya sendiri dan tanganya. Luka yang terbuka diperutnya akibat pisau yang tertusuk semasa Najimi belawan seorang pihak membuatkanya berasa sakit dan perih. Ramai yang tidak perasan dengan lukanya ketika berlawan. Kerana bajunya berwarna kulit hitam.

     Selepas membalut lukanya, dia baring. Tangan yang tidak luka itu diletakan di atas matanya. "Mata sialan..." makinya...

      Dia menekan kuat matanya. Kemudian dia reda. Terlihat aliran air mata jatuh di pipinya. Mungkin dia tidak lupa.... Kenangan bersama kakak dan temanya.

     Emosinya masih belum terkawal. Walaupun dia cuba sembunyikanya. Siapa sahaja yang terima kehilangan ahli keluarganya serta temanya?? Baru sahaja seminggu kakak dan temanya sudah tinggalkanya. Tapi bagi Najimi... Kakak dan temanya seperti baru sahaja pergi semalam.

     "Terlalu awal untuk kalian pergi..." dia terdiam. Air mata masih mengalir. Kemudian dia bangun, menghampiri meja kerjanya. Satu gambar itu dia melihat dengan penuh benci dan jijik. Pisau diangkat, dia menusuk gambar itu. Kemudian dia menyarungkan baju hoodienya dan berlalu pergi.

     Hatinya sakit apabila melihat gambar itu. Lagi sakit hatinya apabila mengingati masa lalu. Pintunya ditutup rapat dan menguncinya. Apabila dia berpaling memandang berlakang, dia diterpa oleh Syah.

    Bahunya dipeluk oleh Syah."YO!!, kau dah ready??" soalan dari Syah membuatkan Najimi pelik. Dia mengerut dahinya tanda tidak faham. 

        "Apa maksud kau??"

       "Kau Lupa?? hari ni kan kita akan dapat anugerah dari ketua daerah, serta kedatangan perdana menteri bagi menyambut kita. Bukankah Tuan Ismail dah cakap semalam?" terang Syah dengan panjang lebar. Najimi meng'owh'kan sahaja.

      Semalam selepas menyelesaikan kes, Tuan Ismail telah menyambut mereka sebagai kata-kata 'Tahniah'. Dan memberitahu mereka agar mengambil sijil kelayakan dan juga penghargaan dari perdana menteri. Tetapi Najimi tidak mengambil kisah. Dia hanya memekakan telinga.

    Terlihat Najimi tidak tertarik dengan Anugerah itu. "Tolong ambilkan Sijil aku" Syah memandang Najimi. Dia terkejut.

    "Kenapa?"

    "Aku ada urusan. Kalau nama aku dipanggil, kau cakap je aku tak hadir. Aku mintak tolong kau ye...." selepas menepuk bahu Syah, Najimi cepat-cepat berlalu pergi.

     "Bukankah.. Kau yang akan mendapat Anugerah tertinggi??" soal Syah seorang diri. Ketika Syah memandang Najimi yang berlalu pergi, diberlakangnya kelihatan Rafaeil. 

      "Asal pakcik tercongok tu? jom lah..." Syah mengangguk sahaja. Dan mengikuti langkah Rafaeil. Tiba-tiba Syah berhenti. Rafaeil dah memandang pelik.

     "Kejap.... Kau panggil aku apa tadi?😡" Rafaeil dah kalut. Terus sahaja dia lari. Syah mengejar Rafaeil. "Tak guna punya budak!! Berani kau panggil aku pakcik!! Sini kau!" Rafaeil tergelak.

   ***************************************

            Sebuah motorsikal jenis Kawasaki Ninja 10r berhenti berdekatan dengan perkuburan. Sebuah papan tanda tertulis 'Tanah perkuburan An Nur'. Najimi berjalan menuju ke sebuah kubur yang tidak asing baginya. Dia berdiri tegak di 2 buah kubur yang dia kenali. 2 kubur itu berdekatan, kelihatan 2 kubur itu dikuburkan dengan 2 orang dalam satu liang lahad.

      Najimi membentangkan tikar di sebelah kedua-dua kubur itu. Air yang berisi bunga itu dia letakkan di sebelahnya. Buku kecil yasin dikeluarkan dari poket seluarnya. Dia duduk bersila dihadapan kubur itu. 

ORGANISASI RAHSIA : PERMULAAN (Book 1)Where stories live. Discover now