BAB 10: PERJANJIAN

268 17 0
                                    

Air liur aku telan payah apabila melihat orang yang menegur aku. Pelipat Dahi telah dibasahi oleh peluh. Aku kesat dengan kasar. "Err.... En.. cik.. Cari siapa?"

Lelaki lingkungan usia tua itu memandang aku. Dia hanya tersenyum lebar menampakan giginya yang putih. "Saya cari kamulah... Siapa lagi?"

Peluh di pelipat dahi aku turun dengan deras. Seperti air terjun. Aku pasti dia ingin berkata tentang hal tempoh hari. "Mengapa Encik mahu cari saya?"

"Saya ada sesuatu ingin dibincangkan" aku memandang pelik lelaki itu. Lelaki tua yang aku cuba elakkan. Tuan Ismail.

"Dipersilakan ikut saya di ruang tamu.. Disini... Tak boleh diganggu😅" aku memandang pintu belakang rumah. Kelihatan mak dan ayah masih bertekak.

Tuan Ismail memahami aku dan lantas berlalu ke ruang tamu. Aku mengikutinya dari belakang. Dah macam aku ni tetamu pulak😅

Selepas duduk, aku terlihat fail coklat yang berada di tangannya. "Ada apakah Encik ingin berjumpa saya? Ada apa-apa masalah ke?"

Dia tersenyum. Aku sudah seram sejuk apabila melihat senyumannya yang seakan ada taring di mulut. Aku mengeleng. Cuba untuk sedarkan diri.

"Baiklah.. Nama aku Ismail. Seorang.."

"Ya.. Seorang inspektor dan masih dalam menjalankan kegiatan penyasatan pembubuhan bersiri." potong aku..

Bukan aku ingin kurang ajar tapi.. Pengenalanya itu sudah berulang kali dia kata pada aku. Ketika aku menyelesaikan sebuah kes dan 2 lagi kes yg melibatkan pencurian. Mungkin dia lupakan aku.

"Hahaha... Ya... Nampaknya kau sudah lali dengan pengenalan aku. Walaupun kita jarang jumpa."

"Jadi? Apa yang mahu Tuan bincangkan?" fail ditangan Inspektor Ismail dihulurkan pada aku.

"Aku mahu kau jawab soalan ini semua.."

"Soalan? Apa maksud tuan?" aku membuka kulit fail itu dan terlihat beberapa kertas yang terkandung soalan peperiksaan.

"Ini adalah soalan yang akan kau jawab. Aku mahu kau jawapnya sekarang." pen dihulurkan pada aku.

Pelik. Kenapa pula aku kena jawab soalan ini semua? Dan ianya berkaitan dengan kes-kes pembunuhan, undang-undang dan soalan kefahaman. Aku dah lama membaca rujukan ini semua.

Soalan ini semua dapat aku jawab kerana dari kecil aku mencuri baca buku undang-undang dan kes yang berlaku pada buku lama ayah.

"Ha.. Apa yang kau termenungkan? Cepat jawap" aku hanya mengangguk dan menjawab semuanya dengan laju, walaupun masih ragu-ragu. Disebabkan aku ingin cepat-cepat lelaki tua ini beredar aku terus menyelesaikan semuanya.

"Nah!" selepas 15 minit aku menulis dan menanda jawapan semua, aku memberi kertas yang mempunyai kandungan 78 soalan itu kepadanya.

"Agak cepat..." dagunya diusap untuk menilai semua jawapan aku. Sama ada betul atau salah.

"Hurmm... Seperti jangkaan.. kau memang budak pandai."

"Sebenarnya apa tujuan Tuan datang kesini? Saya tahu Tuan bukan mahu bincang soal kepandaian saya bukan? Beritahu sahajalah niat Tuan datang kesini" aku cuba untuk membuatkan lelaki tua itu terus terang kepada aku. Malas nk tunggu lama.

"Hahaha... Baiklah... Tujuan aku untuk datang kesini untuk mengambil kau sebagai seorang anggota dalam organisasi yang ingin aku tubuhkan dan telah mendapat persetujuan pihak atasan. Tetapi mereka semua masih tidak tahu siapakah anggota organisasi itu." terangnya dengan panjang lebar.

Aku memandang pelik. 'Organisasi? Kenapa aku pulak yang dia pilih? Takde orang lain ke?' hati aku berbisik.

"Mengapa Tuan memilih saya? Saya umur pun belum mencapai 20 tahun keatas. Saya masih 16 tahun. Perkara itu sangat tidak mustahil.."

ORGANISASI RAHSIA : PERMULAAN (Book 1)Where stories live. Discover now